Powered by Blogger.

Kakitangan kabin curi telefon

>> Tuesday 8 March 2011

IPOH: Seorang lelaki warga Malaysia yang juga kakitangan kabin syarikat penerbangan komersial, diberkas pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kerana mencuri telefon bimbit milik seorang penumpang.

Laman web Khaleej Times semalam, menyatakan suspek diberkas selepas didapati mencuri iPhone milik wanita warga Russia.


Menurut laporan itu, kejadian berlaku pada jam 4 petang, 8 Februari lalu apabila polis Dubai dimaklumkan berhubung kes kecurian di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Difahamkan mangsa, pelancong wanita Russia membuat laporan kehilangan barang berharga sekitar jam 4 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke negara asalnya.


Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa membuka dan meletakkan telefon iPhone bersama tali pinggang serta beg galas miliknya ketika melalui alat pengesan logam.
Read more >>

Read more...

Video:Kekecohan upu Kerdau

Tabik spring kepada Pok Rasad Berserban hitam from dari Dungun Terengganu berani melawan samseng2 umno yang cuba provok kepada PAS.jangan nanti ada pulak yang labelkan PAS Terengganu samseng.sebab depa ni samseng bertempat.nak jadi pejuang islam kena berani beb.jangan hanya berani dalam facebook or blog.

Kontijen PAS from Terengganu






Yang jaga keselamatan tu mangkuk juga,terlampau baik sangat hampa no...bagi la peluang dulu penyokong PAS sepak terajang sebiji dua,lepas tu baru lah halang.memang tak cerdik keselamatan dan unit amal ni.terlampau warak payah juga bhai.kat sini lah kena politik lobih bro.jangan betul bendul.lebai tak bertempat.hampa tak geram ko tengok kaki provok gila babi tu yb ismailiyah cisssssssssssssss



Kepada puak2 pas ni.den nak nasihat ekau semuo jangan terlalu baik tak bertempat.kono pandai curi sepak terajang,lopeh tu cabut la.ekau ramai polis pun tak sompet nak kejar.mohon cerdik skit dan next PRK bila ada kekecohan datang dari BN jangan buat2 lebai2 bodoh.
Read more >>

Read more...

Selangor sudah,Umno bila lagi?

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap negeri-negeri lain mencontohi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul.
Ketua penerangannya, Fadhil Osman berkata langkah MBSA itu wajar dijadikan teladan yang baik dalam menangani masalah iklan berunsur seks dan tahyul yang boleh menyumbang kepada gejala sosial yang sedia parah di negara ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MBSA kerana telah mengambil tindakan bijak dan menguntungkan rakyat dengan mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.
“Bagi DPPWP, MBSA telah bertindak tepat bagi membasmi gejala mungkar serta khurafat hasil daripada perniagaan yang haram ini.
“Dengan ini peniaga-peniaga tidak akan berani melakukan perniagaan yang salah di sisi syarak dan undang-undang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Melihat kepada trend hari ini, katanya seolah-olah perniagaan berunsurkan seks seperti rumah urut, produk-produk kesihatan untuk meningkatkan seks amat laris di pasaran serta mendapat sambutan orang ramai.
Ujarnya beliau bimbang produk serta perkhidmatan ini disalahgunakan oleh remaja untuk kepuasan seks semata-mata tanpa memikirkan implikasi lain seperti halal haram, kesihatan, gejala sosial dan lain-lain.
Kata beliau, sewajarnya perniagaan seperti itu diharamkan kerana ia mengundang kepada gejala sosial yang lebih parah kepada masyarakat hari ini.
Selain itu, tambahnya iklan-iklan yang memanipulasi wanita dengan berpakaian seksi juga wajar diharamkan.
Katanya, kadang-kadang sengaja tubuh wanita yang seksi dijadikan bahan untuk mempromosi produk sedangkan ianya tidak ada kena-mengena dengan produk tersebut.
“Hal ini boleh mempengaruhi minda serta merosakkan masyarakat khususnya anak-anak muda,” ujarnya.
Dewan Pemuda PAS, katanya mengambil contoh bagaimana negeri Kelantan telah mengambil langkah terkehadapan dengan memperkenalkan iklan wanita menutup aurat serta memakai tudung dalam apa juga iklan yang ditampal.
Ini, ujarnya lebih memberikan imej dan gambaran yang positif di samping membina minda masyarakat yang sihat.
Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS juga mengharapkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mengambil langkah yang serupa bagi membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar serius dalam mendidik masyarakat serta mengelakkan gejala sosial dari berleluasa.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER