Powered by Blogger.

BADUT DAH PANDAI BERDEMO

>> Monday, 11 January 2010

Kerajaan Terengganu Terlibat Dengan Penganjuran Demo di Batu Burok?


   
        ADA HATI PERTAHAN KALIMAH...MASJID PUN KORANG ROMBOK.



KUALA TERENGGANU – Apakah benar pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu terlibat dengan penganjuran Demonstrasi atau Rapat Umum isu penggunaan kalimah Allah di Batu Burok Jumaat lalu, 8 Januari?

Persoalan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk ditanya mahu pun kalau mahu dijawab!

Read more... 


note:-
percaya atau tidak bacalah...!!!
ini mesti halal tiada langsung haram...!!!
demo lagi jangan tak demo...!!!
permit tak de tal per...!!!
dah comfirm halal lagi sah...!!!
kononya umno pembela islam...!!!
umno penyelamat kalimah...!!!
woit kalau betul2 nak jaga islam...!!!
kalau betul nak daulat kan islam...!!!
setlle masaalah dan pinda undang2 murtad...!!!
masjid bujal mat said roboh tak berdemo plak...!!!
woit 2 x 5 je tu...!!!

 
Read more >>

Read more...

DEMONSTRASI YANG DI PUJI





BEBERAPA orang memakai pakaian dalam di Lapangan Terbang Tegal di Berlin.

BERLIN - Dengan cuma memakai pakaian dalam, sekumpulan aktivis mengadakan demonstrasi aman di Lapangan Terbang Tegal di sini semalam bagi membantah penggunaan mesin pengimbas badan yang akan ditempatkan di semua lapangan terbang di Jerman tidak lama lagi.

Langkah menempatkan mesin pengimbas itu dibuat ekoran terdapat percubaan untuk meletupkan sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) di Detroit pada 25 Disember lalu oleh seorang warga Nigeria.
Mesin pengimbas itu mencetuskan kontroversi kerana ia mampu mendedahkan rupa bentuk tubuh seseorang penumpang bagi mengesan objek tersembunyi.

Beberapa pegawai pentadbiran Jerman menyatakan, mesin pengimbas itu akan diuji di semua lapangan terbang negara tersebut seawal pertengahan tahun ini.

"Kami sedang menguji teknologi baru itu secara menyeluruh dan bukan terburu-buru," kata Setiausaha Dalam Negeri, Klaus-Dieter Fritsche semalam.

Menurutnya, alat tersebut kini sedang diuji di beberapa buah makmal berdasarkan beberapa kriteria utama sebelum ia digunakan.

Antara kriteria itu ialah penggunaan mesin itu akan meningkatkan tahap keselamatan sedia ada selain selamat digunakan ke atas manusia. - Agensi 


note:-
agak2 nya macam ni malaysia  buat demonstrasi baru kerajaan ada akal...!!!
dulu gerombolan nak buat demo telanjang tapi indah khabar dari rupa...!!!
kalau betul2 jadi isa dah lama tutup,harga barang sampai kiamat tak naik...!!!
demo budaya malaysia rasuah budaya umno huhuhuhu...!!!

Read more >>

Read more...

KISAH DUA NEGERI MELAYU

Kelantan tuntut royalti minyak dari telaga sempadan Terengganu 



        ANAK MELAYU KELANTAN DAN TERENGGANU TIDAK BODOH


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah kemukakan tuntutan royalti minyak yang baru, membabitkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang sudah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

Beliau yang merujuk kepada kenyataan akhbar bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaakob, pada 5 September 1990 bahawa Kelantan sedia berkongsi dengan Terengganu berhubung penemuan telaga minyak di sempadan kedua-dua negeri.

note:-
ini belum selesai itu belum settle timbul masaalah baru...!!!
penafian hak rakyat yang majoriti melayu 90% tetap umno berkeras...!!!
memang padam memang kena wang malaysia untuk kerajaan umno...!!!
hukum la rakyat sebangsa dgn mu se agama dgn mu...!!!
hanya melayu pembodek percaya kata2 dajjal...!!!
sampai bila permainan bodoh macam ni nak berakhir...!!!
dah terang lagi bersuluh dua negeri ni monopoli melayu...!!!
satu PR satu gerombolan nak tak nak memang diketahui ramai...!!!
penafian kerajaan pusat tetap menghancurkan melayu dan islam...!!!

bangkit la melayu yang lena dibawah bantal umno...!!!
sampai bila kita nak di perbodohkan...!!!
Read more >>

Read more...

PESTA MAKSIAT DI KUALA LUMPUR




KUALA LUMPUR: Alunan lagu menyentuh perasaan, Pergi nyanyian Aizat telah berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.
Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.Read more...

note:-
korang gembira ,senyum sampai ke telinga artis pujaan korang menang...!!!
bergasak-gasak nak masuk tak kira dah percampuran jantan betina...!!!
dapat masuk bersorak ,terpekik-pekik macam kena current...!!!
patut masjid seluruh KL selangor tinggal tok imam dgn bilal...!!!
habis buat amal di bukit jalil menadah kitab fardu ain tak pergi dosa ooo...!!!
kalau aku cakap malaysia ni islam plural ko marah kat aku...!!!
habis nak aku cakap malaysia ni negara korupsion...!!!
inilah negara malaysian-malaysian bro...!!!
Read more >>

Read more...

HANYA BERBEKAL AIR LIUR BASI

>> Sunday, 10 January 2010

Lebih 3,000 tertipu labur RM25 juta ternak cacing



KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, di Kelang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

note:-
kesian sungguh makcik pakcik yang termakan ayaq liuq depa tu...!!!
itu la pasal nak jadi kaya raya nak pergi sampai mana...!!!
kalu diri tu dah rasa tua duduk rumah allah sajer la...!!!
ini lah dunia ramai menjadi gila kerana harta...!!!
ngatlah yang belum kena berhati-hati la dgn geng2 adik beradik umno ni...!!!
esok mungkin anda atau tuan majistret...!!!


Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lalu.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lalu," katanya.
Seorang peniaga, K Jayakumar, 42, dari Taman Kulim Square, Lunas dekat sini bersama 10 anggota keluarganya kerugian hampir RM500,000 kerana menyertai skim pelaburan KWA sejak 6 Jun tahun lalu.

Jayakumar berkata, mereka hanya dibayar sebanyak dua kali daripada pelaburan yang dibuat dan beberapa cek pembayaran selepas itu ditolak oleh bank.

"Kami merayu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengembalikan wang pelaburan yang dibuat kerana ramai yang meminjam dari bank dan saudara-mara untuk membuat pelaburan tersebut," katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal Mohd Noor, 27, pengarah Green Millennium Agrotec (M) Sdn Bhd (GMA), iaitu syarikat yang mengendalikan penternakan cacing bagi pihak KWA, mendakwa KWA menggunakan kepala surat GMA untuk mengambil wang pelaburan daripada penternak dan pelabur skim itu, menyebabkan syarikatnya kini berada dalam dilema. - Bernama
Read more >>

Read more...

BACA BOLEH,PERCAYA JANGAN

Cermin surau Taman Menara Maju pecah dibaling batu

Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat Shah Alam didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.

Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.

Bernama melaporkan Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.

Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan.-9/1/2010


 

note:-
tengok,baca,faham,kaji,teliti betul2...!!!
usah percaya bulat-bulat nanti kepala jadi biiol...!!!
ini sumber berita dari akbar media yahudi malaysia...!!!
belum terpapar di dada akhbar mana-mana media...!!!
awas...!!! sentimen api perkauman umpama ribut taufan sedang di tiup...!!!
jangan cepat melenting,melatah,yang untung gerombolan...!!!
operasi lalang banyak mengajar pahit manis tawar dalam isu ini...!!!
maka inilah petanda pru bakal menjelang...!!!
umno juara rakyat launching already...!!!
so jangan tidor lagi...!!!




  









Read more >>

Read more...

LAGI BERITA PENGEBOMAN

>> Saturday, 9 January 2010

agi gereja di PJ diserang, rosak kecil 



TOK AYAH KAWASAN MANA NI...TOK AYAH PUN BOLEH BELI...HUHUHUHU


PETALING JAYA, Jan 9 — Satu lagi gereja menjadi sasaran serangan — yang keempat di Lembah Klang sejak tengah malam kelmarin tetapi premis terbaru ini hanya mengalami kerosakan kecil.
Gereja terbaru yang tersenarai dalam serangan pihak bertanggungjawab ialah Good Shepherd Lutheran Church di sini.

Pengurusan gereja berkata bangunan gereja ini yang terletak di Petaling Jaya Old Town dipercayai dibaling dengan bom api antara malam tadi dan pagi ini.

“Bom api ini terlepas sasaran dan mengakibatkan kerosakan kecil,” kata Rev Dr Hermen Shastri iaitu setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia.

Beliau memberitahu  bahawa biskop Lutheran Church memaklumkan beliau tentang kejadian itu.
Shastri berkata satu aduan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sudah memulakan siasatan.
Sejak semalam polis di seluruh negara telah mempertingkatkan keselamatan ke atas gereja dan masjid.
Dalam kejadian semalam selain Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur menjadi sasaran serangan koktel molotov.

Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian cubaan menyerang gereja.

Serangan itu berlaku sebelum protes diadakan di beberapa bahagian di seluruh negara selepas solat Jumaat berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan “Allah”.
Read more >>

Read more...

AKU BUKAN BUDAK NGOK

Umno bukan parti perkauman:Bijan



                     WAAAA.....!!!! AKU TAK SANGGUP DITIPU


KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menegaskan parti itu bukan parti perkauman yang menjulang kepentingan orang Melayu.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata Umno adalah parti yang menghormati peranan dan kedudukan kaum lain di negara ini.

note:-
kahkahkahu mamat ni memang cari penyakit...!!!
mamat ni nak kena belasah dgn budak kubang pasu...!!!
ini mesti geng nazri,ini mesti misi nak talkin kan matdey...!!!
kahkahkah bijan,nazri jom pakat h ancur kan matdey...!!!
racist wakakakaka....!!!
Read more >>

Read more...

KURANG AJAR PUNYA KAFIR



Akhbar Norway siar semula kartun Nabi Muhammad

OSLO - Akhbar Norway, Aftenposten semalam menerbitkan semula kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh Kurt Westergaard (gambar).

Sebelum ini, Westergaard menjadi mangsa percubaan membunuh oleh seorang lelaki di Denmark.

Dalam satu artikel di akhbar itu, ia menyiarkan satu daripada 12 kartun yang dilukis oleh Westergaard iaitu seorang pelukis kartun Denmark.
Kartun itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia apabila akhbar Jyllands-Posten menyiarkannya buat kali pertama pada 2005.

Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Somalia menceroboh rumah pelukis itu dengan menjerit untuk membalas dendam sebelum anggota polis menembak dan menangkapnya.

Menurut editor akhbar itu, Hilde Haugsgjerd, penyiaran kartun itu dianggap wajar kerana ia merupakan punca kejadian tersebut berlaku. - AFP
Read more >>

Read more...

BUDAK SURUHANJAYA UMNO

PM Kutuk Tindakan Bakar Gereja 



        BEGINILAH YANG DI MAKSUDKAN OLEH PM ROSMAH "HORMAT"



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat insiden tersebut di mana menurutnya membabitkan dua insiden kebakaran gereja dan satu lagi menerima ugutan.
Menurut Najib, perbuatan seperti itu boleh menghancurkan keharmonian yang wujud di negara ini.
"Saya mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana ini akan menghancurkan keharmonian dalam negara kita.

"Keadaan di mana wujud kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup... kita hormat menghormati antara satu sama lain... (ia) tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum perjanjian Program Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Koridor Utara di sini.

note:-
penipu mula berkata-kata,sandiwara sudah berkumandang...!!!
penipuan untuk rakyat malaysia jelas lagi terang dicorong radio...!!!
negeri perak hancur lebus akibat terlalu hormat...!!!
gua tak lupa jib,undang2 babi gila speaker boleh dipecat...!!!
ini hanya digugat oleh saya seorang wakakaka...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER