Lelaki lembut hampir kena liwat
>> Tuesday, 22 November 2011
Hampir kena liwat atau saja cari penyakit?
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lembut, Faizal (bukan nama sebenar) berhadapan saat paling perit dan aib dalam hidupnya apabila cuba diliwat sekumpulan lapan lelaki di banglo milik kerajaan sebuah negeri di sini, kira-kira jam 4 pagi Sabtu lalu.
Bukan itu sahaja, adik angkat Faizal, Ecah (bukan nama sebenar), seorang gadis berusia 20 tahun juga cuba dirogol kumpulan berkenaan.
“Kami dikurung kira-kira 10 jam dalam bilik rumah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, semalam.
Menurut Faizal, dia pergi ke rumah itu setelah diajak seorang kenalannya yang dikenali sebagai Miji, dipercayai ahli keluarga penjaga rumah rasmi itu.
“Apabila tiba di sana, kami diajak melepak dalam sebuah bilik. Di situ, kami dipaksa mengambil dadah jenis syabu. Bersama Miji ketika itu ada tujuh lelaki lain dan kami diugut akan dicederakan jika tidak ikut arahan mereka,” katanya.
Ketika itulah kata Faizal, dia dan Ecah diraba dan digomol oleh kumpulan lelaki itu.
“Kami cuba melawan meskipun dalam keadaan khayal kerana dipaksa ambil dadah,” katanya.
Faizal berkata, dia mengugut kumpulan itu, akan buat laporan polis jika mereka terus berkelakuan tidak senonoh terhadap dirinya dan adik angkatnya.
“Mereka keluar dari bilik itu dan mengurung kami, tidak memberikan kami makanan melainkan hanya secawan air. Saya juga ada terdengar kata-kata, mereka nak bawa kami ke Sungai Buloh dan kurung kami di sebuah rumah di sana,” katanya
Namun kata Faizal, apa yang dirancang kumpulan dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun itu tidak jadi kenyataan.
“Kami dibebaskan setelah penjaga rumah itu datang kira-kira jam 5 petang,” katanya.
Dia dan adik angkatnya kemudian ditinggalkan di Bukit Bintang di sini. Telefon bimbitnya dirampas.
Mereka kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira jam 1 pagi.{sinar}
Ulasan Admin:-
Semua cari penyakit,kadang-kadang sukarela dikatakan dipaksa,sama juga kes gadis bawah umur bila bermain sesama suka di tuduh merogol.hakikatnya undang2 Malaysia dah macam itu,terima jelah.bising2 pun tak guno ubah dalam PRU mano satu parti ekau suko.
0 comments:
Post a Comment