JKKK DAH PANDAI BERDEMO
>> Friday, 5 February 2010
Pembinaan Velodrom – Bukan Penduduk Kampung Yang Bantah Tetapi JKKK UmnO
Bukan Tapak Pasar Malam, hanya sebuah Padang Bola
Perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk membersihkan kawasan dan mendirikan kanopi bagi menyambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Cheek.
Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa dibatalkan kerana beliau mendakwa cadangan pembinaan Velodrom tersebut dibantah oleh penduduk kampung.
Tinjauan dan temubual Buletinonline dengan penduduk tempatan di lokasi dapat mengesan beberapa kenyataan yang diselewengkan oleh pemimpin Umno berkaitan kegagalan majlis pecah tanah yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu. 30 Januari lalu.
Sebenarnya, tidak ada bantahan atau demonstrasi oleh penduduk sekitar, namun pihak JKKK Sura Hujung telah menghantar surat, mengugut untuk ‘turun mengangkat sepanduk’ membantah projek tersebut sekiranya majlis pecah tanah diteruskan.
Dato’ Rosli Mat Hassan pula mendakwa cadangan pembinaan tersebut tidak dapat diteruskan kerana tapak yang dicadangkan adalah tapak sebuah pasar malam.
Ternyata ia dalah satu penipuan kerana, tapak yang dicadangkan bersebelahan Padang Golf Sura Hujung itu adalah sebuah padang bola!
note:-
kahkahkah jkk baru ada akal...selama ni pakai kepala lutut...velodrom tu menatang apa...kondom cup durex ka...ini projek memblurkan org kampung...gomo tuan besar jangan tak gomo...baru orang kampung sayang...kahkahkah elaun kamu bakal di potong...syabas Jin Kafir Kucar KampungSumber Di sini...!!!
0 comments:
Post a Comment