PEMIMPIN BERCAKAP BOHONG TUHAN POTONG LIDAH-KATA CINA
>> Wednesday, 24 February 2010
Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin
Pengerusinya, Encik Lu Liong King, 64, berkata golongan ibu tunggal, warga emas serta orang miskin selalu terabai.Bahkan, katanya golongan tersebut kurang mendapat perhatian pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sering kali mengamalkan sikap pilih ‘bulu’.
“Kita (kelab) rasakan golongan seperti ibu tunggal, warga emas dan orang-orang miskin selalunya terabai dan tidak mendapat pembelaan.“Kami bersama Adun Sura, Ustaz Wan Hassan meraikan golongan (ibu tungal, warga emas dan orang miskin) ini sempena Tahun Baru Cina,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura, di perkarangan Pasti Kampung Alor Tembesu, Dungun.
Seorang ibu tunggal, Pong Lang Jeng, 53, dari Kampung Bunga Raya merupakan ibu tunggal sejak lebih setahun lalu.“Saya rasa bangga kerana diraikan oleh wakil rakyat (Ustaz Wan Hassan) dan sedar dengan kebaikan PAS,” ujarnya.
Warga emas, Encik Wang Soon Fock, 68, melahirkan rasa gembira dan sukacita meski pun sambutan sederhana tetapi meriah.“Saya dan isteri rasa sangat suka dan gembiralah pada malam ini kerana diraikan oleh ‘Yang Berhormat’.
“Ustaz (Wan Hassan) seorang yang baik dan boleh diterima oleh semua rakyat dan pengundi,” ujarnya.
Menurutnya, meski pun pemberian tidak seberapa tetapi kaedah meraikan masyarakat tionghua amat baik.Puan Chua Yian Hoo, 74, menolak sikap pemimpin yang tamak, pembohong dan berkepentingan diri.
“Orang (pemimpin) yang cakap bohong, esok-esok mati Tuhan ‘kerat’ (potong) lidah dan masuk neraka.“Kita (rakyat) tidak suka jika ada mana-mana pemimpin atau parti yang selalu cakap bohong dan tidak berlaku adil,” tegasnya.
Pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut menyampaikan bantuan, sumbangan serta angpau kepada golongan warga emas, ibu tunggal, orang miskin dan kanak-kanak.buletinonline
2 comments:
Eh dah tukar template, yg ni senang skit nak baca..hehe
Post a Comment