SALAH SORANG AHLI REFORM SUDAH INSAF,BALIK KE PANGKAL JALAN
>> Monday, 22 March 2010
note:-
kehkehkeh...alhamdulilah cikgu husseyn kita sudah insaf menghentam kepimpinan ulama dalam jemaah pas...setelah begitu ekstrim membantai,menterjah,mengterajang pas yang di labelkan pro ug...kehkehkeh lu sekarang sudah ada dapat hidayah ka...kahkahkah...lu memang ayam lama husseyn...akibat penulisan lu yang biadab,kurang ajar...ramai yang kurang respek sama lu di atas ke biadaban lu...sekarang lu banyak puji itu hadi haaaaa...lu punya kawan reform lain tak kecil hati ka...kahakahkah.
Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva
21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini
"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.
Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.
"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.
Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.

Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.

menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva
Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”

Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah.-al-husseyn51