Powered by Blogger.

PEMBOHONG,PENIPU,PELEBONG,MENAWOK

>> Tuesday, 26 January 2010

Kemelut Dalaman Parti Komponen BN Semakin Reda, Kata PM

 PENIPU BERKOLAR PUTIH PATUT DIDAKWA

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata krisis dalaman yang melanda beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) mulai kelihatan semakin reda.

"Ada tanda-tanda bahawa keadaan sudah reda dan mereka (pemimpin parti komponen BN) sedang melihat kepada beberapa kemungkinan yang boleh dijadikan sebagai formula.

"Jadi saya anggap bahawa usaha ini sedang dalam proses, belum muktamad lagi, belum sampai ke penghujung jalan, tetapi ada tanda-tanda bahawa penyelesaian sedang dilakukan dan boleh diterima di kalangan anggota parti mereka," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian ketika diwawancara oleh Pengarah Eksekutif Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A. Talib dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung dari Seri Pentas di sini malam Isnin.

Perdana Menteri berkata beliau telahpun memberikan panduan kepada parti berkenaan dengan harapan bahawa kepimpinan parti yang terbabit boleh mencari formula yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut dalaman parti masing-masing.

Beliau berkata parti komponen yang bermasalah boleh mencontohi tindakan UMNO yang membuat perubahan radikal apabila meminda perlembagaannya tahun lepas dalam memperkuatkan lagi parti itu.

"Mereka ini rakan kita, mereka boleh ikut apa yang telah dimulakan oleh UMNO kerana kita telah membuat perubahan radikal pada perhimpunan UMNO yang lepas.

"Kalau dikaji signifikan pindaan Perlembagaan UMNO ia menyaksikan hampir tiada kekangan bagi mana-mana anggota parti untuk bertanding sebarang jawatan dalam parti," katanya.

Katanya apa yang penting ialah kesemua parti komponen BN mesti mengukur diri sendiri dari segi sokongan rakyat terhadap mereka kerana apa juga kesudahannya terletak di tangan rakyat. - BERNAMA

note:-
percaya kata2 diatas adalah golongan yang malas nak berfikir soal politik...!!!
golongan yang hanya memikirkan periuk nasi mereka sendiri...!!!
tiada perasaan untuk kesenangan orang lain atau golongan kau adalah kau aku adalah aku...!!!
pada kebiasaan percakapan orang macam ni terbalik yang menang akan dikatakan kalah...!!!
begitu juga kata2 bapa kekalahan seperti ini kemelut yg dikatakan reda membawa makna perpecahan...!!!
perpecahan yang amat ketara sekarang sehingga tidak dapat diperbetulkan lagi...!!!
terbaru dari gerombol melompat parti ke pkr ini membuat tamparan hebat buat bapak gerombol...!!!
ini dikatakan reda...kahkahkah...udah aku bilang tipu engak percaya...!!!
rakyat malaysia senang ditipu dan suka di tipu...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER