Powered by Blogger.

BUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN

>> Friday 9 April 2010

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...dulu wa cakap lu tak percaya...nazri kata kat madey lu hantam madey...lu tengok sekor lagi mamat dari tanjung karang membuat kenyataan sempena kempen beliau di hulu selangor...kononnya nak pujuk pengundi cina dan india...malang sungguh lidah lembut dari gigi bhai...tersalah pangkah umno boleh dipadam bro pakai eraser...tapi terlajak sebut amat padah...perkiraan wa akibat kenyataan mamat bengis undi india dan cina pasti swing ke PR...mari kita lihat saper yang kena...kita mendapat  kemenangan yang pertama...kehkehkeh


KUALA LUMPUR, 8 April — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar memohon maaf kepada masyarakat Cina dan India berhubung kenyataannya bahawa mereka harus bersyukur dan “terhutang budi” kerana diberikan kewarganegaraan.

Kenyataan beliau itu dibuat pada Konvensyen BN Selangor di Shah Alam semalam ketika BN bersiap sedia untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Noh yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil bagi BN ini berkata, kenyataan beliau itu semata-mata petikan daripada nukilan Tun Tan Siew Sin dan Tun VT Sambathan.

Oleh itu kata anggota Kabinet persekutuan ini, kenyataan tersebut tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya tidak ada niat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum. Bagi saya, apa yang dibacakan adalah satu tulisan sejarah yang sangat penting dan rakyatnya tinggal secara harmoni selari dengan konsep 1 Malaysia,” kata beliau.

Jelas Noh, tujuan beliau membacakan petikan bekas pemimpin-pemimpin adalah untuk mengukuhkan kembali semangat kerjasama di kalangan ahli dan pemimpin BN.

“Jika ucapan ini tidak sesuai untuk dibacakan dalam konteks generasi sekarang, maka saya memohon maaf,” katanya.

Kandungan ucapan Noh itu menjadi fokus serangan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen awal hari ini.

“Umno masih menghina orang lain khususnya masyarakat India dan Cina... ini adalah sesuatu yang mengarut,” kata Gobind.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER