Powered by Blogger.

TERKINI DARI T'GGANU DARUL RUNTUH

>> Sunday 27 December 2009

Dua beradik lemas di Pantai Teluk Lipat

PANTAI TELUK LIPAT



KUALA TERENGGANU: Sepasang adik beradik dipercayai lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Pantai Teluk Lipat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan adiknya Ahmad Amirul Haikal, masing-masing berumur sembilan tahun dilaporkan hilang di laut akibat dihanyut ombak besar.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa yang tinggal di Jalan Pantai Sura, Jeti Dungun sebelum itu datang bermain dan mandi di kawasan pantai itu bersama dua lagi rakan mereka Sharifah Amira Adila Syed Mohd Azmi, 10 dan Syed Izat Hakimi Syed Mohd Azmi, 9, kira-kira 4.30 petang.

"Semua mereka yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Sura Dungun sebelum itu dipercayai bermain di gigi air sebelum dua daripada mereka dihanyutkan ombak besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu usaha mencari kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dengan dibantu orang kampung.

Namun, kerja-kerja mencari hanya dilakukan menerusi darat berikutan ombak besar, menyebabkan alat menyelamat seperti jet ski tidak dapat digunakan. - Bernama

1 comments:

Gua Syed Friday, October 07, 2011  

Assalamualaikum bro.. knp tajuk artikel tu gitu..? aku rakyat Terengganu.. kata kpd negeri Terengganu.. bermakna kata kpd aku juga.. aku pernah tinggal di Seremban selama 4 tahun.. walaupn keadaan sosial di sana agak teruk.. tp aku xpernah menghina Negeri Sembilan.. harap lebih perihatin.. jgnlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. harap lebih perihatin.. wallahu'alam..

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER