Powered by Blogger.

KALAU ASAL DARI UMNO TAK KEMANA JUGA

>> Saturday 30 January 2010

Pergeseran PKR, DAP sudah lama: BN Pulau Pinang

note:-
bahagian nasi tambah memang best...!!!
yang tak de selera makin bertambah nasi dalam pinggan...!!!
hatta nasi berulang timun batang sekalipun cicah budu memang enak...!!!
itulah berita hairan yang celaka yang 99% menyebelahi kerajaan yang korup...!!!
inilah berita hairan yang hari-hari membohong pelusuk negara di luar atau di dalam...!!!
ibarat mancis sebatang mengluarkan api kecil ditaruk dengan petrol ron 97...!!!
perghhh terbakar satu kerteh itulah umpama berita celaka hairan melaporkan berita ...!!!
yang asal pertelingkahan kecil menjadi besar, tambah dari besar makin besar...!!!
berita hairan memang celako..celako..celako...!!!
IKUTI BERITA SUKA MEMUTAR BELITKAN FAKTA DI BAWAH...!!! 

PKR SERPIHAN DARI UMNO...AHLI YANG TIDAK DI TARBIYAH INILAH JADINYA

GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di negeri itu sudah lama berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih terajui pentadbiran kerajaan negeri daripada BN selepas pilihan raya umum 2008.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata gabungan pembangkang yang juga perkahwinan dengan mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi rakyat.

"Mereka (pembangkang) kini telah menampakkan belang mereka yang sebenar dan sudah terdapat tanda-tanda berlaku keretakan dalam pakatan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Teng mengulas kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata beliau percaya Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru sudah lama memendam rasa sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan Pas tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Beliau sedih kerana PKR dan Pas yang mewakili orang Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam kerajaan negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sementara yang lain tidak dibenarkan memberi sebarang pendapat terhadap kenyataan Lim," katanya.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon pula berkata, Zahrain bertindak demikian hanya kerana mahu partinya diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri dan mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa PKR membuat kerja untuk rakyat.

"Mereka (PKR) mahukan bahagian yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP dan ini juga adalah sebahagian daripada tindakan mereka untuk membuktikan kepada pengundi mereka bahawa mereka membuat kerja," kata Eng. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER