Powered by Blogger.
Showing posts with label CUBAAN MENIPU RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label CUBAAN MENIPU RAKYAT. Show all posts

64 JUTA BEB...LU INGAT 6 RINGGITT EMPAT PULUH SEN KA

>> Monday, 26 April 2010

Oleh:KetuaPolis


Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.
(Gambar - awal-awal lagi Najib 'menjaja' berpuluh-puluh basikal untuk membeli undi penduduk Felda)

"Ini adalah masalah kita perlu diatasi.
(Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) menghabiskan RM64 juta untuk memenangi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menutup mata, "katanya dihadapan lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Mini, disini.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih.

"Pada tahun 2008, Pak Lah (bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) telah membenarkan kami menang,

"Tapi kemudian mereka (UMNO) menendang dia (Pak Lah) keluar dan sekarang kita kembali (at square one)," katanya.

Beliau menekankan beliau bukanlah tidak membuat alasan ekoran kekalahannya, Zaid menegaskan, peri pentingnya mendesak untuk pilihan raya bersih dan adil.

"Saya boleh menerima kekalahan saya, tapi kami tidak diberi peluang untuk satu pertarungan yang adil, dan rakyat tidak yahin dengan sistem yang ada," katanya.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!


Read more >>

Read more...

SPRM BUAT KERJA WAYANG OPERA.

>> Thursday, 4 February 2010

SPRM mula siasat Ketua Pemuda MCA



PERCUBAAN BERMAIN OPERA DI PENTAS SPRM

PUTTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melebarkan jaring siasatannya dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dengan menyoal siasat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.(gambar)


Adalah difahamkan pegawai-pegawai SPRM telah mengambil beberapa fail dari pejabatnya semalam bagi membantu siasatan terhadap Hijau Sekitar Sdn Bhd, di mana Wee adalah pemegang sahamnya.
Pada 24 Disember lalu, ketua pemuda MCA itu berkata, Hijau Sekitar menyediakan khidmat rundingan kepada Pelabuhan Klang tetapi menafikan terlibat dengan projek kontroversial PKFZ itu.


Syarikat Wee iaitu Hijau Sekitar, bersama empat firma lain, telah dilantik oleh Wijaya Baru Sdn Bhd untuk membuat kajian kemungkinan keperluan pembangunan pelabuhan di Pelabuhan Klang.
Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd ialah syarikat induk Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang membangunkan projek PKFZ yang menelan belanja berbilion ringgit itu.  Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing adalah juga ketua pegawai eksekutif KDSB.

SPRM mengambil keputusan untuk menyiasat Wee berikutan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seremban, Tony Fernandez, mendapati Wee masih memegang hampir separuh dari jumlah saham Hijau Sekitar, yang menjalankan kajian kemungkinan untuk membangunkan tanah disebelah PKFZ.
Beliau telah mengemukakan laporan lima muka surat kepada SPRM termasuk lampiran 200 muka surat dan carian dengan Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia mendapati Wee masih memegang 49,998 saham dalam Hijau Sekitar.

note:-
bagus-bagus ini baru betul buat kerja...ini baru berkhidmat untuk rakyat...ini baru betul2 buat wayang depan rakyat...ini baru starting nak tipu media...belakang citer,dokumen bagi balik kata tiada bukti kukuh untuk mendakwa...mana mungkin umno siasat BN...tak masuk akal yang waras bang...maaf sprm kami belum stupid.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER