Powered by Blogger.

PR dedah video dakwa MP ditawar RM2 juta sertai BN

>> Thursday, 14 June 2012


Insyallah tak keluar utusan mahupun tv3 al musyrikin


KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam meraih sokongan dan menguasai majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, perkara itu disahkan melalui rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di sekitar Lembah Klang, setahun yang lalu.

“Pertemuan itu melibatkan dua wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dua ejen mewakili BN serta seorang pemandu kepada ejen. Mereka membuat tawaran bernilai RM2 juta sekiranya Ahli Parlimen PR keluar parti.

“Salah seorang daripada ejen ini ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita),” katanya kepada pemberita selepas tayangan video itu di pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen, hari ini.

Khalid berkata, rakaman yang didedahkan selama tiga minit 41 saat itu adalah sebahagian daripada rakaman penuh yang berlangsung selama tiga jam dan dirakam selepas beberapa Ahli Parlimen dari PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meninggalkan parti itu.

“Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen PR memang dijalankan oleh ejen-ejen ini, malah ada nama yang disebut dalam perbualan itu merujuk kepada mereka yang telah meninggalkan parti.

“Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons,” katanya.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut mempersoalkan kemewahan yang diperoleh Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil katanya, kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah sedangkan beliau mengenali Zamil dengan latar belakang sebagai penjual burger dan isterinya menjual alat kosmetik tradisional.

“Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi,” katanya.

Sementara itu, Zahrain ketika ditemu bual media berkata, beliau tidak pernah ditawarkan wang ringgit untuk keluar parti ketika masih dalam PKR, dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu dan tidak terlibat mengenai ejen rahsia serta tidak pernah ditawarkan apa-apa untuk keluar PKR, sebab itulah saya menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen. Saya bebas mengkritik pembangkang mahupun kerajaan.

“Apa yang saya tahu mengenai kes membeli Ahli Parlimen ini, ia bukan kes baru kerana sebelum ini ia pernah berlaku di Taiwan apabila Ahli Parlimen BN ditawarkan untuk masuk PR," katanya lagi.

Katanya, beliau jelas mengenai kes berkenaan malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan perkara itu dengan mengejar Ahli Parlimen BN.

“Wang ringgit bukan boleh beli semua orang, tapi kalau kata nak beli, berhubung kait dengan isu 16 September itu saya tahu, dengan jelas ada yang mahu beli Ahli Parlimen BN. PR sendiri, Anwar sendiri, pernah telefon setiap ahli BN untuk lompat parti,” katanya.


Sedutan klip video: Perbualan rakaman video

ANTARA kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berkata “dua juta tak berapa cukuplah”.
Lalu disambut oleh seorang lagi ejen yang dinamakan Mr X berkata “kita punya maksimum is like that...”.
Kemudian kedengaran individu yang didakwa Zamil (Mr Z) mencelah dengan berkata “kita dapat syiling sahaja... cuma itu Pak Zahrain...”.
Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr X berkata “mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase... tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,”.
Lalu Mr Z mencelah dengan berkata “Directlah!”.
Berikut adalah perbualan yang terkandung di dalam video yang didedahkan selama 3 minit 41 saat.
L:... Dua Juta tidak berapa cukuplah!
Mr X: Empat batang kayu sahaja.. (diselangi dengan bunyi ketawa)
L: Very straight forward. Itu hari sahaja saya cerita ada cukup ikhlas ke tak.. Kita tolak.. business.. Kita punya maksimum is like that.
Mr Z: Kita dapat syiling sahaja. Cuma itu Pak Zahrain.. Macam hari itu Datuk habaq kata..
Mr X: Jangan minta macam tu lah.. minta something. Minta cash minta something. I open.. You have 10 millions. You have 10 millions...You want to take out 2 millions.. Banyak oh! Ini orang yang kita letak. Aku dah tengok dah.. Bos ada orang..
L: Tetapi saya sekarang ada 2 juta juga.
Mr X: I know.. I know.. Myself also involved... kita understand.. kita understand. Chinese juga ada orang macam...
Mr Z: Ada macam habaq kata..kata..cakap dapat lebih daripada dua tu..
L: Sedikit adalah!
Mr X/Z:... (perbualan tidak jelas, bunyi bising)
Mr X: Mula-mulanya dia dah bagi.. Lepas tu dia increase.. Tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah! Ini price mana standardized!.. Project bergantung pada proposal...
Mr Z: Directlah!..- sh
p/s: Kita tunggu kita nanti siapakah balaci yang menjadi orang tengah. adakah dikalangan katak2 mp yang melompat. dan kita tunggu siapakah manusia yang berperangai binatang adakah mereka ini yang selama neh bercakap demi keadilan agama bangsa dan raja? bila pendedahan ini dah terbukti jom sesama kita jumpa mereka ini kita ludah atas muka depa , ada bran?

1 comments:

amarhalim Thursday, June 14, 2012  

phrase "Insyallah tak keluar utusan mahupun tv3 al musyrikin" macam xberapa sesuai.. perkataan Insyallah tu means dengan izin Allah kan.. hanya beri pandangan..

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER