Kalau ceramah Pakatan rakyat den ghaso tak perlu sediakan kerusi malah sanggup berhujan panas. difahamkan bukan debat,kerana hanya bercakap sesorang ala2 ceramah. tetapi nak perkasakan beliau sebagai ahli parlimen atau penceramah yang hebat,dan menyedapkan hati UMNU tulis lah DEBAT.tak tertipu melayu kalau bukan umno
umno dah terbogel habis
Sambutan "HANGIT" DEBAT RAKYAT Anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor GAPS Di Seksyen 7 Kota Damansara Sekarang Ini. Acara Yang Kononnya Nak Dibuat Kat Padang Awam. Terpaksa Ditukar Ke Dalam Dewan Gara-Gara Kehadiran Yang tidak menggalakan. Tetamu diundang GAPS, Zulkifli Noordin Berceramah Dengan Tajuk Selamatkan Selangor Serta Menghentam DS Anwar Ibrahim.
Maybe Zulkifli Noordin Selamatkanlah Kulim Bandar Bharu Tue Dulu Takut-Takut Terlepas Kat Pakatan Rakyat Pulak Pada PRU 13 Nanti... Dalam Sibuk Nak Selamatkan Selangor, Zul Pulak Gigit Jari Nanti... Ramainya Kerusi Dari Orang. !!!! Tue Pun Org2 UMNO.. Nak Harap Rakyat Datang...? Sorrylah... Takut Hujan Pulak Nanti [fb kbbu]
Ulasan: Umno dah ketandusan isu menghentam PR so ekau tunggu apo laie? jangan nak monang dengan kelemahan musuh sebaliknya bina kekuatan sendiri.
Dilarang sama sekali meniru aksi-aksi dalam gambar tersebut,anda boleh didakwa dalam seksyen 17 kanun keseksaan aksi lucah 18sx. budak2 sedang bercuti sempena cuti sekolah amat-amat dilarang menonton menyebabkan anda terkeluar air keringat.
Mana-mana pakcik makcik felda yang penyokong tegar umno amat-amat digalakkan menonton gambar ini lama-lama, muda-mudahan anda terbuka hidayah supaya tak meniru aksi ghairah ini.
Ulasan: setelah kembali dari tanah suci ingatkan berubah tiru makcik sebelah tu, menutup kepala dengan sempurna.semoga terbuka hidayah mu bini najib
Kesian bonar den tengok sorang penceramah umno di pentas yang den kurang pasti sapo namo penceamah yang bijak ini.menceramah macam seolah-olah di rasuk syaitan atau sawan khinzir.
Ceramah umno itu diadakkan semata-mata ingin membuat provokasi murahan kononya membalas hujah apa yang di ceramahkan oleh penceramah Pakatan Rakyat yang diadakan bersebelahan, namun apa yang dicakapkan oleh mamat pencacai ini tak ubah seperti seekor anjing gila menyalak tak kira siapa lalu depanya.
Den kiro ekau ni bernasib baik sebab berceramah bukan kampung den, ekau berani bilo berada di negeri2 yang kuat umnu nya di dun bukit Baru melaka <------- Lokasi pentas ceramah
ulasan: teringat den kato-kato abang mat sabu "Negeri paling terakhir pas dapat tawan adalah melako"
Belajar dari kesilapan menanda kan anda tak ego, mengaku kesilapan lalu mengambil calon tiada tapisan. jangan belajar dari umno sudah,rosak aqidah.
KOTA BHARU - PKR akan memastikan calon yang bertanding di Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) memiliki kelayakan tinggi selain setia kepada perjuangan bagi mengelak senario lompat parti berulang.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, berbanding PRU 2008, pemilihan calon PKR pada kali ini dilihat lebih tersusun serta memiliki ramai yang berkelayakan dan berpontensi untuk diangkat sebagai wakil rakyat.
“Untuk calon kita melalui beberapa kriteria, antaranya kelayakan, penerimaan masyarakat terhadap kemungkinan menjadi calon dan ketaatan kepada parti, ini penting kerana PKR melalui episod yang tak berapa sedap sebelum ini, kita belajar melalui pengalaman,” katanya di sini semalam.
Sebelum ini empat Ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat manakala lima di peringkat Dun melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.
Dalam pada itu Saifuddin berkata, pihaknya menerima sejumlah nama-nama calon yang dikemukakan dari saluran parti melalui peringkat Parlimen dan Dun manakala saluran kedua melibatkan pencarian dan permohonan.
“Kita masuk pusingan terakhir menjelang pilihan raya, PKR tidak akan melalui seperti PRU 2008 yang mana tak ramai yang sedia menjadi calon, puas pujuk, orang tak bersedia, nak marah tak boleh pilihan raya terdahulu Barisan Nasional (BN) menang besar, contoh (Parlimen) Subang dengan dan Kelana Jaya majoritinya lebih 10,000,” katanya.
Beliau berkata, peluang membaiki prestasi cerah memandangkan persiapan jauh lebih baik berbanding dua PRU sebelumnya kerana faktor penonjolan calon lebih awal, kerjasama gabungan Pakatan Rakyat dan tawaran dikemukakan kepada pengundi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bagaimanapun enggan mengulas mengenai ura-ura mengatakan beliau akan bertanding di Lembah Klang bagi memberi peluang kepada calon tempatan bertanding di Kelantan.[sinar]
Ulasan:tahniah PKR belajarlah dari PAS rakan anda macamana mentarbiyah ahli2nya cukup2 lah calon seperti zul kulim.
Ini bukan cobaan ini, bukan main-main, ini bukan perbuatan reka2. ini botul-botul berlaku.cacing kepanasan umno Terengganu, betul2 keruntuhan stadium.
Borang keahliannya diserah kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayo.
KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.
Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.
“penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.
“Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,”tegasnya
Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]
Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa ‘selesa’ duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.
“kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,
“ jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,”jelasnya.
Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.[buletinonline]
Ulasan admin: tiado ucapan selain ucapan tahniah kerana meninggalkan perjuangan umno yang sia2
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.
Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.
“Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,” kata Rafizi.
Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011.
“Sebagai pemimpin Umno paling lantang mempertahan skandal NFC, wajarlah Khairy meluang masa menerang kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan NFC yang menimbul kemarahan rakyat, termasuklah penjelasannya bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak NFC.
“Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,” katanya lagi.
NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.
Selain kegagalan syarikat itu seperti yang didedah pertama kali dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu, syarikat itu turut didedah menyelewengkan wang itu untuk kepentingan Shahrizat dan keluarganya.
Penyelewengan itu termasuklah membeli dua kondominium mewah seperti diakui suami Shahrizat sendiri berharga RM13.8 juta.
Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.[keadilan]
Masa yang dinanti2 oleh umat islam.apa yang di keluarkan oleh kediua-dua cina ini yer bila berhujah tentang hudud? parti sama2 menolak hudud tapi berlainan ideologi.satu tolak hudud bersama dgn kezaliman dan satu parti laghi tolak hudud tapi bersama mendirikkan negaro kebajikkan.
Adakah sama2 mengeluarkan hadis sahih muslim atau bukhari dan ayat2 Allah? den setuju bonar dongan pendapat kafir harbi MCA sekutu rapat UMNO ni. moga-moga bila kedua2 ini berdebat mudah-mudahan terbuka otak karat United malay National Organization.
SHAH ALAM - MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen.
Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak.
"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”
“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA.
Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud.
Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak.
Selain itu, Seng Kok berkata, MCA telah memberikan masa kepada Guan Eng untuk membalas cabaran itu tetapi masih tiada maklum balas.
Menurut beliau lagi, Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) telah menjemput Adun Air Puteh itu untuk menghadiri forum "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia" di Wisma MCA baru-baru ini, tetapi sekali lagi, Guan Eng tidak muncul dan memberi alasan bahawa beliau tidak diberi masa yang cukup untuk bersiap sedia.
Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin.
"MCA masih akan terus menjemput beliau dan berharap rakyat dapat tahu serta lebih memahami mengenai isu masyarakat daripada debat yang akan dilakukan.
“DAP dilihat seolah-olah cuba melambatkan dan mengelak dari memberitahu orang ramai mengenai pendirian mereka mengenai hudud," katanya.
Dalam pada itu, Seng Kok berkata, sebelum ini DAP ada mengatakan bahawa mereka membantah undang-undang hudud dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka menjelaskan pendirian mereka.[sinar]
Admin:mudah-mudahan kamu masuk islam.umno wajib bertaubat
Alhamdulillah,kini satu persatu umno mengikut langkah kerja PAS. walaupun parti pas musuh mereka tetapi langkah baik pas di tiru bulat-bulat, seingat den lamo bonar dah umno buat kerja tiru meniru ni. seingat den mula2 dia meniru pembinaan setiap rumah wajib mempunyai tiga bilik. bukan kah langkah ini di ceduk dari kerajaan pas KElantan? pembentangan bajet 2012 boleh dikatakan separuh diceduk dari buku jingga Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Jika Umno melakukan Sumpah Taat Setia bagi 'mengikat' ahlinya daripada mengkhianati calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, Pas pula melakukan Sumpah Bai'ah bagi memastikan calon yang menang tidak lompat parti.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ada tiga perkara dalam Sumpah Bai'ah yang perlu dipatuhi oleh calon Pas yang dipilih.
"Pertama, calon berjanji jika menang (dalam pilihan raya), dia tidak akan melompat atau keluar parti. Kedua, sekiranya keluar parti atau lompat parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya daripada parti yang dia bertanding.
"Dan yang ketiga, sekiranya dia (calon) keluar parti atau lompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaunnya dan pencen yang diterimanya kerana dia tidak amanah kepada rakyat yang diwakilinya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, tiga perkara tersebut ditetapkan bagi mengelak calon Pas yang menang tumbang di tangan Umno.
"Sebelum ini, ada usaha untuk membeli wakil rakyat kita (Pas) dengan menawarkan wang agar lompat parti. Jadi dengan cara ini, kita ikat calon dan mereka bersumpah atas nama Allah," katanya.
Jelasnya, sebelum lafaz sumpah dilakukan, taklimat terperinci akan diberikan supaya calon jelas dengan perkara yang ditetapkan.
"Sumpah Bai'ah dibuat setelah seseorang telah pasti dipilih sebagai calon. Yang melanggar sumpah ini berdosa dan wajib bayar kifarah sumpah," ujarnya.
Semalam, Tuan Ibrahim memberitahu sumpah antara Umno dan Pas begitu berbeza.
"Dalam Pas, kita lakukan Sumpah Bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding.
"Sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti," katanya.
Pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu, sumpah taat setia yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno
Antara kandungan lafaz ikrar taat setia ahli Umno ialah:
"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.
Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."[sinar]
Ikrar Umnuuuuuu
Admin:Bubar jer umno masuk pas sonang, kepalo tak sakit nak mikir projek mega
Satu penghinaan buat rakyat Terengganu bagi aku kerana mengambil orang kedah nun jauh berbatu-batu menjadi penasihat agama kepada Menteri besar terengganu.dah macam tak do sangat-sangat rakyat terengganu yang layak memegang jawatan tersebut.
Apa menarik dan istimewa sangat si Mohd Kamal Sadin ni? sebenarnya den tak nak cakap pasal mamat ni tapi kebetulan mamat ni mencetus isu yang membodohkan dirinya sendiri.
Kata Mohd Kamal Sadin hari ini di ibu pejabat MCA, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan."Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”
Ekau baco lah ayat berwarna merah tu berulang kali agar kamu tak banggang macam penasihat umno dari kodah tu. Kalau ekau poie tanyo budak tabika kemas pun dia mampu jawab soalan ini,"apakah hukum liwat isteri?" dan den ghaso ekau kono ludah kahak hijau may be.
Meh den nak skolah kan peasihat agamo ni.dah kalau budak kemas boleh jawab soalan ini apalah sangat budak PASTI bukan?
Ok dalam enakmen hudud terengganu meliwat isteri adalah menjadi kesalahan malah tidak dikenakan hukuman HUDUD. adakah penasihat kang kong ini lupa akan hukuman takzir? tetapi si suami takkan terlepas dari hukuman takzir. adakah kamu bodoh atau buat2 bodoh si kamal? kalau masih bodoh lihat sini
Apalah malang sangat MB kijal ini mendapat penasihat yang den ghaso lobih bodoh dari lombu NFC.
admin:Masuk umno automatik bodoh kenapa ek? kalau nak jilat sekali pun jangan sampai membodohkan diri sendiri, hudud hak milik total Allah. kalau hudud pas haram buat kalau hudud umno haram buat apa lagi soi lek hina hudud
Bekas menteri tak bermaruah pernah kantoi video seks
Kebiadaban rakan tidor sebantal umno semakin biadap dan kurang ajar dengan kenyataan nya semakin hari semakin celaka, sampai bila kita umat islam khusunya di malaysia ini membiarkan si kafir harbi ini menghina hukum Allah.
Selama umno menjajah malaysia selama 54 tahun nampaknya gagal mentarbiyah rakannya dari non muslim. Hari ini beliau menghina hudud lagi dengan berkata:-
"Pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia"
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.[Tmi]
Disebabkan makhluk inilah, malaon soi seks terus menghina hudud
Admin: Umno mengaku islam sehingga hari ini membisu dan tak tahu bagaimana nak menutup mulut cina ini. keberaniannya hari ini menghina hudud kerana bersama dalam kompenen Barisan Nasional. mana pergi 40 ulama' muda umno yang berselindung dengan nama salafi. selagi umno berkuasa selagi itu islam dihina.UBAH SEBELUM PARAH.
Laporan demi laporan telah dibuat
admin: Selagi mana kamu dibawah BN selagi itu kamu selamat soi lek.polis sila membakul sampahkan laporan terhadap soi sek
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di
khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru
ini.SEPAN...
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
-
SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis
menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara i...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
KUASA DI TANGAN RAKYAT
-
“Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau
membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan
k...
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??
-
Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas*2* kerabat yang entah mana asal
usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu
yang S...
Analisa PRK DUN N.25 Kajang
-
Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.25 Kajang -:
Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445)
...
DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah
-
Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so
dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..
ADUN Sekinc...