Hasan Ali dakwa 'parasit', Anwar halang PAS-Umno bersatu
>> Sunday, 20 May 2012
Apa lagi Hassan jati nak lagi ni
Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pengaruh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga golongan "parasit" dalam PAS menghalang parti itu untuk bergabung dengan Umno.
Katanya beliau kesungguhan PAS untuk mencari "rakan kongsi baru" itu dapat dilihat melalui kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang menimbulkan perkara itu pada 12 Mei lalu.
"Jelas beliau mahukan PAS mencari rakan kongsi politik menggantikan dua komponen parti yang ada dalam Pakatan (Rakyat) sekarang ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Hasan berkata, beliau juga bersyukur kerana mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbulkan semula cadangan muzakarah dengan Umno minggu lalu.
"Bagi saya ini adalah satu petanda baik yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh kedua-dua pimpinan kuasa politik Melayu Islam ini," katanya.
Tambahnya, gandingan PAS dan Umno akan dapat menjadi "gandingan ampuh" untuk berdepan dengan dakwaan masalah Kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Gabungan itu juga bagi menghadapi gerakan oleh golongan yang didakwanya mula mempertikai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak keistimewaan orang Melayu.
"Bukan satu rahsia lagi bahawa perbincangan dengan pihak Umno pada satu ketika telah sampai ke satu tahap untuk memeterai persetujuan bersama.
"Malangnya hasrat dan cita-cita murni itu menemui kegagalan. Ini disebabkan kuatnya pengaruh anti penggabungan PAS dan Umno ketika itu yang didalangi oleh parasit serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui proksinya dalam saf kepimpinan parti Islam itu," katanya.
Tambahnya golongan "parasit" itu jugalah yang lebih lantang daripada daripada DAP dan PKR dalam "menimbulkan keraguan dalam isu fundamental" berhubung dakwaan gerakaan Kristianisasi dan "usaha mengekang kemungkaran," katanya.
p/s: Cukup2 lah bercakap menipu hassan ali. semua orang dah tahu siapa anda lagi, cuma masa anda dalam PAS ramai belum tahu perangai anda sebenar malah bila anda dikritik ada yang cover sebab masa tu anda pimpinan dan yang berhormat. tohmahan geng2 blogger sewaktu anda dalam pas berjumpa dgn umno secara senyap menjadi kenyataan.
Erm sib baik tak sempat jumpa rosmah
1 comments:
Tak habis-habis lagi si muka hodoh ni nak memfitnah Anwar. Cubalah Anwar tolong jawab sikit dan buat serangan balas kepada "beruk jantan JATI" ni. Bawa setandan pisang sekali untuk disumbat ke dalam mulut beruk jantan ni...
Post a Comment