Powered by Blogger.

MACAM-MACAM HAL....APA ADA HAL

>> Tuesday, 19 January 2010

Dakwa disamun untuk lengah majlis kahwin

HANTARAN YANG MENJIMATKAN

KULAI JAYA: Seorang juruteknik ditahan polis selepas membuat laporan palsu mendakwa dia disamun, kelmarin, semata-mata bagi melengahkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan bulan depan.


Lelaki berusia 27 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di Taman Teknologi Senai di sini, dipercayai bertindak demikian selepas bakal bapa mentuanya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan dengan anaknya kepada bulan depan, berbanding jadual asal pada bulan Julai.


Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata lelaki itu membuat laporan polis mendakwa disamun dua lelaki yang memakai topi keledar selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di Kulai.


note:-
dengan pantas menaiki turbo polis kita buat kerja...!!!
tanpa ragu dan was-was menangkap si pulan...!!!
si pulan golongan marhean,si pulan tiada kaitan dgn mp kota tinggi...!!!
itu pasal cepat sangat tak usah pening2 kelapa OCPD kulai jaya...!!!
pasal itu bala tak nak pulang ke negara...!!!
rupa2 nya dia lebih tahu dari korang...!!!
malaysia negara polis menjaga pemyangak...!!!
tak macam polis bollywood gentle...!!!
ingat jangan buat report yang berkaitan gerombolan...!!!
akibat padah merana di jeriji besi kamunting...!!!

"Dalam laporannya, dia mendakwa mengeluarkan wang RM1,500 sebanyak empat kali, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000, kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin).


"Pengadu mendakwa selepas masuk ke dalam kereta dan belum sempat menghidupkan enjin kenderaannya, beliau didatangi dua lelaki berkulit gelap yang memakai topi keledar.


"Seorang daripada lelaki dikatakan mengacukan pisau ke lehernya sebelum merampas wang tunai RM6,000, kad ATM dan resit sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dengan plat nombor pendaftaran bahagian belakang kenderaan dipatahkan," katanya.

note:-
ini orang pun ada atas dunia...!!!
tapi korang jangan cepat melatah...!!!
dalam siasatan polis belum tentu mamat ni bersalah...!!!
polis pun bukannya betul sangat,berapa ramai polis dlm kes jenyah berat...!!!
ini kes mesti gula naik harga,mas kahwin mahal maaa...!!!
banyak kes samun,ragut,merompak sejak akhir2 ni...!!!
itu sebab malaysia declare Barang NAik...!!!
mana tak bertambah penjenayah...!!!
selipar tok imam pun boleh hilang la...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER