SPRM BUAT KERJA WAYANG OPERA.
>> Thursday, 4 February 2010
SPRM mula siasat Ketua Pemuda MCA
PERCUBAAN BERMAIN OPERA DI PENTAS SPRM
Adalah difahamkan pegawai-pegawai SPRM telah mengambil beberapa fail dari pejabatnya semalam bagi membantu siasatan terhadap Hijau Sekitar Sdn Bhd, di mana Wee adalah pemegang sahamnya.
Pada 24 Disember lalu, ketua pemuda MCA itu berkata, Hijau Sekitar menyediakan khidmat rundingan kepada Pelabuhan Klang tetapi menafikan terlibat dengan projek kontroversial PKFZ itu.
Syarikat Wee iaitu Hijau Sekitar, bersama empat firma lain, telah dilantik oleh Wijaya Baru Sdn Bhd untuk membuat kajian kemungkinan keperluan pembangunan pelabuhan di Pelabuhan Klang.
Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd ialah syarikat induk Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang membangunkan projek PKFZ yang menelan belanja berbilion ringgit itu. Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing adalah juga ketua pegawai eksekutif KDSB.
SPRM mengambil keputusan untuk menyiasat Wee berikutan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seremban, Tony Fernandez, mendapati Wee masih memegang hampir separuh dari jumlah saham Hijau Sekitar, yang menjalankan kajian kemungkinan untuk membangunkan tanah disebelah PKFZ.
Beliau telah mengemukakan laporan lima muka surat kepada SPRM termasuk lampiran 200 muka surat dan carian dengan Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia mendapati Wee masih memegang 49,998 saham dalam Hijau Sekitar.
note:-
bagus-bagus ini baru betul buat kerja...ini baru berkhidmat untuk rakyat...ini baru betul2 buat wayang depan rakyat...ini baru starting nak tipu media...belakang citer,dokumen bagi balik kata tiada bukti kukuh untuk mendakwa...mana mungkin umno siasat BN...tak masuk akal yang waras bang...maaf sprm kami belum stupid.
0 comments:
Post a Comment