Powered by Blogger.

TERKINI DARI T'GGANU DARUL RUNTUH

>> Sunday 27 December 2009

Dua beradik lemas di Pantai Teluk Lipat

PANTAI TELUK LIPAT



KUALA TERENGGANU: Sepasang adik beradik dipercayai lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Pantai Teluk Lipat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan adiknya Ahmad Amirul Haikal, masing-masing berumur sembilan tahun dilaporkan hilang di laut akibat dihanyut ombak besar.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa yang tinggal di Jalan Pantai Sura, Jeti Dungun sebelum itu datang bermain dan mandi di kawasan pantai itu bersama dua lagi rakan mereka Sharifah Amira Adila Syed Mohd Azmi, 10 dan Syed Izat Hakimi Syed Mohd Azmi, 9, kira-kira 4.30 petang.

"Semua mereka yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Sura Dungun sebelum itu dipercayai bermain di gigi air sebelum dua daripada mereka dihanyutkan ombak besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu usaha mencari kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dengan dibantu orang kampung.

Namun, kerja-kerja mencari hanya dilakukan menerusi darat berikutan ombak besar, menyebabkan alat menyelamat seperti jet ski tidak dapat digunakan. - Bernama
Read more >>

Read more...

BODONYA UMNO SELANGOR

Kumpulan desak keluar pakatan bukan ahli Pas: Salahuddin




KUALA LUMPUR: Pas hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor adalah ahli parti itu.


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.


"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (Pas) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak Pas Selangor keluar daripada pakatan di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.


Ditanya sama ada Pas bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini Pas mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.


"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. - Bernama


note:-
kahkahkaha....gerombolan punya kerja lani....!!!
bodoh bin bingai la lu....!!!
ini kes mesti mat toyol punya arahan...!!!
publisiti murahan hanya perangkap diri sendiri...!!!
alahai umno cara lain la bro...!!!
ini semua olang tahu maaa...!!!
ini kes mesti bijan punya skrip arahan bersama mat pampers...!!!
kita rampas selangor dengan apa cara sekali pun...!!!
gua masih ingat jang...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER