Powered by Blogger.

HUDUDKAN SAIFUL SEKIRANYA TIADA 4 ORANG SAKSI

>> Wednesday 27 January 2010

Empat ulama tersohor sokong Qazaf terhadap Saiful

HTP_6131Empat lagi ulama muktabar dalam bidang fekah menyusul Sheikh Yusuf al-Qaradawi (gambar)  dan Dr Wahbah Az-Zulaili, mahukan permohonan mendengar aduan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Saiful Bukhari Azlan disegerakan.

Mereka ialah ialah Dr Saud Al-Fanisan, Dr Muhammad Ali Zaghul, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi dan Dr Taha Jabir Al-Alwani.
Mereka sebulat suara menegaskan bahawa undang-undang Islam mensyaratkan penuduh (Saiful) untuk mengemukakan bukti kukuh berupa empat saksi bagi menyokong tuduhan liwat yang dibuatnya.

Jika beliau gagal berbuat demikian, Saiful harus berhadapan dengan hukuman hudud, menurut pakar-pakar agama itu.

Mantan Dekan Fakulti Syariah daripada Universiti Al-Imam Al-Sa’ud, Arab Saudi, Dr Saud Al-Fanisan menegaskan, pertuduhan liwat yang dibawa oleh Saiful secara langsung bertujuan mencemar keperibadian dan rekod baik Anwar.

Justeru, aduan qazaf itu harus didengar secepat mungkin bagi memberi keadilan kepada pihak berkenaan mengikut hukum syarak Islam, kata beliau.

Dr Saud mengenali Anwar sebagai orang baik dengan rekod perjuangan terpuji dan yakin permusuhan politik di peringkat tertinggi menyebabkan beliau diasak dengan pelbagai fitnah.
“Asas  keadilan adalah seseorang itu bebas daripada pertuduhan sehingga ia dibuktikan di muka pengadilan. Kaedah ini terpakai pada sudut syarak dan perundangan sivil,” katanya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Mu’tah dari Jordan, Dr Muhammad Ali Zaghul pula menegaskan, jika pendakwa (Saiful) tidak mengemukakan bayyinah (bukti), seperti mengemukakan empat saksi, beliau dianggap pembohong dan penqazaf  boleh dikenakan hukuman hudud.
MALAYSIA-ANWAR/

“Dia (Saiful) (gambar) mesti mengemukakan bukti atau dalil terhadap dakwaannya. Jika gagal, kesaksiannnya tidak akan diterima,” katanya.
Dr Zaghul menyatakan pertuduhan itu adalah pengharaman paling keras jika berpunca daripada permusuhan politik dan memerlukan bukti  yang benar-benar jelas untuk proses pendakwaan.

“Penegasan secara sumpah dalam kes ini tidak wajib dilakukan oleh Anwar. Mengikut kaedah Syariat Islam, bayyinah perlu dibawa pendakwa (Saiful) terlebih dahulu sebelum diikuti sumpah.

“Ia juga tidak harus bersandarkan ujian DNA sebagai bukti… ujian DNA hanya petunjuk, bukan bayyinah dalam syariat,” tambah beliau.

Ahli Majlis Kajian dan Fatwa Eropah merangkap Pengerusi Rabitah Islamiah Denmark, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi berkata, pihak berkuasa harus merujuk kepada keperluan syarak Islam untuk mensabitkan seseorang atas tuduhan zina atau liwat.

“Jika ada pengakuan, maka tuduhan itu boleh disahkan. Jika tiada, Islam menuntut empat saksi yang melihat pelakuan zina atau liwat secara jelas dan terang, tanpa sebarang keraguan. Jika tidak, maka ia dikira qazaf. Malah, jika disaksikan tiga orang, kemudian saksi keempat mengingkari kesaksian itu, maka tiga saksi berkenaan dihukum sebat,” tegas beliau.

Pakar Feqah dan Usul Fekah, Pengarah Institiut Pemikiran Islam Antarabangsa dan mantan Pengarah Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Taha Jabir Al-Alwani, pula secara asas menolak pertuduhan itu.

Hujahnya, Ibnu Qayyim dalam bukunya, Al-Turuq Al-Hukmiah dan ulama lain menolak dakwaan yang dibuat oleh orang yang diragui keperibadiannya.“Dakwaan terhadap orang yang ada kedudukan dalam masyarakat dianggap qazaf manakala pendakwa adalah qazif (penuduh), mengikut al-Quran ayat  4 Surah An-Nur,” katanya.

sumber dari...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER