Powered by Blogger.

{Video Inside} Pengawal dirompak, dilumur semut

>> Monday, 21 November 2011


SUNGAI BULOH – Dua pengawal keselamatan SJK (T) Kuang  melalui pengalaman yang menyiksakan selama dua jam apabila mereka bukan sahaja diikat malah badannya turut dilumur dengan semut hitam.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, kedua pengawal berusia 50 tahun itu  sedang meronda kawasan sekolah sebelum dia didatangi oleh sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurut pengawal yang hanya mahu dikenali sebagai Devadasan berkata salah seorang daripada penyamun meletakkan parang pada lehernya dan mengugutnya tidak berbuat apa-apa dan  menuruti arahan.

“Kami diikat   menggunakan tali lampu suluh dan kain sebelum salah seorangnya mengarahkan kami membuka baju dan kemudiannya menuangkan ribuan semut hitam yang disimpan dalam bekas filem,” katanya.

Menurutnya dia hanya mampu menahan kesakitan digigit semut sesebelum berjaya melepaskan diri dua jam kemudian  selepas ikatan pada tangannya berjaya dibuka dan bertindak  menghubungi salah seorang guru sekolah berkenaan untuk meminta bantuan.

“Penyamun  itu  telah memecah masuk bilik ICT, bilik guru besar dan bilik Guru Penolong Kanan dan melarikan pelbagai peralatan termasuk lima buah komputer riba, empat projektor dan peralatan lain yang sebahagiannya dikunci di dalam sebuah peti besi,” katanya.

Menurutnya suspek dipercayai menggunakan peralatan khas untuk membuka peti besi yang turut mempunyai wang tunai RM 400 dan kerugian sehingga kini mencecah RM 50,000.

Difahamkan ini merupakan kejadian kedua sekolah berkenaan dipecah masuk tahun ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama.

Tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Kuang berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu kini sedang disiasat.{sinar}

 

Ulasan admin:-
selagi hukum Allah tak tertegak di mukabumi Allah selagi itulah jenayah semakin berleluasa.adakah kamu islam mengaku muslim berucap dua kalimah syahadah tidak yakin akan hukumnya?...JANGAN KATA TOLAK HUDUD MALAH KAMU MENOLAK SATU HURUF DALAM AL-QURAN TERANG2 KAFIR NAUDZUBILLAH

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER