Powered by Blogger.

Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

>> Thursday 6 January 2011

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut. 

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Read more >>

Read more...

Melayu tertindas lagi



Kahkahkah...betul..betul..betul....maklum la baru lepas tgk citer upin ipin...terpandang wa gambar yang baik tanpa kompromi dari mana2 pihak.kali ni melayu umno di tindas kat selangor  khususnya di parlimen Kota Raja,kalau tak silap wa Parlimen Dr Mariah Mp pas dan rasa2nya ber majoriti 20k,Tahniah Dr...kahkahkah

Wa nak citer panjang pun wa malas nak taip.so persoalannya duk bermain di benak  kepala wa dengan penuh persoalan,kali ni wa tak nak citer banyak.wa nak tanya kaki2 demo yang mempertuhankan duit ni. yang berani kata melayu di tindas oleh KeAdilan parti anwar ni sebenarnya sapa beb?

Soalan2 nya adalah berbunyi...jeng..jeng..jeng

1)Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?


2)Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?


3)Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?


ok stop.cukup 3 soalan cikgu bagi kat anak-anak murid beragama umno.jawapannya hendaklah di balas dan di hantar ke Putrajaya beralamat 100 tingkat jalan bik mama,Putrajaya,harap maklum...ahakssss
Read more >>

Read more...

Komisen 18billion malaun mana yang Rembat

1. Siapakah Dato MK & Dato MS yang sebenarnya?2. Berapa banyak wang sudah dibawa masuk ke Malaysia sehingga hari ini?3. Kenapa komisen 15% diberi pada Dato MS dan En MA dan bukannya kepada kerajaan Malaysia?
4. Siapa yang temberang siapa dalam isu ini?
5. Siapakah dalang yang sebenar?
6. Siapakah mangsa penipuan dalam isu ini dan banyak lagi yang akan didedahkan di sini.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER