Powered by Blogger.

MAMA MALAYSIA CUBA DIET

>> Tuesday, 22 December 2009


Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'




Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

note:-
kihkihkih....mama kita buat lawak depan copong...!!!
kalau tak padam under wear kecil usah dipakai...!!!
pakai la underwear cap guni jalur...!!!
kalau salah saman je yb tian ...!!!
mahkamah pun hampa punya nk takut apa...!!!
belum bersedia dengan jawapan berbohong...!!!
rakyat tunggu jela jawapan tipu lepas ni....!!!
ooo duit untuk dana kebajikan ank2 yatim dubai...!!!
Read more >>

Read more...

T'GANU DARUL RUNTUH MALAYSIA DARUL HILANG

note:-
hilang hilang hilang...!!!
lepas ni apa pulak agaknya...!!!
kalau malaysia kena serang tak heran la...!!!
cuba cek kat bawah ko gerombolan hilang tak...!!!
2007 menteri pertahanan saper ek...!!!
lu jangan nak konar bearing plak...!!!
gerombolan tetap kelentong janji terlepas...!!!
yang jadi mangsa dah tahu dah semestinya anak tambang...!!!
huhuuhu...!!! wang malaysia hilang...!!!

 




KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di sini.

Beliau berkata selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci.

--BERNAMA"

note:-
apa plak sebut2 nama blogger ni...!!!
kalau takut dengan bini jangan nak kelentong yer...!!!
tengok la wahai dunia gerombolan cuba nak kelentong...!!!
satu kes senyap dua kes senyap tiga kes pun senyap...!!!
yang jadi mangsa pakatan juga...!!!
hahahaha...!!!alahai gerombolan
Read more >>

Read more...

MAKIN BERTAMBAH PROJEK MENIPU

Tenaga elektrik Bakun tak disalur ke Sabah kerana kos tinggi


                             DUIT TAKDAK INI JE YANG ADA...!!!


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari projek hidroelektrik Bakun ke Sabah disebabkan oleh kos yang tinggi, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.

"Sebaliknya, pembinaan stesen janakuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di Pantai Timur," katanya menjawab soalan Senator Datuk Maijol Mahap.


                                       YANG NI ADA DUIT PULAK



note:-
keluarkanlah sedikit duit komisyen scorpene atau duit 600 ribang tu...!!!
potong elaun mp2 10% sorang untuk rakyat apa salah nya...!!!

kesian diorang apa yang diharapkan selama ni di bantah oleh menteri sendiri...!!!
ini bahana sokong kerajaan berpuluh tahun dapat balasan yang sudah setimpa...!!!
kos yang amat mahal amt beban bagi kerajaan dalam pada yang sama untuk f1 ada duit...!!!
wang malayisa rakyat dibodohkan inilah trade mark bijan...!!!
alasan yang bodoh dilontarkan umtuk kebajikan rakyat sendiri...!!!
kepada rakyat sabah undilah lah lagi umno barisan nasional...!!!
sampai bila kamu harus diperbodohkan oleh menteri sendiri...!!!
pikir metar deh...!!!
Read more >>

Read more...

TIADA BEZA DENGAN I.S.A

 IKUT SUKA AKU LAH GEROMBOLAN



HARGEISA (Somalia): Seorang tahanan Guantanamo dari Somali yang baru pulang selepas lapan tahun meringkuk di penjara milik Amerika Syarikat itu menyifatkan Guantanamo ibarat 'neraka dunia' yang penuh dengan seksaan dan penderaan.

Mohamed Saleban Bare, yang tiba di tanah airnya di Hargeisa, Sabtu lalu berkata, beliau tidak bersalah untuk setiap pertuduhan sejak beliau ditahan di Pakistan pada 2001 sebelum dipindahkan ke Guantanamo melalui Afghanistan.

"Teluk Guantanamo seperti neraka dunia. Ia penuh dengan penderaan," katanya.




"Pada saat inipun saya belum pulih menjadi manusia biasa tetapi saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih bernyawa.

"Saya bersyukur kerana saya sudah bebas daripada penderaan dan seksaan fizikal dan mental seperti rakan saya yang lain yang masih menghidapinya," katanya.

Bare, 44, adalah antara 12 tahanan Guantanamo dari Afghanistan, Yaman dan Somalia yang terbaru dihantar pulang ke negara masing-masing.
Bare bersama seorang lagi rakan senegaranya, Osmail Mohamed Arale, 45, dibebaskan sebelum pulang ke kampung halamannya di Hargeisa oleh anggota jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

"Beberapa rakan saya di dalam penjara itu hilang penglihatan, sesetengah hilang anggota badan dan ada yang sakit mental. Namun saya ok berbanding mereka," katanya.

    BAYANGKAN SEKIRANYA SEDARA MARA KAU WAHAI GEROMBOLAN



note:-
sebab tu kerajaan sayang sangat2 kat isa ni...!!!
satu2 nya jentera penyelamat politik mereka...!!!
itu lah yang dikatakan isa adik beradik guano demo...!!!
nak bayang macammana isa samalah lah kat guatanamo...!!!
layanan seperti anjing kurap...!!!
macam tu lah isa...!!!
sebab tu lah isa haram...!!!
tapi gerombolan menyokong...!!!
lu pikir lah sendiri...!!!
selagi tak kena atas kepala sendiri gerombolan tetap kata halal...!!!
Read more >>

Read more...

INI DIA RAKYAT DIDAHULUKAN

>> Monday, 21 December 2009

F1: Petronas jalin kerjasama dengan Mercedes


KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai perjanjian lima tahun dengan pengeluar kenderaan Mercedes, bagi menjadi penaja utama bagi pasukan Mercedes GP, juara kejohanan Formula Satu (F1).

Pasukan itu, mulai 2010, akan dikenali secara rasmi sebagai Pasukan F1 Mercedes GP Petronas.

Syarikat minyak dan gas negara itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu akan membolehkan urusan perniagaan dengan Mercedes yang akan menyokong usaha-usaha pengembangan antarabangsanya, terutamanya dalam perniagaan minyak pelincir dunia.

note:-
gila meroyan mamat ni...!!!
sedar tak sedar duit tak dak dh oiiii...!!!
rakyat yang sengsara...!!!
apa kejadah ini semua...!!!
ini boleh lingkup ekonomi...!!!

ooo itu lah rakyat didahulukan mercedes diutamakan...!!!
biar rakyat mampus janji aku dapat nama...!!!
walaupun kerja giler...!!!
syabas gerombolan berjaya dalam projek merakyatkan ekonomi...!!!
Read more >>

Read more...

DULU STADIUM KINI...!!!


                             TU DIA APA YANG DIKATAKAN PENGHADANG

HULU TERENGGANU 21 Dis. — Tiga buruh rakyat Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.
Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata, kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - Bernama





note:-
selamat memang selamat...!!!
selamat jkkk selamat ketua bahagian,selamat ketua cawangan...!!!
selamat adun hulu,selamat mp hulu...!!!
huhuhuhu sisaat siapa kontrekotooor...!!!!
siasat cermin capa apa guna...!!!
siasat cap kepala lembu atau cap dacing sonar...!!!
ini kes amat bahaya sisat segera...!!!
jkr jangan tidor...!!!
colsultant jangan mengigau...!!!
siasat segera ini projek siapa makan paling banyak...!!!

kahkahkahkah......huhuhuu....!!!
demer punya buntut sudah hangat...!!!
Read more >>

Read more...

BIARKAN GEROMBOLAN BERGADUH

Sidang DUN Terengganu 'panas' soalan wakil BN

 
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak 'muram', hari ini bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan. 
 
note:-
bagus-bagus jangan bagi cam...!!!
bertumbuk pun tak per baling kerusi pun bagus...!!!
cara ajar gerombolan sekarang...!!!
biar depa bergaduh sama sendiri...!!!
gulingkan mat said mb samseng...!!!
jangan biarkan sejuk kes pergolakkan umno terengganu...!!!
lagakan huhuhhuu biar pecah belah janji kufar tergolek...!!!

Read more >>

Read more...

MUKA MUKA PENYANGAK BOIKOT BAJET NAJIB

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI

Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI

Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri

Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan

K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin

Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan
Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


Dimaklumkan juga bahawa seramai lima [5] Senator yang dilantik menjadi Menteri dan tujuh [7] lagi Senator yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak layak untuk menyertai pengundian didalam Dewan Rakyat.
Read more >>

Read more...

KAU YANG HARAM

KESAN DARI ISLAM HADHARI

note:-
bangang sis ni sepatutnya kau dah lama haram...!!!
akidah terpesong menyesatkan umat islam itulah sis...!!!
menentang poligami salah satu kerja sis...!!!
sis memang ciiiiiiiiiiiiiiisssssss.....!!!!!!!


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 25 Januari depan bagi keputusan kes saman Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia terhadap Menteri Dalam Negeri berhubung pengharaman buku Muslim Women and Challenge of Islamic Extremism terbitan SIS.

SIS failkan permohonan mahukan supaya pengharaman buku yang diterbitkan pada 2005 itu ditarik balik dengan menamakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan kerajaan sebagai responden.



Read more >>

Read more...

BINI ROSMAH PUN PATUT KENA


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER