Powered by Blogger.

TULANG BESI KINI SUDAH GLAMOUR

>> Friday, 19 February 2010

Penulis blog: Waspada dominasi 'geng' T'ganu



Nampaknya sedara sudah pandai mengeluarkan kenyataan depan media dengan menghentam sama sendiri iaitu kerajaan perpaduan...nampaknya umno betul-betul dapat rehat dengan bermimpi sampai di awan-awangan...apa maksud sebenarnya sedara yang tak habis-habis menghentam geng-geng terengganu walaupun  isu ini dah ditutup rapat..kepada bro tulang besi,sudah-sudah lah hentam sesama jemaah itu pun kalau  kau mengaku pejuang islam.


yes betul kau nak memperbetulkan jemaah agar jemaah dapat kedudukan yang kukuh...tapi betul ke cara sedara menghentam pimpinan tertinggi dengan saluran sedara ambil...ini membuka ruang kepada umno,memberi modal kepada umno untuk dijamu PRU 13...ok lah tulang besi kenapa benda ini terjadi setelah melihat pakatan rakyat kukuh dan hampir mendapat kepercayaan rakyat 90%...kenapa serang menyerang sesama sendiri ini tak terjadi semasa sebelum PRU 12...jangan sedara ada agenda di sebaliknya sudah..atau sedara jangan jadi macam yb dari kulim yang pada zahirnya sahaja ahli PKR.


tulang besi,melihat pergolakkan pas hari ini kita takkan dapat selesai dengan cara baik selagi penyedap lauk atau kata lain tukang jolok...apakah kau ingin melihat pas terus ditolak oleh rakyat yang pada hari ini dapat menerima pas secara terbuka baik cina mahu pun india...sukanya mengeruhkan keadaan ...atau saje nak hit kan blog...atau saje nak cari  publisiti glamour.


Melihat dari sudut blogger hari ini bebas menulis apa saje...lihat pada blogger umno,satu pihak sibuk duduk menghentam khairy jamaluddin agar jatuh tersungkur...umno dua puak duk ada...sama juga dalam pakatan rakyat terutama blogger-blogger pas hari ini...sebaik sahaja umno tidak timbulkan isu yang membuatkan rakyat marah ...blogger pas mula lah mencari kesalahan sesama sendiri...yang blogger pro erdogan mencari menghentam blogger UG...dan sebaliknya...salah ke kita berprasangka baik atau menegur dengan cara yang betul...ada perkara kita boleh tegur dengan cara open dan ada perkara yang kita kena elak dari terbongkar rahsia parti....takkan lah masalah alat sulit kita knak berbincang dengan anak-anak...cukup lah dengan berbincang dengan suami isteri.


Di luar sana melihat kita...andai berlaku pada umno atau mca ini tak jadi pelik...sama lah kalau budak kelantan mencuri,riuh di perkatakan ini ker negeri islam...dan kalau benda ini berlaku pada negeri johor orang ramai tak pelik sebab apa...sebab itu negeri johor darul umno...sama juga dalam hal ini...yang istiqamah dalam perjuangan gerakan islam mungkin tidak berganjak...baginya itu adalah adab berjuang...tapi bagi yang baru hendak mengenali pas atau yang berada di atas pagar?pernah ke sedara fikir hal sebegini...sedara pun nak lihat pakatan rakyat menerajui malaysia kan...tapi kalau macam ini cara hentam sana hentam sini adakah rombongan ini berjaya sampai ke putrajaya...


harap sedara perbetulkan nawaitul agar ianya tidak terpesong lebih jauh...mencegah lebih baik dari merawat.bagus lah niat sedara nak perbetulkan pas agar tidak terpesong dari landasan dan perlembagaan pas...itu patut puji.. ingin aku katakan sekali lagi tegur lah dengan cara yang berhemah dan dengan saluran yang betul...setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikannya...sori bro andai terkasar bahasa...!!!
wallauhalam

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER