Powered by Blogger.

{Video Inside} Skandal NFC:Shahrizat terpekik terlolong macam takdo iman

>> Wednesday, 30 November 2011

Sebelum tu ekau layan bideo ni jap.pastu compare dengan Shahrizat Lombu kato kat video bawah ni.adakah dia menyalahkan MP Kinabatangan selain Rafizi n Zuraida? Kenapo dio tak berani menyerang laki seorang artis terkenal ini? dopan penyokong2 sdiri boleh la.dalam dewan parlimen kenapo diam membisu,sajo2 menggunakan dEwan perhimpunan agung umno untuk syok sendiri...alahai Shahrizat



Skandal NFC menteri UMNO

Shahrizat mengamuk dikejar Lombu

Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman ini , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?


TARIKH

NO CEK

JUMLAH (RM)

8 Jan 2010

001376

1,524

13 Jan 2010

001406

1,709

26 Jan 2010

001465

28,476

24 Feb 2010

001540

12,743

24 Feb 2010

001543

3,076

9 Mac 2010

001587

22,400

9 Mac 2010

001590

26,572

9 Mac 2010

001592

5,776

31 Mac 2010

001671

45,428

22 April 2010

001735

27,853

13 Mei 2010

001789

45,235

25 Mei 2010

001825

3,196

18 Jun 2010

001848

120,521

16 Julai 2010

001922

89,800

16 Julai 2010

001923

21,114


JUMLAH

455,423

Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?


Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

30 NOVEMBER 2011


5 comments:

Anonymous,  Wednesday, November 30, 2011  

Ini bukan wanita ISLAM...

Anonymous,  Wednesday, November 30, 2011  

Saya setuju ini adams Babi betina

Anonymous,  Wednesday, November 30, 2011  

sudah la, bodohnya pompuan, PRU12 pun kalah nak ckp byk

Anonymous,  Thursday, December 01, 2011  

meroyan dah pompuan nieh..heh

Anonymous,  Thursday, December 01, 2011  

hahaha bodohnya menteri...cakap macam lembu je...

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER