ZUL DALAM BUANGAN SEPERTI SAMPAH HANYUT
>> Monday, 8 March 2010
note:
kehkehkeh...kesana dicemuh...kesini di ludah...perjuangan politikmu kini hampir lumpuh dek taufan yang dicari...syabas zul membuatkan ramai yang lena tidur hampir terjaga kerana politik sampahmu...inilah bahana perjuangan yang tidak wala' pada pimpinan...kehkehkeh nak masuk pas...lagi hampeh...kerana parti tu lagi kuat berpegang pada wala'...kahkahkah
PETALING JAYA- Pas tidak wajar menerima kehadiran anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.
"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.
"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas...ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang sebelum itu hadir sidang media mengenai ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.-sinarharian
2 comments:
kemas, cantik & hebat susun atur. syabas. perturunkanlah ilmu sikit
Den fikir tak lah kito semuo nak layan zul sopai ni lagi . Sekarang ni macam org gilo talak . Sampai Kak Wan punyo sarung tangan pun dio nak komen . La Haula wala... Takdo kojo laeii sopai ni.. Dio perasan sobab satu duo hari ni media balachi ( baso dio ) bagi dio cakap ... Tak lamo laeii sonyap lah tu.. Ptuii ... Den tergolak bosar bilo dio kato Kak Wan ngangis kat bahu dio.. Warghhhh tak tahan porut ngan air hidung den keluar bilo baco komen dio... Dio lobih toruk gilo talak ngalahkan artis yang kono corai dengan Datuk........
Post a Comment