Padam muka Nizar, kang aku dah kata jangan main dgn brehim
>> Wednesday, 30 May 2012
Ibrahim nak masuk book, nak masuk nama juga dalam isu 520k, at least nama dari pasir mas ada juga disebut2.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menggesa Sultan Perak menarik balik gelaran oleh bekas menteri besar negeri itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.
Katanya, Nizar juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menarik balik kenyataannya itu.
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas.
"Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
Ibrahim dengan nada sinis turut menyarankan Nizar supaya berubat kerana didakwa "tidak berapa sihat" sehingga membuat "tuduhan melulu" seperti itu.
"Dia tak berapa sihat. Minta dia pergi berubat ke. Sebelum ini, dia ada tuduh perdana menteri jumpa angkatan tentera," kata Ibrahim sambil ketawa.
Ibrahim mengulas kenyataan Nizar berhubung bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 yang memenangi bidaan terseut dengan nilai RM520,000.
Nizar hari ini memohon maaf atas tulisannya di Twitter itu, yang kini disiasat oleh polis. mkini
2 comments:
KO RANG RASA, SULTAN PERAK NAK KER DENGO SUARA KATAK TERBUANG YG BERASAL DARI SEBERANG BANJARAN TITIWANGSA NIH?
BRAHIM INI ADALAH ANTARA KATAK2 YG INTIM BERKAWAN DGN ULAR UMNGOK...LEPAS PRU13 NNT TAU LAH NASIB KO....AKAN DITELAN UMNGOK HIDUP2 KERANA SEMEMANGNYA KATAK ITU ADALAH MAKANAN KEGEMARAN UMNGOK.
Inilah masalahnya bila bercakap ikut emosi. YB Ibrahim Ali tuntut YB Nizar mintak maaf, YB Nizar dah pun mintak maaf, isu selesai.Dia langsung tak menghormati Tuanku Sultan. Dia tahu hak mengurniakan bintang kebesaran kerajaan negeri Perak berada dibawah budibicara dan kebijaksanaan kebawah duli Tuanku. Tak payahlah nak ajar darjah kebesaran siapa yang perlu dikekalkan dan siapa perlu ditarik balik. Ibrahim Ali kena hormat penganugerahan itu. Elok serahkan kepada budibicara Tuanku sendiri membuat keputusan, Ibrahim Ali jangan sibuk masuk campur sebab bukan urusan dia pun.
Post a Comment