Powered by Blogger.

BERITA SEDIH-TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA

>> Saturday, 20 March 2010

note:-
al-fatihah

BESUT - Dua remaja yang dikhuatiri lemas dalam dua kejadian berasingan di Bukit Kluang dan Beting Lintang di sini semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mayat pertama Muhammad Ilyas Razali, 13, yang dilaporkan dipukul ombak besar ketika sedang mencari remis bersama ibu dan sepupunya di pesisiran di pantai Beting Lintang, semalam ditemui kira-kira pukul 12.50 tengahari tadi.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu ditemui terdampar di Pantai Bukit Tendong oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis, rela, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kira-kira lima kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Manakala mayat seorang lagi remaja Nor Helmi Zuki, 14, pelajar SMK Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan ditemui di Pantai Air Tawar kira-kira pukul 1.49 petang selepas hilang dekat pantai Bukit Keluang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.-bernama

2 comments:

Miecyber @ Sudu Sunday, March 21, 2010  
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER