Powered by Blogger.

PGU:Mat Said mengamuk

>> Friday, 14 January 2011

CHUKAI - Kegusaran kerajaan Umno/BN pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said terhadap kempen PAS Ganti Umno (PGU) terserlah apabila jentera kerajaan diperalatkan untuk menyekat kemaraan PAS.

Ucapan Ahmad Said turut 
menyebut tentang PGU pada satu majlis besama veteran Umno disini semalam. telah disusuli tindakan Umno/BN memperalatkan jentera kerajaan menghalang kemaraan pengaruh PAS

Sehari menjelang himpunan kebangkitan rakyat - PGU diadakan, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dengan bantuan pihak keselamatan Polis Kemaman bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang sekitar bandar Chukai dan di Jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Buletinonline mendapati operasi selama satu jam itu berjalan dibawah kawalan sebuah kereta peronda Polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).

Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno-BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Timbalan Pengarah Program, Haji Hanafiah Mat menyifatkan Umno-BN 'pengecut' dan hanya berani bertindak dengan mengarahkan memperalatkan jentera kerajaan dan kakitangan kerajaan MPk membuang bendera partinya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu akan turun beramai-ramai di Jambatan Kemaman dan sekitar bandar Chukai bagi memasang semula bendera PAS yang telah ditanggalkan oleh MPk.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul menyatakan rasa kesalnya dan mengingatkan Umno/BN supaya menghotmati 'adab-adab berpolitik' diantara parti-parti dalam sistem demokrasi.

Menurutnya, para pemuda PAS tidak pernah menganggu gugat sebarang syiar Umno/BN yang dipasang dijalan-jalan raya sempena program parti tersebut.

Ketika menghubungi Buletinonline, Wan Faizul berkata, Umno/BN mesti menghormati program Himpunan Kebangkitan Rakyat dan bertindak sebagai lelaki sejati dan jangan berselindung dibelakang jentera kerajaan.

"Umno/Bn tidak perlu takut dengan bendera, kerana Dato' Ahmad Said telah 'menjamin' Umno tetap kuat, kita minta Umno hormati program PAS sebagai satu program rakyat,"jelasnya.

Beliau juga akan memastikan sehingga jam 8 pagi esok seramai 11,000 pemuda PAS Terengganu akan berhimpun di Dataran Geliga dan memasang semula bendera yang telah dicabut MPk.

"Saya menyeru semua pemuda agar dapat berada ditapak himpunan pada jam 8 pagi sebelum bergerak memasang kembali bendera tersebut."ujarnya.

1 comments:

lah Thursday, January 20, 2011  

Salam Pas Ganu,

Mung takde keje lain, bendere2 sokmo,
bendere banyok, bendera bapak le.
Jihad Berdera sokmo-sokmo...
Buat le usaha/kerje lain gak...

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER