Powered by Blogger.

I.S.A KAN UNTUK KAKI MAKSIAT

>> Thursday, 28 January 2010

10 Pengganas Ditahan ISA



      MULIANYA PELACUR,PENGAMAL MAKSIAT DISISI UNDANG2 MALAYSIA


PUTRAJAYA: Sepuluh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan pengganas antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sembilan daripada mereka ialah warga asing dan seorang lagi merupakan rakyat tempatan.

"Kesemua mereka terlibat dengan pengganas yang mempunyai hubungan kait di peringkat antarabangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan pihaknya telah menahan seramai 50 orang di bawah akta berkenaan.
Sebelum ini peguam hak asasi manusia, Edmund Bon melalui laman twitter miliknya mendakwa terdapat seramai 50 orang rakyat pelbagai negara termasuk pelajar universiti tempatan telah ditahan di bawah ISA pada Khamis minggu lalu.

"Jumlah itu (50 orang) tidak betul, saya hanya sahkan seramai sepuluh orang sahaja ditahan baru-baru ini," katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata majoriti ahli kumpulan yang ditahan itu baru memasuki ke negara ini.
"Majoriti daripada sepuluh mereka itu baru sahaja tiba di negara ini, mereka tidak bertapak di negara ini dalam tempoh masa yang lama.

"Kalau kita tidak mengambil tindakan cepat saya bimbang ianya akan dapat mempengaruhi pihak lain... ini juga menunjukkan bahawa dalam konteks keganasan kita cukup serius," tegasnya.

Ditanya sama ada kumpulan pengganas terbabit tersenarai sebagai pengganas paling dikehendaki di peringkat antarabangsa, Hishammuddin berkata: "Ya, mereka ada dalam senarai yang dikehendaki, tapi sama ada paling dikehendaki atau tidak saya tak pasti."

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak keselamatan antarabangsa untuk tindakan selanjutnya.Katanya lagi, pada tahap ini pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung tangkapan berkenaan termasuk negara asal, tempat penahanan dan bila penahanan itu dibuat.

"Ini merupakan kes yang serius, ia melibatkan kerjasama dengan agensi antarabangasa di seluruh dunia.
"Saya kena berhati-hati dengan apa yang saya katakan, perkara ini sedang di siasat," katanya.

note:-
baca dah faham pikir,hentam sampai tersungkur ...!!!
media yang kuat merapu melaporkan berita yang belum soheh...!!!
berita yang belum dihukum samaada bersalah atau tidak...!!!
inilah media menjadi barua kerajaan dibawah naugan rosmah anak mansor...!!!
kejamnya undang2 kerajaan hari ini...!!!
woi kemukakan bukti dakwa kan mereka ke mahkamah...!!!
buktikan mereka bersakah,jangan jadi penzalim...!!!
jahatnya undang2 umno yang menghukum manusia yang belum tentu bersalah...!!!
lebih kejam lagi mereka tidak dapat membela diri di mahkamah...!!!
inilah low of the junggle abah kau hisham...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER