Powered by Blogger.

CADANGAN DARI SEORANG YANG ANGGAP GUA BETUL2 KETUA POLIS

>> Thursday, 25 February 2010

Oleh:KetuaPolis
Pagi2 gua buka facebook ...adalah seorang mamat ni add gua dalam facebook...kononnya nak jadi kawan online la...Sebelum gua respond gua terpandang satu message kat inbox gua...message dari mamat ni juga memberi cadangan kepada gua yang memang dia anggap gua betul2 ketua polis wakakaka...siap panggil gua tan sri lagi memang jaga budi bahasa  betul mamat ni...kehkehkeh

jeng..jeng..jeng selamat membaca

Tan sri saya ader cadangan untuk benteras mat rempit dan kes kecurian motor disamping dapat menaikkan mutu sukan bermotor cadangan saya ialah:-

Jika kita adakan litar lumba untuk mat rempit,tidak guna kerana mereka tidak suka berlumba di situ.Sebabnya mereka tidak dapat bermegah tatkala mempamerkan aksi itulah sebabnya kita sediakan litar lumba,tapi masih ader yg merempit dijalanan. 

Cadangan saya kita biarkan mereka berlumba setiap hujung minggu di dataran merdeka dengan kelolaan majlis sukan atau badan ngo.Disamping bawah penguasaan pdrm kenakan mereka bayaran rm 1 setiap kepala.

Dan kenakan syarat setiap kumpulan mat rempit yg datang mesti berdaftar dgn pdrm atau majlis sukan atau bdn ngo.

Dan bg kes kecurian motor pula tugaskan skuad sb intipan untuk melakukan intipan dan kemudian mengenalpasti mat rempit yg menjalankan kegiatan curi motort.Tetapi lakukan tangkapan di tempat lain bukan semasa acara di dataran merdeka diadakan.

Itu cuma cadangan saya saya hanya menjalankan kewajipan sebagai rakyat malaysia yg cintakan keamanan sekian terima kasih harap dibaca dan di terima seandainya dapat meringankan kerja pdrm.

dari seorang mamat pesbuk adnan sempit sempit
lu memang sempit la bro...kehkehkeh

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

AWASI RUMAH ANDA DARI GENG GEROMBOLAN

Oleh;KetuaPolis
note:-
apa bezanya perompak seperti ini dengan perompak seperti umno hari ini...setiap saat setiap detik menketedarah harta duit rakyat...memang lu umno celako..celako..celako...tak mahu jadi celako lu kena bela islam macam yb kulimaksssssss...kehkehkeh

PETALING JAYA 25 Feb — Seorang penulis bersama anggota keluarga dan dua rakannya melalui saat mencemaskan selama setengah jam apabila tiga perompak bersenjata parang memecah masuk ke rumah mereka di Jalan Pegaga 8/9A, Seksyen 8, Kota Damansara di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan Mohd Ghodzali Abd Rashid, 61, atau nama penanya Malim Ghodzali PK kerugian kira-kira RM40,000 apabila tiga lelaki terbabit melarikan kunci kereta, barangan kemas, wang tunai dan dua komputer riba milik beliau dan keluarganya.

Mohd Ghodzali berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama dua rakannya sedang duduk berbincang di pekarangan rumah teres dua tingkat miliknya sebelum didatangi tiga perompak yang kesemuanya memakai topi keledar bertutup penuh dan mengacukan parang dan pisau rambo.

"Ketika itu kami berada di hadapan rumah dan salah seorang rakan pergi ke kereta mengambil barang. Ketika beliau masuk kembali ke dalam dan belum pun sempat menutup pagar rumah, tiga lelaki menaiki dua motosikal terus berlari ke arah kami.

"Ketika kejadian isteri saya yang merupakan Penulis Kanan Primeworks Studio, Ratnawati Jamil, 47, bersama tiga anak dan pembantu rumah berada di dalam rumah.Perompak kemudiannya mengarahkan kami semua tunduk dan diam,” katanya.

Beliau berkata tiga lelaki itu mengacukan parang ke arah isteri, pembantu rumah dan ketiga-tiga anaknya serta mengugut untuk mencederakan anak bongsunya Emir Yassin, 7, jika mereka menjerit meminta tolong.

"Mereka mulanya bercakap Bahasa Melayu tetapi ketika mereka melarikan diri, saya terdengar mereka menjerit seperti bahasa Indonesia,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Beliau yang tinggal di rumah itu sejak enam tahun lepas, berkata kawasan perumahan berkenaan mempunyai pengawal keselamatan dan mereka membuat rondaan bermula pukul 11 malam hingga 7 pagi.— BERNAMA
Read more >>

Read more...

BERITA GEMPAR DARI PEJABAT SUHAKAM

>> Wednesday, 24 February 2010

 Oleh:KetuaPolis

Kehkehkeh...cepat lu buka blog gua kan...taruk tajuk kasi gempaq baru lu hilang ngantuk...tapi gua janji gua tak sia-siakan lu pasal tajuk  tu k...gua siyes bhai...tak cayer lu baca sampai habis.

Baru gua balik dari pejabat suhakam yang berlansungnya suatu perlawanan di antara peneroka2 felda (ANAK) dengan anak didik umno iaitu suhakankang di jalan raja laut berpengadilkan polis anak raja malaysia.

Kali ni liputan media pukul 8 malam nanti memang betul ...wa jamin tiada penipuan dari pembaca berita malam ni sebab memang betul dengan kehadiran pendemo2 bantahan yang tak sampai 50k orang...wa rasa lagi ramai polis dengan media...kurang la sikit kerja rakib atib nak rekod dosa si pembaca bacul tu.

Peserta demo bantahan di wakili oleh yb2 pakatan rakyat iaitu yb sallehudin ayub (kubang kerian),yb tian (batu),saudara mazlan aliman dan ajk2 pas negeri dan peneroka2.Sedang media menemuramah yb2 tersebut tiba2 timbul suatu kelibat lembaga dari KWSP menuju ke Masjid india.

Jeng..jeng...jeng...mungkin lembaga itu tak menyedari ada bantahan dari peneroka bersama pakatan...kalau ianya menyedari mana mungkin dia melalui laluan tersebut...ooo mungkin juga itu jalan short cut untuk ke pejabat beliau masjid india.

Tanpa disedari oleh orang ramai dan polis kat situ...tiba2 kedengaran suara dari seorang perempuan memekik "yb,yb mai la join sekali menyerah memorandum bantahan ni,yb tian dengan sallehudin pun ada"begitulah lebih kurang wa dengar...rupa-rupanya suara itu adalah blogger ummuasiah2001,dia lah orang pertama ternampak lembaga yb itu melalui laluan tersebut.

Tionaseng punya yb...gua ingatkan dia berpaling lah dengan pekikan minah blogger itu...gua tak tahu rupa-rupanya lembaga itu pekak...mana mungkin tak dengar dengan jarak kurang lebih 5 meter.
sambil berjalan menyondol menghidu bau longkang ala bau one drop...kehkehkeh

Lepas tu adalah suara2 memuji lembaga itu mengatakam "dia takkan datang,sikit lagi dia nak bertanding jawatan tim.presiden umno"gua tambah lauk pada zahir je pakai kupiah bagi nampak islamic ala munafik batinnya telah berjiwa kotor...kehkehkeh biasalah dengan kupiahnya,mana pernah pakai kupiah logo transformer.

Inilah contoh lembaga yb pakatan rakyat yang kononya memegang kata2 ketuanya ingin memperkasakan pakatan...sori tak der gambar mungkin ummuasia2001 banyak snap pib lembaga itu kot...kahkahkah

Lu teka lah siapa lembaga munafik tu yang kasi banyak bikin panas sejak dua menjak ni...gua nak bagi tahu pun rasa berat hati...kalau lu tak cayer citer gua lu boleh tanya itu minah blogger ummuasiah2001 atau jurukamera suara keadilan yus siapa gua maksud kan...gua tak nak tanggung dosa nak sebut2 nama lembaga tu....geli bhai..nak termuntah gua bila tengok muka dia lagi mahu nak sebut...perghhhhhhh tak pasal2 lu cakap gua mengandung pulak...kehkehkeh

harap lu bersabar..lepas tanggungjawab gua sebagai penyampai cerita lebih cepat dari berita...kahkahkah.

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

PEMIMPIN BERCAKAP BOHONG TUHAN POTONG LIDAH-KATA CINA

Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin

Sura Gate, DUNGUN - Kelab Penyokong PAS dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tanggungjawab sosialnya.Usaha memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Pengerusinya, Encik Lu Liong King, 64, berkata golongan ibu tunggal, warga emas serta orang miskin selalu terabai.Bahkan, katanya golongan tersebut kurang mendapat perhatian pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sering kali mengamalkan sikap pilih ‘bulu’.

“Kita (kelab) rasakan golongan seperti ibu tunggal, warga emas dan orang-orang miskin selalunya terabai dan tidak mendapat pembelaan.“Kami bersama Adun Sura, Ustaz Wan Hassan meraikan golongan (ibu tungal, warga emas dan orang miskin) ini sempena Tahun Baru Cina,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura, di perkarangan Pasti Kampung Alor Tembesu, Dungun.

Seorang ibu tunggal, Pong Lang Jeng, 53, dari Kampung Bunga Raya merupakan ibu tunggal sejak lebih setahun lalu.“Saya rasa bangga kerana diraikan oleh wakil rakyat (Ustaz Wan Hassan) dan sedar dengan kebaikan PAS,” ujarnya.

Warga emas, Encik Wang Soon Fock, 68, melahirkan rasa gembira dan sukacita meski pun sambutan sederhana tetapi meriah.“Saya dan isteri rasa sangat suka dan gembiralah pada malam ini kerana diraikan oleh ‘Yang Berhormat’.

“Ustaz (Wan Hassan) seorang yang baik dan boleh diterima oleh semua rakyat dan pengundi,” ujarnya.

Menurutnya, meski pun pemberian tidak seberapa tetapi kaedah meraikan masyarakat tionghua amat baik.Puan Chua Yian Hoo, 74, menolak sikap pemimpin yang tamak, pembohong dan berkepentingan diri.

“Orang (pemimpin) yang cakap bohong, esok-esok mati Tuhan ‘kerat’ (potong) lidah dan masuk neraka.“Kita (rakyat) tidak suka jika ada mana-mana pemimpin atau parti yang selalu cakap bohong dan tidak berlaku adil,” tegasnya.

Pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut menyampaikan bantuan, sumbangan serta angpau kepada golongan warga emas, ibu tunggal, orang miskin dan kanak-kanak.buletinonline
Read more >>

Read more...

KHAS UNTUK PRO PAS REFORM

Oleh:-KetuaPolis


BACALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA

Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.

Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya...

(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)

Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.petikkan asal KLIK 
Read more >>

Read more...

PROJEK GILA BARU

 Oleh:-KetuaPolis

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Darat akan memperkukuhkan lagi ketombokan pasukan itu dengan mewujudkan Unit Helikopter Tempur sebagai memperlengkapkan sayap pertahanannya.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, permohonan telah dibuat di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, tetapi keputusan pembelian helikopter tempur itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Tentera Darat telah membuat permohonan untuk mendapatkan aset itu dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk memperolehi aset berkenaan,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
 
note:-
kehkehkeh...woitttt enjin hilang lagi mahu ada projek ka...kali ni berapa billion pulak rasuah....opsss sori komisyen...kalau ikut mampu memang mampos la oi...kera...jaan mana ada duit...budak sekolah pun berambus setiap minggu...Projek Gempur Sampai Tekentut baru nak launching...ini tanda kere..jaan sudah bankrap tahap gaban.




!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

PROJEK LANGGAR NIK AZIZ PART 2

>> Tuesday, 23 February 2010

 Oleh:KetuaPolis

Buat masa ni  tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran gua yang agak keras lagi panas...persoalannya kenapa timbul dalam hal nak langgar nik aziz...dan persoalannya kenapa mesti langgar hadi...dan lagi persoalan yang bahalol kenapa mesti ada pas reform.

kenapa dan kenapa...dalam projek langgar hadi sudah terisi nama ahli-ahli yang follow akan membuat rombongan ke rusila...dalam projek buang masa dan gila yang memperbaharui pas kononnya tuan presiden pas reform yb husam musa lah...kehkehkeh kenapa semua ini perlu lakukan....dan kenapa projek langgar nik aziz geng2 langgar hadi dengan geng pas reform tak berani nak join ka?...kahkahkah

Dua geng ni sudah hilang kemaluan...lu berani lu join la...minggu depan gua nak pi kota bharu,pulau melaka kasi itu nik aziz rasmi gua punya projek...kehkehkeh ada beran...weh..weh..weh lu ingat gua cakap kosong ka ha...gua punya projek gua sudah bincang sama itu husam musa maa...trak percaya tanya sama itu merah tinta.

gua punya kertas kerja hampir siap dah 80%...lagi 2-3 hari gua punya kertas kerja siap...ok kalau lu berani join gua lu isi ini borang kasi send my email .


nama:____
blog:_____
no fon:____
alamtat :____


tq 
!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...
Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!





Read more >>

Read more...

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA MENGENAI PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Oleh:Dr Lo'lo'

Saya ingin mengulas mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.

PM menyatakan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan TANPA  pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk. (Berita Harian, 7 Feb 2010).KLIK

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...
Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

KALAU DAH DASAR GILA KUASA APA BOLEH BUAT

Oleh:KetuaPolis

DI PERLIS

Isu pelantikan menteri besar Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.KLIK

DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU – Hasrat sepuluh Ahli-ahli Dewan undangan Negeri yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Geng 10 Budak Hitam) untuk ‘menggugurkan’ Ahmad sebelum ‘tempoh matangnya’ nampaknya, sekali lagi akan menemui kegagalan.KLIK 



!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...
Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

PIMPINAN UG ATAU GENG GANUNG YANG PALING AWAL HADIR

To’ Kong Kampung Cina Terbakar
Oleh:BuletinOnline


 KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.
”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

”bila dimaklumkan (oleh pihak Bomba) mereka datang untuk menyelamatkan tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana pintu (To’kong) berkunci,”kata beliau ketika ditemui media selepas masuk ke dalam To’kong dan mendengar laporan awal dari pihak Bomba.

Menurutnya, beliau diberitahu, penjaga To’kong yang memegang kunci tersebut keluar untuk makan malam,

Sehubungan itu beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana ia masih disiasat.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin, tidak ada unsur khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.

”Jadi, punca sebenar masih belum diketahui, yang saya bimbangnya, takut ada unsur khianat, tapi tidak ada, pasal dia (polis dan bomba) check (periksa) di (bahagian) luar To’ Kong tidak ada (kesan unsur khianat),”jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh api pembakaran colok yang merebak dari luar, atau mungkin disebabkan oleh litar pintas.

”Mungkin dari situ (pembakaran colok) ia merebak secara senyap-senyap atau akibat litar pintas,”kata Wahid.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dan menuduh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan kebakaran tersebut.

To’kong Tien Hou Kong adalah dianggap bersejarah kerana ia dilaporkan telah dibina pada tahun 1896.

Ia juga dianggap bersejarah kerana
mencatatkan sketsa yang menyedihkan, dimana beberapa orang Melayu ‘berselepoh’ menadah tangan dihadapannya.


note:-
kehkehkeh...yang pro reform jangan cemburu...mungkin lepas ni lu olang cakap boleh la itu berlaku negeri perpaduang...kehkehkeh...siapa yang sebenarnya mula menimbulkan isu geng perpaduang...yang pada asalnya nak mempertahankan jemaah pas sedia ada terus dilabelkan geng ug...kehkehkeh

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER