Powered by Blogger.

500 kecewa dan ditipu oleh PKR

>> Tuesday, 27 December 2011

Itulah tajuk yang menggemparkan buat ahli2 politik, Belum dapat kepastian lagi adakah betul ke 500 orang gerombolan kononya ahli PKR sebelum ini? perghhhhh ramai tu bhai.kalau betul ahli PKR memang goyang si Azmin anak ali ni...hahahahah anak ali lagi stopa dan hassan pun anak ali.


Den nak bagi petua kepada mana-mana makhluk spesis Ibrahim ali sebelum korang melompat seberang menyeberang mohon atau please la bagi alasan yang mengyakinkan aku sebagai blogger yang tak bertuan ni. sebab apo bhai, kalau lompat mesti meggunakan dua perkataan ni jer ker? "kecewa dan ditipu", apa yang megecewakan sangat ni dan apa yang PKR telah janji kat ekau jang?


Bukan pasal kecewa disebabkan tak dapat projek angkat sampah? bukan kerana ditipu tak dapat rembat projek cuci bus stop? Cuba ubah ayat skit sebelum korang mengambil acara melompat beramai-ramai ke lobang najis.


Ulasan: yang peliknya kat facebook umno bahagian gombak takdo plak update pasal isu besar ni. cakap siang tengok rosmah cakap malam untung2 dapat tidor kondo shahrizat...kahkahkahkah
Read more >>

Read more...

Benarkah umno besut derhaka sultan mizan??



BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.

Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.[harakah]

Ulasan:Apakah motif sebenar yang dimaksudkan oleh umno besut menurunkan bendera negeri separuh tiang? adakah mereka tahu maksud menurunkan bendera negeri separuh tiang? apakah masih ketidakpuasan hati umno besut terhadap tuanku diatas kes Idris Jusoh tak dicalonkan menjadi MB? dalam isu derhaka pada sultan benda ni bukan perkara baru malah umno sudah terkenal satu malaysia.
Read more >>

Read more...

ADUN Tendong, Pasir Mas meninggal dunia

>> Saturday, 24 December 2011


Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh. Sumber dari facebook MB Kelantan
Read more >>

Read more...

[video Inside] Seekor Siamang samseng menyerang budak

>> Thursday, 15 December 2011

Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.
katanya merangkap menantu pak lah zzzzzzzzzzzz.



MELAKA: Siamang yang menyerang dua kanak-kanak di Zoo Melaka kelmarin, sudah ditangkap dan dikuarantin pihak zoo sebagai langkah keselamatan.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata langkah itu prosedur lazim pihaknya bagi mengelak haiwan berkenaan terus mengganas dan menyerang pengunjung.

Katanya, kejadian serangan siamang terhadap manusia adalah pertama kali berlaku sejak Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 dan pihaknya amat terperanjat dan dukacita dengan kejadian itu.
[hmetro]

Saksikan video ini agar tak lari tajuk



Ulasan: Khairy, jangan tiru aksi video ini
Read more >>

Read more...

[Video Inside] Lagi ahli umno sertai PAS di Terengganu

Semakin dekat dengan pilihanraya, yang kini masih menjadi teka teki semakin panas buat parti pemerintah pusat dikepalai United Malay National Organization  atau dengan kata lain United Myanmar atau United MONKEY.

Teruskan berteka-teki dengan golongan marhaen semakin lama semakin menyampah rakyat dengan muka rosmah al-borosi.

Adakah masih kelupaan tarikh 9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus Kuala Terengganu? telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.[puteri umno]


Diakui sendiri oleh geng gerombolan terengganu bahawa mereka berada dalam keadaan semakin lemah sekarang, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.

Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

KENAPA ROSMAH TAK BERTUDUNG
 

Ulasan:sana keluar sini keluar yang pastinya takkan keluar butatutin tv tigo suku
Read more >>

Read more...

Lagi umno salah guna kuasa, menggunakan premis kerajaan

>> Wednesday, 14 December 2011

Ekau tahu ko apo maksud kerajaan? Ingat bilo sebut kerajaan korang ingat umno ker? so hospital ba;ai raya mahkamah kira umno yang punya lah?

Jangan lupa para blogger dan facebookers reramai kito poie sano memeriahkan majlis ilmu (ad dunia akbar) insyallah tiada gangguan sepertimana yang terjadi pada kuliyah Ustaz azhar Idrus tempoh hari di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kuliyah yang akan disampaikan oleh penceramah tersohor iaitu salah sorang daripaa 40 ulama' mudo umno paling famous. tidak lain tidak bukan Al-Fadhil Tuan guru al syeikhhhh fathul Bari al wahabieyyy

Yang best program ini dibuat dalam UITM untuk bercakap soal lebih kepada kepartian dan menggunakkan ustaz bagi mengaburi mato  para student. Ingat budak2 UITM bodoh macam papagomo kot.

Apo keno mengeno seorang ustaz nak bercakap soal dunia.dah takdo penceramah lain ke nak bercakap soal keistimewaan bumiputera sehingga membaruakan orang agama dalam umno.

Inilah kelebihan dalam umno bila ulama' di perkudakan sewenang-wenangnya demi menjaga politik taik BN.



Kalau orang umno boleh berpolitik dalam bangunan kerajaan apa salahnya bagi chance kat PR plak pasni.kito kan demokrasi,naper takut? potong kasi makan itu lembu lah

Dah nama title ustaz jangan sampai di labelkan ustaz anjing dan ulama' suq, menjual agama demi kedunian naudzubillah.

Tak perlu persoal banyak-banyak. bangunan2 di bawah penbtadbiran pusat di negeri2 Pakatan Rakyat hanya BN layak buat maksiat


Ulasan: Setahu den, Ingatkan ulama dalam umno hanya sekadar baca doa makan untuk majlis menteri.
Read more >>

Read more...

Perdana menteri Najib dicabar oleh seorang perempuan agar meninggalkan kerusi pekan

Kalau perdana menteri satu malaysia betul2 gentle sila bertanding di parlimen lembah pantai selaras dengan slogan keramatnya ONE MALAYSIA sesuai sangat belaiu bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum.

Please la belajar berhijrah bukan kah itu sunnah nabi, baru ada kemajuan dan ke machoan abang PM.

Najib harus menyahut cabaran ini kerana ianya dicabar sendiri oleh puteri reformasi ketua pembangkang merangkap MP Lembah Pantai.

Seharusnya PM rosmah membenarkan isterinya bertanding di mana2 kerusi parlimen yang penduduknya terdiri dari 3 kaum cina india dan melayu. Den jangko andaikato benar2 bertanding di luar Pekan tak di sangka kak ros 24 kilo susut berat badan.


Ulasan:Please datuk seri jangan memalukan kaum Adam.diam-diam sudah jangan bagitahu kak ros. untung scorephen dapat khawin duo
Read more >>

Read more...

[Gambar] sekitar perbicaraan anwar Ibrahim fitnah 2

KUALA LUMPUR 13 Dis: Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

“Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka.

“Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.

“Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah.

Semalam, ketiga-tiga peguam Anwar termasuk Karpal Singh dan Ramkarpal Singh menggulung hujah mereka.

Hari ini pula adalah giliran pasukan pendakwa raya diketuai Peguam Cara


Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.

“Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku.

“Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku.

“Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin.

Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.[kdilan]

 Perghhhhhhhhhhh

 Peguam Sankara Nair

 Uncle driver teksi yang berjiwa kentar
 Special Branch berbaju biru turut diundang menjadi balaci umno

 Puteri reformasi


Ulasan: Adakah Anwar terhumban dalam sungai buloh buat kali kedua ,atau kak ros berpeista ala poco-poco. ramai berpendapat mengatakan DSAI telah sebelah kaki ke dalam jail makan nasi free.


malah menurut rakan den orang kuat PKR  mengatakan begitu, demi menyelamatkan politik tamak haloba najib  rosmah dan umno dari terus dibogelkan.


Penjara anwar pendek kato bergemalah gendang dipalu memanggil PRU13,maybe bulan lima 2012.


Read more >>

Read more...

[Video Inside] Lagi islam dihina di laman sosial Twitter

>> Tuesday, 13 December 2011

Islam dihina UMNO peduli apo


Islam dihina lagi di laman sosial twitter. pelbagai cacian dan makian dilemparkan tanpa memikirkan perasaan sentimen keagamaan. Dalam islam sendiri tak mengajar umatnya menghina agama lain.

Sejak dua menjak ni akibat kecanggihan dunia IT pelbagai benda yang kita dapat "maklumat dihujung jari anda" dosa pahala atas diri masing-masing bhai.

Dalam isu ini den tak tahu lah minah ni betul2 akaun dia atau fake. menggunakan nama TENGKU SOPHIA sinonim dengan nama islam dan umat melayu malaysia ,tapi den ghaso minah ni bukan umat melayu m'sia. 

Bukan kali pertamo hinaan terhadap islam dihina dari negara jiran Indonesia. bagi den benda ni terutamanya dari negara garuda dah biasa. dan kalau rakyat malaysia sendiri yang hina pun bukan boleh kerajaan bertindak pun bhai.



Akibat kecanggihan dunia IT

Saksikan video sembang rakyat menghina HUDUD


Bukti tajaan umno



Ulasan: bilo lah negara den nak buat HUDUD. Indon ni dengan geng SEMBANG RAKYAT lebih kurang jer.teringat isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.
Read more >>

Read more...

[Gambar] Banjir kilat berhadapan perpustakaan sebentar tadi

Kira-kira pukul 4.15 petang tadi bandaraya kuala lumpur dihujani hujan dengan begitu lebat. malah ada sesetengah tempat yang tanah rendah mula dinaiki air. jalan tun razak kedua-dua arah berhadapan dengan perpustakaan negara dan Institut Jantung Negara (IJN) dibanjiri menyebabkan kesesakkan traffic amat teruk.


Banjir depan perpustakaan negara sebentar tadi



Sana banjir situ banjir, habis sampah sarah dibersihkan dibawa arus banjir. Adakah petanda UMNO bakal dibersih kan pada PRU 13 nanti?

Ulasan: mungkin longkang tersumbat, maintanance DBKL ok ker? rakyat susah lagi
Read more >>

Read more...

PANAS....!!!! Terkini DEBAT RAKYAT Anjuran GAPS banyak kerusi dari UMNO

>> Monday, 12 December 2011

Kalau ceramah Pakatan rakyat den ghaso tak perlu sediakan kerusi malah sanggup berhujan panas. difahamkan bukan debat,kerana hanya bercakap sesorang ala2 ceramah. tetapi nak perkasakan beliau sebagai ahli parlimen atau penceramah yang hebat,dan menyedapkan hati UMNU tulis lah DEBAT. tak tertipu melayu kalau bukan umno


 umno dah terbogel habis 
 
 Sambutan "HANGIT" DEBAT RAKYAT Anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor GAPS Di Seksyen 7 Kota Damansara Sekarang Ini. Acara Yang Kononnya Nak Dibuat Kat Padang Awam. Terpaksa Ditukar Ke Dalam Dewan Gara-Gara Kehadiran Yang tidak menggalakan. Tetamu diundang GAPS, Zulkifli Noordin Berceramah Dengan Tajuk Selamatkan Selangor Serta Menghentam DS Anwar Ibrahim.

Maybe Zulkifli Noordin Selamatkanlah Kulim Bandar Bharu Tue Dulu Takut-Takut Terlepas Kat Pakatan Rakyat Pulak Pada PRU 13 Nanti... Dalam Sibuk Nak Selamatkan Selangor, Zul Pulak Gigit Jari Nanti... Ramainya Kerusi Dari Orang. !!!! Tue Pun Org2 UMNO.. Nak Harap Rakyat Datang...? Sorrylah... Takut Hujan Pulak Nanti [fb kbbu]

Ulasan: Umno dah ketandusan isu menghentam PR so ekau tunggu apo laie? jangan nak monang dengan kelemahan musuh sebaliknya bina kekuatan sendiri.
Read more >>

Read more...

18sx-Gambar terPANAS lebih panas dari gambar Fasha sandha



Dilarang sama sekali meniru aksi-aksi dalam gambar tersebut,anda boleh didakwa dalam seksyen 17 kanun keseksaan aksi lucah 18sx. budak2 sedang bercuti sempena cuti sekolah amat-amat dilarang menonton menyebabkan anda terkeluar air keringat.

Mana-mana pakcik makcik felda yang penyokong tegar umno amat-amat digalakkan menonton gambar ini lama-lama, muda-mudahan anda terbuka hidayah supaya tak meniru aksi ghairah ini.





Ulasan: setelah kembali dari tanah suci ingatkan berubah tiru makcik sebelah tu, menutup kepala dengan sempurna.semoga terbuka hidayah mu bini najib
Read more >>

Read more...

[Video Inside] penceramah umno mengamuk macam lembu gila

Kesian bonar den tengok sorang penceramah umno di pentas  yang den kurang pasti sapo namo penceamah yang bijak ini.menceramah macam seolah-olah di rasuk syaitan atau sawan khinzir.


Ceramah umno itu diadakkan semata-mata ingin membuat provokasi murahan kononya membalas hujah apa yang di ceramahkan oleh penceramah Pakatan Rakyat yang diadakan bersebelahan, namun apa yang dicakapkan oleh mamat pencacai ini tak ubah seperti seekor anjing gila menyalak tak kira siapa lalu depanya.

Den kiro ekau ni bernasib baik sebab berceramah bukan kampung den, ekau berani bilo berada di negeri2 yang kuat umnu nya di dun bukit Baru melaka <------- Lokasi pentas ceramah



ulasan: teringat den kato-kato abang mat sabu "Negeri paling terakhir pas dapat tawan adalah melako"
Read more >>

Read more...

PKR kini lebih berhati-hati dari terus calonnya menjadi BEBAS

Belajar dari kesilapan menanda kan anda tak ego, mengaku kesilapan lalu mengambil calon tiada tapisan. jangan belajar dari umno sudah,rosak aqidah.


KOTA BHARU - PKR akan memastikan calon yang bertanding di Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) memiliki kelayakan tinggi selain setia kepada perjuangan bagi mengelak senario lompat parti berulang.

Setiausaha Agungnya, Sai­fud­­din Nasution berkata, berbanding PRU 2008, pemilihan calon PKR pada kali ini dilihat lebih tersusun serta memiliki ramai yang berkelayakan dan berpontensi untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

“Untuk calon kita melalui beberapa kriteria, antaranya kelayakan, penerimaan masyarakat terhadap kemungkinan menjadi calon dan ketaatan kepada parti, ini penting kerana PKR melalui episod yang tak berapa sedap sebelum ini, kita belajar melalui pengalaman,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini empat Ahli Parli­men PKR menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat manakala lima di peringkat Dun melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, pihaknya menerima sejumlah nama-nama calon yang dikemukakan dari saluran parti melalui peringkat Parlimen dan Dun manakala saluran kedua melibatkan penca­rian dan permohonan.

“Kita masuk pusingan terakhir menjelang pilihan raya, PKR tidak akan melalui seperti PRU 2008 yang mana tak ramai yang sedia menjadi calon, puas pujuk, orang tak bersedia, nak marah tak boleh pilihan raya terdahulu Barisan Nasional (BN) menang besar, contoh (Parlimen) Subang dengan dan Kelana Jaya majoritinya lebih 10,000,” katanya.

Beliau berkata, peluang mem­baiki prestasi cerah memandangkan persiapan jauh lebih baik berbanding dua PRU sebelumnya kerana faktor penonjolan calon lebih awal, kerjasama gabungan Pakatan Rakyat dan tawaran dikemukakan kepada pengundi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bagaimana­pun enggan mengulas mengenai ura-ura mengatakan beliau akan bertanding di Lembah Klang bagi memberi peluang kepada calon tempatan bertanding di Kelantan.[sinar]

Ulasan:tahniah PKR belajarlah dari PAS rakan anda macamana mentarbiyah ahli2nya cukup2 lah calon seperti zul kulim.
Read more >>

Read more...

[Video Inside] 40 orang bekas gerombolan puteri umno masuk PAS

>> Sunday, 11 December 2011

Ini bukan cobaan ini, bukan main-main, ini bukan perbuatan reka2. ini botul-botul berlaku.cacing kepanasan umno Terengganu, betul2 keruntuhan stadium.

 Borang keahliannya diserah kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayo.

KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

“penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,”tegasnya

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa ‘selesa’ duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.

“kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,

“ jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.
[buletinonline]

 

Ulasan admin: tiado ucapan selain ucapan tahniah kerana meninggalkan perjuangan umno yang sia2
Read more >>

Read more...

Debat NFC -Cadangan dibuat di PWTC tempat umno berkumpul

>> Friday, 9 December 2011



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.

“Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,” kata Rafizi.

Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011.

“Sebagai pemimpin Umno paling lantang mempertahan skandal NFC, wajarlah Khairy meluang masa menerang kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan NFC yang menimbul kemarahan rakyat, termasuklah penjelasannya bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak NFC.

“Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,” katanya lagi.

NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.

Selain kegagalan syarikat itu seperti yang didedah pertama kali dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu, syarikat itu turut didedah menyelewengkan wang itu untuk kepentingan Shahrizat dan keluarganya.

Penyelewengan itu termasuklah membeli dua kondominium mewah seperti diakui suami Shahrizat sendiri berharga RM13.8 juta.

Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.
[keadilan]
Read more >>

Read more...

[Video Inside] MCA parti seks cabar Guang Eng berdebat pasal HUDUD

>> Tuesday, 6 December 2011

Masa yang dinanti2 oleh umat islam.apa yang di keluarkan oleh kediua-dua cina ini yer bila berhujah tentang hudud? parti sama2 menolak hudud tapi berlainan ideologi.satu tolak hudud bersama dgn kezaliman dan satu parti laghi tolak hudud tapi bersama mendirikkan negaro kebajikkan.

Adakah sama2 mengeluarkan hadis sahih muslim atau bukhari dan ayat2 Allah? den setuju bonar dongan pendapat kafir harbi MCA sekutu rapat UMNO ni. moga-moga bila kedua2 ini berdebat mudah-mudahan terbuka otak karat United malay National Organization.

SHAH ALAM - MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen.

Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak.

"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”

“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun,  Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA.

Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud.

Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak.

Selain itu, Seng Kok berkata, MCA telah memberikan masa kepada Guan Eng untuk membalas cabaran itu tetapi masih tiada maklum balas.

Menurut beliau lagi, Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) telah menjemput Adun Air Puteh itu untuk menghadiri forum  "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia" di Wisma MCA baru-baru ini, tetapi sekali lagi, Guan Eng tidak muncul dan memberi alasan bahawa beliau tidak diberi masa yang cukup untuk bersiap sedia.

Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin.

"MCA masih akan terus menjemput beliau dan berharap rakyat dapat tahu serta lebih memahami mengenai isu masyarakat daripada debat yang akan dilakukan.

“DAP dilihat seolah-olah cuba melambatkan dan mengelak dari memberitahu orang ramai mengenai pendirian mereka mengenai hudud," katanya.

Dalam pada itu, Seng Kok berkata, sebelum ini DAP ada mengatakan bahawa mereka membantah undang-undang hudud dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka menjelaskan pendirian mereka.[sinar]




 


Admin:mudah-mudahan kamu masuk islam.umno wajib bertaubat
Read more >>

Read more...

[Video Inside] Bai'ah Pas haramkan pendapatan, elaun dan pencen

Alhamdulillah,kini satu persatu umno mengikut langkah kerja PAS. walaupun parti pas musuh mereka tetapi langkah baik pas di tiru bulat-bulat, seingat den lamo bonar dah umno buat kerja tiru meniru ni. seingat den mula2 dia meniru pembinaan setiap rumah wajib mempunyai tiga bilik. bukan kah langkah ini di ceduk dari kerajaan pas KElantan? pembentangan bajet 2012 boleh dikatakan separuh diceduk dari buku jingga Pakatan Rakyat.


 Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 SHAH ALAM - Jika Umno melakukan Sumpah Taat Setia bagi 'mengikat' ahlinya daripada mengkhianati calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, Pas pula melakukan Sumpah Bai'ah bagi memastikan calon yang menang tidak lompat parti.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ada tiga perkara dalam Sumpah Bai'ah yang perlu dipatuhi oleh calon Pas yang dipilih.
"Pertama, calon  berjanji jika menang (dalam pilihan raya), dia tidak akan melompat atau keluar parti. Kedua, sekiranya keluar parti atau lompat parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya daripada parti yang dia bertanding.
"Dan yang ketiga, sekiranya dia (calon) keluar parti atau lompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaunnya dan pencen yang diterimanya kerana dia tidak  amanah  kepada rakyat yang diwakilinya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, tiga perkara tersebut ditetapkan bagi mengelak calon Pas yang menang tumbang di tangan Umno.
"Sebelum ini, ada usaha untuk membeli wakil rakyat kita (Pas) dengan menawarkan wang agar lompat parti. Jadi dengan cara ini, kita ikat calon dan mereka bersumpah atas nama Allah," katanya.
Jelasnya,  sebelum lafaz sumpah dilakukan, taklimat terperinci akan diberikan supaya calon jelas dengan perkara yang ditetapkan.
"Sumpah Bai'ah dibuat setelah seseorang telah pasti dipilih sebagai calon. Yang melanggar sumpah ini berdosa dan wajib bayar kifarah sumpah," ujarnya.
Semalam, Tuan Ibrahim memberitahu sumpah antara Umno dan Pas begitu berbeza.
"Dalam Pas, kita lakukan Sumpah Bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding.
"Sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti," katanya.
Pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu, sumpah taat setia yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno
Antara kandungan lafaz ikrar taat setia ahli Umno ialah:
"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. 
Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.  
Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."[sinar]

Ikrar Umnuuuuuu
 

Admin:Bubar jer umno masuk pas sonang, kepalo tak sakit nak mikir projek mega
Read more >>

Read more...

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu yang banggang pasal Hudud

>> Monday, 5 December 2011

 Mohd Kamal Sadin

Satu penghinaan buat rakyat Terengganu bagi aku kerana mengambil orang kedah nun jauh berbatu-batu menjadi penasihat agama kepada Menteri besar terengganu.dah macam tak do sangat-sangat rakyat terengganu yang layak memegang jawatan tersebut.

Apa menarik dan istimewa sangat si Mohd Kamal Sadin ni? sebenarnya den tak nak cakap pasal mamat ni tapi kebetulan mamat ni mencetus isu yang membodohkan dirinya sendiri.

Kata Mohd Kamal Sadin hari ini di ibu pejabat MCA, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan."Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”

Ekau baco lah ayat berwarna merah tu berulang kali agar kamu tak banggang macam penasihat umno dari kodah tu. Kalau ekau poie tanyo budak tabika kemas pun dia mampu jawab soalan ini,"apakah hukum liwat isteri?" dan den ghaso ekau kono ludah kahak hijau may be.

Meh den nak skolah kan peasihat agamo ni.dah kalau budak kemas boleh jawab soalan ini apalah sangat budak PASTI bukan? 

Ok dalam enakmen hudud terengganu meliwat isteri adalah menjadi kesalahan malah tidak dikenakan hukuman HUDUD. adakah penasihat kang kong ini lupa akan hukuman takzir? tetapi si suami takkan terlepas dari hukuman takzir. adakah kamu bodoh atau buat2 bodoh si kamal? kalau masih bodoh lihat sini


Apalah malang sangat MB kijal ini mendapat penasihat yang den ghaso lobih bodoh dari lombu NFC.

admin:Masuk umno automatik bodoh kenapa ek? kalau nak jilat sekali pun jangan sampai membodohkan diri sendiri, hudud hak milik total Allah. kalau hudud pas haram buat kalau hudud umno haram buat apa lagi soi lek hina hudud

Read more >>

Read more...

[Video Inside] Kebiadaban, Chua soi lek menghina hudud lagi

Mana pergi perkasa,pekida??

 Bekas menteri tak bermaruah pernah kantoi video seks
Kebiadaban rakan tidor sebantal umno semakin biadap dan kurang ajar dengan kenyataan nya semakin hari semakin celaka, sampai bila kita umat islam khusunya di malaysia ini membiarkan si kafir harbi ini menghina hukum Allah.

Selama umno menjajah malaysia selama 54 tahun nampaknya gagal mentarbiyah rakannya dari non muslim. Hari ini beliau menghina hudud lagi dengan berkata:-

"Pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia"

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.[Tmi]

Disebabkan makhluk inilah, malaon soi seks terus menghina hudud
 
Admin: Umno mengaku islam sehingga hari ini membisu dan tak tahu bagaimana nak menutup mulut cina ini. keberaniannya hari ini menghina hudud kerana bersama dalam kompenen Barisan Nasional. mana pergi 40 ulama' muda umno yang berselindung dengan nama salafi. selagi umno berkuasa selagi itu islam dihina.UBAH SEBELUM PARAH.


Laporan demi laporan telah dibuat





admin: Selagi mana kamu dibawah BN selagi itu kamu selamat soi lek.polis sila membakul sampahkan laporan terhadap soi sek
Read more >>

Read more...

Bila berhijrah kearah kebaikkan kenapa dilabel masuk PAS

>> Sunday, 4 December 2011

Inilah mentaliti otak penjajah,sekular

KOTA BHARU - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.
Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.
“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.
“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.
Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.
Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini.
Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.
Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.
“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya.
“Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.
Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.
Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.
Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.
Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.
Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.[sinar]

 Admin: Ramai artis dah berubah angin ke arah kebaikan malah ada pun menjadi pendakwah,so kalau kita jahil sepatutnya support atau berdiam diri walaupun ekau tak setuju,sebab kalau ekau bersuara makin terselah kebadohan dan kejahilan kamu.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER