Powered by Blogger.

PELUANG UNTUK MAMA ROSMAH KIAN CERAH PELUK CHONG WEI

>> Monday, 15 March 2010

note:
kehkehkeh...mana tidaknya sejarah telah tercatat dengan kemenangan cina ini...sejarah tidak lupa juga laki najib ini memeluk chong wei ke buah dada nya...kehkehkeh dayyus sungguh kau jibuntuya.

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan All England yang ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir 21-19, 21-19.-utusan
Read more >>

Read more...

SAYANGNYA NAJIB KAT YAHUDI NAAAA...!!!

>> Sunday, 14 March 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka  slogan-slogan seperti Satu Malaysia. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud  wujud bukti  jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini  dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati  Najib dan kerajaan pimpinannya. 

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan khidmat  syarikat atau perunding Yahudi  bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. 

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che yang Khor, pangkalan Assam kangar Perlis.Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam. 

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.
"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman  dalam usaha meraih sokongan orang Melayu 

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau.-tvselangor
Read more >>

Read more...

LAKSANAKAN HUDUD HINDARKAN JENAYAH

Oleh:KetuaPolis

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu meminta agar Kerajaan Negeri melaksanakan hukum Islam sebagai dasar pemerintahannya bagi mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa berlaku di negeri ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mencontohi amalan yang dilakukan ketika zaman pentadbiran Pas sehingga memperlihatkan penurunan kadar jenayah dalam kalangan belia.

Dalam masa sama, beliau menganggap pengurangan kes jenayah yang berlaku pada zaman Pas disebabkan keberkatan pemerintahan berlandaskan tuntutan me-lalui al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

“Kita yakin kenaikan mendadak jumlah penglibatan belia dalam jenayah di negeri ini disebabkan ketiadaan keberkatan Allah SWT terhadap pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu tunduk kepada perintah Allah dalam hal pentadbiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu melakukan usaha bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan hukum Islam berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri Terengganu yang di’islam’kan berdasarkan pada zaman pemerintahan Pas pada 1999 hingga 2004.

Mengulas lanjut beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, pihaknya tidak berasa terkejut dengan statistik berdasar maklumat polis bahawa 60 peratus kadar jenayah yang berlaku di negeri ini membabitkan belia.

Namun, beliau amat kecewa apabila 6,000 pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dianggap kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar itu di negeri ini.

“Sepatutnya jumlah itu dipandang sebagai sangat membimbangkan kerana ia melibatkan perlakuan jenayah. Perbandingan sepa-tutnya dibuat berdasarkan kepada bilangan, bukan peratus,” katanya.

Beliau berkata, sepa-tutnya perkara tersebut dipandang serius dan khuatir dengan sikap memperkecilkan perkara seperti itu akan menyebabkan bilangan jenayah meningkat dari masa ke masa.

“Justeru, kami bersedia bekerjasama dengan pihak polis atau mana-mana badan pencegahan jenayah untuk membendung masalah ini agar tidak berterusan dan merebak dengan lebih meluas,” katanya.buletinonline 

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak ...!!!

Read more >>

Read more...

PEMUDA UMNO BN CUKUP CELAKA


Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor ke muka pengadilan bagi menjawab pembabitan mereka dalam Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN.

Menurutnya lagi kejahatan pasangan suami isteri itu yang enggan memberi kerjasama dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mereka berdua adalah bersalah kerana takut menjadi saksi sapina kes tersebut.

"Saya akan terus mengheret kedua-dua mereka ke mahkamah sebagai saksi dan akan terus memaksa mereka untuk berterus-terang berhubung kes tersebut.

"Kejahatan Umno-BN tidak dapat dibendung lagi berikutan mereka sentiasa merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang semakin mara dan diterima rakyat," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga turut menyifatkan tindakan Umno dan Pergerakan Pemudanya membuat puluhan malah ratusan laporan polis terhadap beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat

bakal mendatangkan kecelakaan kepada Umno dan sayap pemudanya kerana mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan kekuatan dan perpaduan Pakatan Rakyat.

Karpal berkata selagi beliau dan barisan peguam Pakatan Rakyat terus menentang selagi itulah Umno tidak akan berjaya menindas melalui undang-undang zalim yang dicipta oleh Umno.

"Umno-BN dan Pemudanya cukup celaka kerana mereka tidak sedar siapa yang mereka cuba lawan.
"Mereka tidak mampu melawan singa-singa garang Pakatan Rakyat yang tidak akan berdiam diri dengan kezaliman dan kejahatan Umno untuk merosakkan Pakatan Rakyat," jelasnya semasa ceramah sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat di Tapak Expo Seberang Jaya Rabu lalu.

Berhubung sokongan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Anwar, Karpal berkata persoalan siapa Ketua Pembangkang tidak timbul sama sekali kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi sokongan kepada Anwar dan bukannya seperti pengkhianat-pengkhianat parti yang menolak Anwar atas sebab gilakan duit haram.

"Saya akan terus mencabar pengkhianat-pengkhianat yang keluar parti agar melepaskan jawatan jika mereka fikirkan rakyat masih terus menyokong mereka selepas  pilihan raya baru diadakan," katanya lagi.-suarakeadilan
Read more >>

Read more...

AYUH BOIKOT SAMPAI BANKRAP


Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat

Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.

"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.

Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.

AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu.-suarakeadilan


Read more >>

Read more...

INGAT PEMUDA ISLAM 19HB MAC...JANGAN TAKUT DENGAN FRU

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac ini.


Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.

Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.

"Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.

"Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita," katanya.

Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.harakahdaily 
Read more >>

Read more...

TERKINI-POLIS MENGAMUK DI PERSEKITARAN MASJID GOMBAK 1

>> Friday, 12 March 2010

 Oleh:KetuaPolis

Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira  ditahan ketika mengedarkan risalah 'Fitnah Dasyat Berulang Kembali' iaitu risalah perubatan berhubung fitnah yang melanda Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua AMK cabang Gombak, Jafrien Mohd mengesahkan dua individu tersebut telah di bawa ke IPD Ampang dan ditahan  di bawah Akta Hasutan serta  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.  


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

TERKINI-POLIS MENGAMUK DI PERSEKITARAN MASJID GOMBAK

Oleh:KetuaPolis

Dua  Anggota Muda Keadilan (AMK) Gombak hari ini ditahan polis di sekitar Masjid Ulu Klang kerana mengedar risalah. 


Mereka kini berada di balai polis Taman Melawati untuk siasatan lanjut.

(Laporan Penuh Menyusul)


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

CERITA BUYERS DARI COURT

Oleh:KetuaPolis

note:
apa lu nak komen...tak payah komen la pada mangkuk2 polis ni...dah nama pun negara polis...wa tak helan maaaa...mahkamah wa punya...sprm wa punya...spr wa punya...rosmah bik wa punya maaa...kehkehkeh

Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.

Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.
Jawatan terakhir Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) dan beliau menyertai PDRM pada 1979.
Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini. 

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.

Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.
Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.

Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian-malaysiakini 


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

GOVERMENT SELALU TIPU (GST)


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat akibat golongan perniagaan yang menolak GST.

"Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang di buat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang di anjurkan oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang GST di Perlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Erapakatan.com.

Menurut Mahfuz, penangguhan bacaan kedua ini menunjukkan kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut.

Tuntutan FMM itu juga disifatkan sebagai 'undi tidak percaya' masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST," tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata, pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.

Kerajaan juga katanya tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya dan tindakan tersebut adalah terlalu dangkal.

"Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan," tegas beliau lagi.

Bagi Mahfuz, di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tidak sampai paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan.

Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.

Tindakan Kerajaan dilihat terlalu dangkal apabila hanya menjadikan asalan negara di dunia sudah beralih kepada GST maka Malaysia juga perlu mengikutinya.

"Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST," tegas beliau lagi.-erapakatan
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER