Powered by Blogger.

AL-FATIHAH

>> Sunday, 13 December 2009

KUALA TERENGGANU: Percutian tujuh sekeluarga dari Johor di Terengganu bertukar tragedi apabila seorang lelaki dan menantunya mati lemas ketika mandi di pantai Rantau Abang, Dungun, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi semasa Elias Ismail, 54, dan menantunya Badrisham Abd Majid, 29, serta anggota keluarga lain sedang mandi laut.


Beliau berkata Badrisham lemas akibat dipukul ombak dan bapa mertuanya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal dan akhirnya kedua-duanya lemas.


"Gerakan mencari kedua-dua mangsa dilancarkan serta merta dan akhirnya pekerja chalet tempat mangsa tinggal semasa bercuti berjaya membawa kedua-dua mangsa ke pantai," katanya.


Elias yang beralamat di Batu Pahat Johor dan Badrisham dari Subang Jaya Selangor bercuti bersama lima lagi anggota keluarga mereka di Merantau Inn, Rantau Abang.


Dahlan berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan akan dibawa balik ke Batu Pahat hari ini.


Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa mandi laut di pantai Terengganu memandangkan ombak musim tengkujuh masih belum reda.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER