BUAT-BUAT TERKEJUT WALAUPUN DAH TAHU
>> Tuesday, 19 January 2010
SIAPA ‘KINGPIN’ BARTER TRADE SANDAKAN?
SEORANG Tan Sri dan beberapa orang VIP berpangkat Datuk telah dikenalpasti sebagai ‘Kingpin’ yang melakukan jenayah penyeludupan barangan terkawal, pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia di Pusat Tukar Barang (Barter Trade) Sandakan.
Pemantauan yang dilakukan Sabahkini.net sejak enam bulan lalu mendapati Tan Sri ini mempunyai dua personaliti; siang sebagai ahli politik yang dihormati dan berpengaruh dan malam sebagai Mafia yang mendalangi semua kegiatan haram.
Pusat Tukar Barang Sandakan yang pada asalnya diwujudkan untuk aktiviti perdagangan tukar barang yang dikhususkan hanya untuk urusniaga pertukaran seekor lembu dengan tiga ekor kambing telah disalahguna dan dihalalkan sebagai Pusat Penyeludupan Bertaraf Antarabangsa sejak 40 tahun lalu dengan alasan ‘Ex-Bond’ atau ‘Barangan Transit’ sebelum dieksport keluar ke negara asing seperti Filipina, Indonesia, Argentina dan sebagainya.
Tan Sri yang menjadi salah seorang ‘Kingpin’ terhormat ini bukan sahaja menjadikan Barter Trade sebagai ‘Gedung Khazanah’ sejak empat dekad lalu, malah turut menyeludup masuk atau keluar dan memperdagangkan manusia dengan membekalkan wanita Suluk ke semua rangkaian Restoran India dan wanita Visaya ke semua rumah pelacuran dan pusat maksiat.
Hampir kesemua pemilik Restoran India di Sabah mendapat sumber tenaga manusia yang menggunakan IMM13 palsu dan kad pengenalan projek untuk dijadikan pekerja dan dikerjakan sebagai ‘isteri angkat’ atau gundik, mengenali siapa Tan Sri ini.
Begitu juga dengan semua pemilik Pusat Maksiat, Rumah Pelacuran dan Pusat Judi mendapat pekerja wanita daripada Tan Sri yang menggunakan Kumpit untuk menyeludup masuk antara sepuluh sehingga lima belas wanita asing Filipina ke Sabah sehingga ke tempat kerja mereka; tanpa gangguan Jabatan Imigresen atau agensi penguatkuasa yang kebanyakannya di bawah ‘payroll’ Tan Sri ini.
Mengikut Maritime Shipping Ordinance (MSO) 1952, Jabatan Laut bertaraf Jabatan Pengangkutan Jalan di Laut dan berkuasa untuk memeriksa dan menyaman kumpit yang melakukan kesalahan MSO, namun ketiadaan logistik kerana kapal ‘Catamaran’ mereka rosak atau dirosakkan secara sengaja dan didangkalkan dengan alasan tidak mempunyai peruntukan minyak.
Bagaimanapun, Jabatan Laut Sandakan di bawah pimpinan Horatio Nelson telah menuding jari dengan menyatakan bahawa Penguatkuasaan MSO di Barter Trade Sandakan dikawalselia Jabatan Pelabuhan dan Dermaga.
Jika Admiral ‘Horatio Nelson’ dengan begitu gagah mengungguli Armada Inggeris memalukan Napoleon Bonaparte setelah menewaskan Armada Perang Peranchis dalam Perang Trafalgar pada 21 Oktober 1805, namun Horatio Nelson di Jabatan Laut Sandakan tidak pernah turun ke laut untuk menguatkuasa MSO apatah lagi gagal menjaga kapalnya sehingga menjadi besi buruk. Mungkin kerana sudah terlalu lama atau sudah sedekad menyandang jawatan Penolong Pegawai Laut atau setaraf dengan Admiral tetapi selalu di darat kerana tidak mempunyai kapal.
Pendedahan Sabahkini net berhubung isu Barter Trade membuat semua ‘Mafia’ ini panik kerana sebelum ini tidak ada sebarang pihak atau media yang berani menyentuh operasi haram mereka.
Horatio dikenali oleh semua pengusaha bot, feri dan kumpit, namun belum dikenali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekalipun Horatio sering menerima hamper daripada pengusaha maritim dan agen perkapalan disebabkan kerjasama untuk tidak menguatkuasa MSO dan ‘beristeri-rehat’ di pejabat.
Pemantauan lebih lapan orang krew Sabahkini.net sejak enam bulan lalu mendapati penglibatan Mafia Cina begitu ketara kerana mereka sering dilihat bersama Polis Gerakan Marin (PGM) dan melakukan ugutan demi ugutan terhadap editor dan wartawan Sabahkini.net; membayangkan jenayah terancang sejak sekian lama ini melibatkan Mafia Antarabangsa dan pihak atasan 50 Jabatan yang terlibat ‘mencari dan mencuri makan’ di Barter Trade.
Mafia Cina ini sebahagiannya adalah peniaga tempatan tetapi tidak dikenali di luar negara namun menjadi petualang jenayah di Sabah.
Ramai pegawai yang selama ini terlibat dengan Barter Trade bukan sahaja tidak dapat tidur lena, malah resah kerana bimbang SPRM akan mengetuk pintu bilik pejabat atau rumah mereka. Ada yang mula menjual harta dan mengeluarkan wang tunai yang tersimpan rapi dalam akaun dalam percubaan untuk menghilangkan jejak rasuah mereka.
Salah seorang pegawai berjubah Bernas iaitu Pegawai Penguatkuasa Bernas (Beras Nasional), Aladin Bungan dalam keadaan panik beberapa hari selepas pendedahan Sabahkini.net memeriksa gudang mereka di Jabatan Pelabuhan dan Dermaga; cuba menggunakan lampu ajaib untuk menghilangkan stok beras yang mereka eksport ke Filipina kerana bimbang diserbu pegawai SPRM.
Sabahkini.net sentiasa berwaspada dengan tindakan dan perancangan Pegawai Pentadbiran Pasukan Gerakan Marin, ASP Mohd Sharie. Hj Osman yang diarahkan untuk memburu dan menghilangkan jejak wartawan serta krew Sabahkini.net yang sering mengekori beliau ke mana-mana termasuk ke Pusat Hiburan.
Selepas pendedahan Sabahkini.net berhubung operasi haram di Barter Trade, krew kami begitu sukar untuk menemui ‘Kumpit’ beroperasi di Sandakan, seolah-olah Sandakan telah bersih daripada operasi Mafia kerana sebelum ini antara 30 hingga 50 kumpit berlabuh di perairan Sandakan.
Kemungkinan kebarangkalian mereka bersembunyi di anak sungai atau di pulau berdekatan agak tepat kerana mereka tidak mungkin meninggalkan perniagaan yang amat menguntungkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk kembali beroperasi dengan kerjasama hampir 50 agensi penguatkuasa yang menjadikan Barter Trade Sandakan sebagai ‘Lubuk Emas’ sejak 40 tahun lalu.
Jika perniagaannya terdesak, apakah Tan Sri ini akan melancarkan ‘Perang Barter’ di Sabah melalui ‘Juramentado’ (Jihad) dengan melakukan serangan secara besar-besaran apabila anggota APMM, Tentera Laut, Pasukan Gerakan Marin dan sebagainya sedang khayal mabuk syabu?
Sabahkini.net telah mengenalpasti seorang ‘Kingpin’ Cina yang memegang lesen ‘transhipment’ sejak tahun 70-an, Kong Dar Hong, yang bermula sebagai seorang peniaga kecil kepada ‘Multi-Jutawan’ kerana terlibat dengan perniagaan ‘barang kawalan’ dengan syubahat Pengarah Pelabuhan dan Dermaga terutama Roslan dan Jabatan Kastam yang telah mengeluarkan Deklarasi Kastam bagi membolehkan Khong mengeksport barang kawalan ke pasaran gelap dan mencatat untung berlipat kali ganda.
Ketiadaan penguatkuasaan menjadikan Khong Dar Hong begitu kebal menjalankan penyeludupan barang terkawal termasuk ubat-ubatan, terutama daripada Farmasi KDH miliknya yang ditadbir urus anaknya dan terletak di sebelah Supermarket Genting Emas, Sandakan.
Salah satu modus operandi Khong Dar Hong ialah dengan mengitar semula beras yang diimport daripada Vietnam di Sandakan di ‘Gudang Bonded’ di dermaga sebelum mencampurnya dengan beras subsidi dan dibungkus semula sehingga kelihatan seperti beras Vietnam dan dimuatkan ke kumpit dengan label Jabatan Kastam.
Sabahkini.net mengenalpasti kegiatan haram Khong Dar Hong kerana ketika berpeluang mencuri beras tempatan, turut menyeludup barangan terkawal yang lain; bak kata pepatah, sambil menyelam, sambil minum air.
Dalam keadaan terdesak dan terancam, Roslan dikesan telah meminta bantuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman untuk menyelamatkan dirinya sehingga Musa telah mengarahkan Setiausaha Sulitnya, Efendi Mohd Sunoh untuk menghentikan sementara kegiatan ‘Barter Trade’ dan mengarahkan bot peronda Polis Marin dipindahkan daripada kawasan operasi Barter Trade.
Sabahkini.net telah menumpukan perhatian kepada ‘Deklarasi Pelepasan Kastam’ terhadap barang kawalan yang selama ini telah melahirkan ramai jutawan segera bagi memastikan ramai ‘jerung’ akan terperangkap kerana mereka tidak akan berhenti sehingga penguatkuasa ‘terpaksa’ menangkap ‘kumpit’ dan mendakwa pemiliknya di mahkamah menyebabkan semua yang terlibat mengalami kejutan demi kejutan akibat akitiviti haram mereka mula terdedah kepada pengetahuan umum.
Pasukan Gerak Marin (PGM) yang selama ini menjadikan Barter Trade sebagai ‘Pasaran Saham’ menuduh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) membocorkan kejalangan mereka di Barter Trade kepada Sabahkini.net dan sedang menggempur untuk membongkar kegiatan haram beberapa pegawai kanan APMM sedikit masa lagi, terutama melalui saluran Anti Narkotik PDRM!.
Bagaimanapun, sebelum PGM bertindak lebih jauh, APMM telah memintas cubaan nakal PGM apabila Kapal Maritim Satang di bawah pimpinan Lt Kamal telah berjaya menyita sebuah kumpit berdekatan Pulau Berhala, Sandakan sekitar jam 1 petang, kelmarin, 18 Januari ketika cuba menyeludup keluar 47 pendatang tanpa izin daripada Sandakan.
Turut ditemui di atas kumpit berkenaan ialah mi kering, gula, minyak masak dan beberapa barangan terkawal setelah gagal menunjukkan dokumen asal melainkan salinan fotokopi deklarasi kastam.
Kejayaan APMM paling besar ialah menemui gula pasir yang bernilai RM200,000 atau 90 tan di atas kumpit berkenaan yang menjadi salah satu sebab punca ketiadaan gula di pasaran!
Sebelum ini, PGM telah cuba menghalang APMM mendekati kumpit apabila Komander Wilayah 4 PGM, ACP Abdul Manaf Bin Othman mengeluarkan surat beramaran yang begitu melankolik dan amat dramatik kepada APMM agar tidak memasuki atau menganggu ‘Wilayahnya.’
Tidak dapat dikenalpasti apakah ini umpan permulaan daripada PGM kepada APMM sebelum membuat ‘check-mate’ dalam permainan catur yang menjadikan Barter Trade sebagai papan dan agensi penguatkuasa sebagai buah catur!
3 comments:
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now. Keep it up!
And according to this article, I totally agree with your opinion, but only this time! :)
This is my first visit here, but I will be back soon, because I really like the way you are writing, it is so simple and honest
MSO 1952 is not Maritime Shipping Ordinance... tapi Merchant Shipping Ordinance... ;)
Post a Comment