Powered by Blogger.

LU OLANG SEMUA WAJIB BACA ...ULANG SUARA WAJIB BACA...!!!

>> Monday 8 March 2010

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat, sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh.
Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/3725949998_21c02b85a9.jpgSelangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/komtar.jpgPulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.

Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik  SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/dataran%20wisma.jpgKedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.

Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/Kota%20Darulnaim.jpgKelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.

Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.
buletinonline
Read more >>

Read more...

WANG MALAYSIA DI HATI RAKYAT SUDAH BERJAYA

note:
arghhhhhhh...gua tak percaya...ini satu pembohongan...ini satu projek pembodohan terhadap rakyat kinabalu...CUKUP2 LAH PERBODOHKAN RAKYAT SABAH  DAN TERMISKIN DALAM DUNIA...kehkehkeh...adakah 14 malaysia sudah berjaya dicanang oleh bik rosmah...arghhhhhh susah lu nak perbodohkan gua bro...sinar akhbar pembodek terkini...C klass maaaa...kehkehkeh


 KOTA KINABALU- Seramai 120 anggota Parti Keadilan Rakyat di mukim Limbahau dalam daerah Papar bertindak keluar parti untuk menyertai Umno kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia.


Jurucakap mereka, Camillus Ginibun, yang juga anggota jawatankuasa PKR Papar, berkata, tindakan mereka keluar parti itu bukan kerana didesak atau dijanjikan sesuatu tetapi dengan kesedaran bahawa konsep 1Malaysia memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan semua kaum.


"Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum, termasuk Kadazan, Dusun dan Murut, yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kami sebelum ini terperdaya dengan janji manis pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Ginibun berkata, keputusan mereka untuk menyertai Umno adalah kerana Umno merupakan tunjang Barisan Nasional manakala wakil rakyat mereka, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, walaupun merupakan anggota Umno, sentiasa mengambil berat terhadap nasib semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.


Bekas Pengarah Logistik PKR kawasan Pantai Manis, Robert Apin, pula berkata, penyertaan beramai-ramai ahli PKR dalam Umno bukan kerana mahu mendapatkan kedudukan tetapi untuk mencari "rumah yang teguh untuk berlindung".-sinarharian
Read more >>

Read more...

ZUL DALAM BUANGAN SEPERTI SAMPAH HANYUT

note:
kehkehkeh...kesana dicemuh...kesini di ludah...perjuangan politikmu kini hampir lumpuh dek taufan yang dicari...syabas zul membuatkan ramai yang lena tidur hampir terjaga kerana politik sampahmu...inilah bahana perjuangan yang tidak wala' pada pimpinan...kehkehkeh nak masuk pas...lagi hampeh...kerana parti tu lagi kuat berpegang pada wala'...kahkahkah



PETALING JAYA- Pas tidak wajar menerima kehadiran anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas...ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu hadir sidang media mengenai ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.-sinarharian
Read more >>

Read more...

MARK ZUCKERBERG FACEBOOK DI DAKWA GODAM E-MEL

Oleh:KetuaPolis

LONDON - Pengasas laman web perkongsian sosial Facebook di Internet, Mark Zuckerberg didakwa menggodam akaun e-mel beberapa saingannya dan wartawan, lapor akhbar Mail On Sunday semalam.

Ketua pegawai eksekutif laman perkongsian sosial yang paling berjaya di dunia itu didakwa melanggar sekurang-kurangnya dua privasi dalam satu siri artikel yang disiarkan oleh BusinessInsider.com.

Sebagai sebahagian daripada siasatan yang dilakukan selama dua tahun mengenai pengasas Facebook itu, majalah tersebut mendedahkan apa yang didakwanya sebagai satu penggodaman pada 2004. read more

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

UNDANG-UNDANG UMNO APA NAK HERAN

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Menurut Alauddin, hakim tidak sangsi bahawa perdana menteri telah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Anwar.malaysiakini 
Read more >>

Read more...

GAMBAR CERAMAH PAKATAN RAKYAT DIKUASAI POLIS

GAMBAR SEKITAR KELAB SULTAN SULAIMAN

 
Gua sampai kul 10 keadaan dah kecoh...inilah keadaan ceramah yang di ganggu oleh polis...sedangkan kelab ini adalah milik penuh kerajaan selangor...undang gua punya ..ada aku kesah
  
 pentas ceramah di penuhi polis menghalang daripada berceramah

  
Memang hebat anak buah gua ni...cam sial jer
  
 Berdoa selepas pentas ceramah dihalang...celaka polis buat tak tahu jer bila time doa...seolah-olah bukan islam bapak polis ni...tionaseng lu
  
Hancur-hancur polis...amin...eh silap umno
  
  
Lu tak cayer gua cakap kan...skang tengok sendiri tak da sekor pun polis mengaminkan doa....mati boleh lah tanam kat jirat ni...
  
Walaupun diugut polis dengan lengkap dengan pistol.beltan...gua dengan geng reformasi talak lari maaa...polis pun orang juga apa ada hal
 
 fru cuba mengawal pintu masuk agar menghalang pengunjung daripada masuk
 

kahkahkah...ikut arahan maaaa...walaupun di suruh makan tahi...kehkehkeh janji gaji masuk...lu apa dapat.

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER