Powered by Blogger.

WANG MALAYSIA DI HATI RAKYAT SUDAH BERJAYA

>> Monday 8 March 2010

note:
arghhhhhhh...gua tak percaya...ini satu pembohongan...ini satu projek pembodohan terhadap rakyat kinabalu...CUKUP2 LAH PERBODOHKAN RAKYAT SABAH  DAN TERMISKIN DALAM DUNIA...kehkehkeh...adakah 14 malaysia sudah berjaya dicanang oleh bik rosmah...arghhhhhh susah lu nak perbodohkan gua bro...sinar akhbar pembodek terkini...C klass maaaa...kehkehkeh


 KOTA KINABALU- Seramai 120 anggota Parti Keadilan Rakyat di mukim Limbahau dalam daerah Papar bertindak keluar parti untuk menyertai Umno kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia.


Jurucakap mereka, Camillus Ginibun, yang juga anggota jawatankuasa PKR Papar, berkata, tindakan mereka keluar parti itu bukan kerana didesak atau dijanjikan sesuatu tetapi dengan kesedaran bahawa konsep 1Malaysia memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan semua kaum.


"Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum, termasuk Kadazan, Dusun dan Murut, yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kami sebelum ini terperdaya dengan janji manis pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Ginibun berkata, keputusan mereka untuk menyertai Umno adalah kerana Umno merupakan tunjang Barisan Nasional manakala wakil rakyat mereka, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, walaupun merupakan anggota Umno, sentiasa mengambil berat terhadap nasib semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.


Bekas Pengarah Logistik PKR kawasan Pantai Manis, Robert Apin, pula berkata, penyertaan beramai-ramai ahli PKR dalam Umno bukan kerana mahu mendapatkan kedudukan tetapi untuk mencari "rumah yang teguh untuk berlindung".-sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER