Powered by Blogger.

Hot...!!! Kepada rakyat Malaysia sila sebarkan hal ini

>> Friday, 11 May 2012





BORANG ADUAN KEPADA SURUHANJAYA SEKURITI

NAMA /
KAD PENGENALAN : …………………………………………………………………………………..

ALAMAT PENUH : ..............................................................................................
…………………………………………………………………………………………………………………………......
Tarikh :

Kepada:
Datuk Ranjit Ajit Singh
Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti
3, Persiaran Bukit Kiara Tel : +603 6204 8777
50490 Bukit Kiara Faks : +603 6201 5078
Kuala Lumpur Email : cau@seccom.com.my

Datuk,
ADUAN BANTAHAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
KE BURSA MALAYSIA.

Saya seperti nama dan tajuk di atas, dengan ini membuat aduan tentang adanya unsur-unsur penyelewangan dan pernyataan yang mengelirukan dalam proses terbitan IPO FGVH serta proses menandatangani borang pinjaman bagi CIMB/MAYBANK/AFFIN BANK/OCBC BANK/BIMB/BANK MUAMALAT/AM ISLAMIC BANK.

2. Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan dalam proses ini. Antaranya seperti dibawah:
a) Isi kandungan borang pinjaman tersebut di dalam bahasa Inggeris.
(Tidak munasabah bagi warga peneroka yang tidak faham bahasa itu)
b) Tiada tertulis jumlah pinjaman.
c) Ada tertera Felda Global Venture Holding (IPO)
d) Tiada penerangan secara menyeluruh apa tujuan tandatangan, isi kandungan borang pinjaman ini oleh pegawai atau pengurus kepada peneroka/anak peneroka.
e) Tidak dibenarkan bawa pulang untuk diberi kesempatan kepada para peneroka membawa dan merujuk kepada sesiapa yang lebih mengetahui.
f) Perkara ini juga telah difailkan dan dibawa ke mahkamah oleh para peneroka yang telah menandatangi IPO FGVH ini setelah mereka rasa tertipu.

3. Sehubungan itu, saya berharap agar semua perkara di atas dapat diambil perhatian oleh pihak Datuk untuk ditimbang dengan sewajar-wajarnya bagi membantah penyenaraian Global Ventures Holdings Berhad ke Bursa Malaysia.

4. Segala kerjasama daripada pihak Datuk, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar;

……………………………………
( )
Peneroka / Penerokawati/ Generasi kedua Felda /lain-lain *sila potong salah satu

Ps- Sila ambil inisiatif hantar atau faks surat ini kpd Suruhanjaya Sekuriti selewatnya 15 Mei ini. Beramai2 bantah penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Sebarkan borang ini secara meluas. SELAMATKAN FELDA.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER