Powered by Blogger.

DUA PILIHAN UNTUK ANAK MUDA ESOK

>> Monday 8 February 2010

Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan-utusan loya




KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Permohonan itu akan didengar pukul 9.30 pagi esok.Ini kerana pihak pembelaan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lepas di hadapan Hakim Mohamad Zabidin. – Bernama

note:-
esok 9hb,dua pilihan untuk anak muda dan para reformis dan pencinta keadilan...pada waktu yang sama samaada anda semua ke putrajaya atau ke jalan duta...ini kes semuanya akibat kejahatan zionis yahudi malaysia...anda masih menyokong umno...bermakna anda masih menyokong yahudi...bermakna anda menrelakan pembunuhan rakyat palestin oleh rejim...oleh itu anak muda jom berubah kearah malaysia baru.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER