Powered by Blogger.

Tolak Dakwaan Meninggal Dunia, Osman Kering Kritikal Di ICU

>> Tuesday 12 June 2012


Memandai-mandai korang semalam kecoh kata Osman kering meninggal dunia, bersepah ruah masing2 duk update status facebook n twitter. Kononya nak tunjuk hebat, masing2 nak berlumba2 nak dapatkan berita paling pantas? weh soal mati neh kamu main2 soalah2 kamu mendoakkan. dapatkan berita soheh sebelum nak war-warkan der. 



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.
"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.
Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.-mstar
p/s: semoga pak osman panjang umur

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER