Powered by Blogger.

BUKTI APA PULAK BANGKAI

>> Monday, 12 April 2010

note:-
kehkehkeh...wa H1N1...anak beranak kuku besi...wa ada keris bila2 masa je wa nak jolok pungkoq hang jib...kehkehkeh


KUALA LUMPUR, 12 April — Pakar patalogi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand diminta membuktikan dakwaan kononnya beliau telah menerima tekanan dan bimbang dengan keselamatan dirinya sehingga menarik diri daripada memberi keterangan pada inkues kematian Teoh Beng Hock.




“Saya menggesa supaya Dr Pornthip memberikan lebih banyak maklumat dalam kedua-dua dakwaan supaya kita boleh jalankan penyiasatan secara menyeluruh kerana tiada apa yang hendak saya sembunyikan,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  di lobi Parlimen di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan itu.


Beliau juga mengarahkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan memberikan laporan lengkap berhubung dakwaan berkenaan.


“Isu ini melibatkan polis dan imigresen, dan saya telah meminta laporan mengenai perkara ini. Dalam masa sehari dua lagi, saya akan maklumkan kepada orang ramai,” katanya.


Mengulas kenyataan Dr Pornthip yang khuatir dengan keselamatannya apabila berada di negara ini, Hishammuddin berkata, kerajaan telah memberi jaminan untuk melindungi keselamatan setiap individu yang memasuki Malaysia tanpa mengira status kerakyatan masing-masing.


“Siapa sahaja yang telah melangkahkan kaki ke negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin dan melindungi keselamatan mereka.


Jika ada keraguan di pihak mereka, jika mereka bimbang dengan keselamatan mereka, jika mereka datang kepada kita, kita tidak pernah meminggirkan mereka, tapi mereka perlu datang dengan maklumat lengkap dan fakta untuk menyokong dakwaan itu,” katanya.


Ketika ditanya mengenai dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kononnya lebih 150,000 pekerja asing terkandas kerana pasport mereka dipegang oleh majikan, Hishammuddin berkata isu itu bukan sekadar berkisar kepada pasport dan majikan.


“Isunya bukan hanya berhubung kait dengan pasport, tetapi pemantauan warga asing dan pekerja asing yang berada di sini.


Sebab itu jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat isu ini bukan saja dalam konteks dokumen perjalanan tapi juga dari segi pemantauan dan pelaksanaan selepas tempoh yang diberi luput,” katanya.


Beliau berkata majikan tidak dibenarkan memegang pasport mana-mana individu tetapi pada masa ini pekerja warga asing didapati sering lari daripada majikan mereka walaupun tanpa pasport.


Mengulas mengenai jumlah pekerja yang terkandas itu, beliau berkata angka sebenar sukar dinyatakan secara tepat kerana pekerja berkenaan dibahagikan kepada dua kategori.


“Ada dua kategori. Mereka yang datang secara sah, lepas itu tak sah. Ada yang datang awal-awal lagi dan dokumen mereka tidak sah, jadi jumlah yang tepat akan diperoleh menerusi usaha lapan kementerian dan 15 agensi yang telah bekerjasama untuk meneliti perkara ini.


“Saya percaya bahawa data yang lebih tepat pada masa akan datang mampu dihasilkan sekaligus membantu kita dalam tiga aspek iaitu tapisan, pemantauan dan penguatkuasaan sekiranya mereka perlu dihantar balik,” katanya.

5 comments:

Anonymous,  Monday, April 12, 2010  

lagi contoh menteri ubn yang bercakap melalui lubang jubornya!

boonlanchoucow

yeop Monday, April 12, 2010  

Biasala Abang syam kita ni, masa jadi menteri pelajaran dulu cam tu gak, main cakap je, tu yang jadi masalah gaji guru yang x selesai sampai ari ni. Kena pulak Tuk Lah yang x tau apa main baca je teks, kesan nye guru makin pening kes gaji x hairan lah ramai guru menyokong PR.

Anonymous,  Tuesday, April 13, 2010  

salam tuan tanah, tumpang lalu..

bagus blog ni, keep it up.boleh iklan sikit.

Hotel Politan , Kota Bharu, Kelantan - harga dari serendah RM60/hari
Online booking - www.hotelpolitan.com

Pak Long Tuesday, April 13, 2010  

Pak Long tengok muka dia ni unik la, senyum ngan marah nampak serupa... muka lawak...

MissXYZ Tuesday, April 13, 2010  

haha hishamuddin mmg gitu senyum ngan marah supe je... dia kan badut =)

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER