Powered by Blogger.

TIPS BAGI SESIAPA YANG DIUJI

>> Sunday, 7 March 2010

Oleh:Shania opal




note:
Sempena hari mengingati kepada ahli-ahli pkr yang keluar parti...keluar dengan perasaan marah lah kononnya...dengan itu gua cadangkan lu semua yang melompat dari pkr dan juga ketua hampa berahim ali elok baca ni...bacalah dengan perasaan tenang dan moga2 lu insaf apa yang lu buat menipu pengundi lu

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”


Riwayat Ibn Abi Dunya
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku
ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia
kerana ia boleh menambahkan keimanan.


ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal
mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.
Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.
Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di
dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka
Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu
berwudhuk (mengambil air sembahyang).


iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-
macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.
Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah
yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah
yang paling terpuji.”


iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap
perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang
diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama
di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.
Anak Adalah Ujian Allah
Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang
 anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku
ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu
dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak
memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang,
aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat
cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi
dinding baginya daripada api neraka.”


(Bukhari) 
Ujian Menghapuskan Dosa
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang
menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan
sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada
musimnya yang tertentu)."
 
Abdullah bin Mas'ud r.a
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.....

Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER