Powered by Blogger.
Showing posts with label ZULKIFLI NORDIN AGENDA UMNO. Show all posts
Showing posts with label ZULKIFLI NORDIN AGENDA UMNO. Show all posts

PANAS....!!!! Terkini DEBAT RAKYAT Anjuran GAPS banyak kerusi dari UMNO

>> Monday, 12 December 2011

Kalau ceramah Pakatan rakyat den ghaso tak perlu sediakan kerusi malah sanggup berhujan panas. difahamkan bukan debat,kerana hanya bercakap sesorang ala2 ceramah. tetapi nak perkasakan beliau sebagai ahli parlimen atau penceramah yang hebat,dan menyedapkan hati UMNU tulis lah DEBAT. tak tertipu melayu kalau bukan umno


 umno dah terbogel habis 
 
 Sambutan "HANGIT" DEBAT RAKYAT Anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor GAPS Di Seksyen 7 Kota Damansara Sekarang Ini. Acara Yang Kononnya Nak Dibuat Kat Padang Awam. Terpaksa Ditukar Ke Dalam Dewan Gara-Gara Kehadiran Yang tidak menggalakan. Tetamu diundang GAPS, Zulkifli Noordin Berceramah Dengan Tajuk Selamatkan Selangor Serta Menghentam DS Anwar Ibrahim.

Maybe Zulkifli Noordin Selamatkanlah Kulim Bandar Bharu Tue Dulu Takut-Takut Terlepas Kat Pakatan Rakyat Pulak Pada PRU 13 Nanti... Dalam Sibuk Nak Selamatkan Selangor, Zul Pulak Gigit Jari Nanti... Ramainya Kerusi Dari Orang. !!!! Tue Pun Org2 UMNO.. Nak Harap Rakyat Datang...? Sorrylah... Takut Hujan Pulak Nanti [fb kbbu]

Ulasan: Umno dah ketandusan isu menghentam PR so ekau tunggu apo laie? jangan nak monang dengan kelemahan musuh sebaliknya bina kekuatan sendiri.
Read more >>

Read more...

APA MASALAH SI ZUL NI...MEMANG GILA PUBLISITI MURAHAN MANGKUK NI

>> Wednesday, 17 March 2010

note:
kehkehkeh...cakap keluar buah bodoh sokmo...eeeee semakin geli wa tengok muka mangkuk ni...saje lu cari pasal bagi depa marah naaa...cilako lu zul...lu sudah bebas lu apa sangat sakit hati sama anwar...pasal kerusi di parlimen lu ada jangkitan siplis ka...lu rasa hebat lu perkukukan lah 
"parti seks sebebas rakyat semalaysia"...pastu lu hantam sama berahim ali berebut jawatan presiden...kahkahkah geng2 gila menyondol...kahkahkah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti!  Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.  Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.
Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang.  Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen.  Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan.  Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya.  Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja?  

Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan?  Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan?  Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?

Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut?  Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun.  Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.  Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol.  

Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen?  Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam.  

Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul.  Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan).  Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?

Lembaga Disiplin Parti

Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf 

Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu.  

Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut.  Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia.  

Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.  Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah.

Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana?  Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya!  Zul Noordin pun tahu tentang ini.  Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. 

Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan).  Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana?  Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya?  Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali?  Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…

*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN - PKR), pernah terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.
Read more >>

Read more...

ZUL DALAM BUANGAN SEPERTI SAMPAH HANYUT

>> Monday, 8 March 2010

note:
kehkehkeh...kesana dicemuh...kesini di ludah...perjuangan politikmu kini hampir lumpuh dek taufan yang dicari...syabas zul membuatkan ramai yang lena tidur hampir terjaga kerana politik sampahmu...inilah bahana perjuangan yang tidak wala' pada pimpinan...kehkehkeh nak masuk pas...lagi hampeh...kerana parti tu lagi kuat berpegang pada wala'...kahkahkah



PETALING JAYA- Pas tidak wajar menerima kehadiran anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas...ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu hadir sidang media mengenai ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.-sinarharian
Read more >>

Read more...

TOLONGLAH JANGAN MAIN TEKA-TEKI

>> Saturday, 6 March 2010

Oleh KetuaPolis

note:
Tolong lah zul...siapa mp,adun pkr yang akan bersamamu...mp wangsa maju...mp indra mahkotel...jangan duk main ada,mmmm ramai yang menyokong tindakan saya,mmmm akan ada yang menjejaki saya termasuk ahli,mp2 pas...kehkehkeh zul gua kenal lu lah zul...nak suruh gua dedah ke...nanti gua tanya lebai sayuti ...lebai tu lebih kenal mendalam tentang diri lu...jangan main teka-teki lah bhai...dah rasa tapak kaki dah besar sangat lah tu...dah rasa berkeyakinan sangat lah tu...kini lu terbang bebas menghentam sana -sini tanpa ikatan lembaga disiplin...bila lagi mahu hentam pas yang lu namakan dengan gelaran geng takbir...kehkehkeh...kenapa lu langsung tak hentam umno...lu memang kiamat lah zul...zaman arwah fadhil noor selagi lu ada dalam markas taman melewar selagi tu al-marhum takkan masuk...lu kuar je baru dia masuk...dia pun tak sanggup tgk muka munafik lu zul...baru sikit gua dedah,,,lagi lapan kontena duk belakang rumah gua zul...SELAMAT BERMANGKUK TANDAS DENGAN NAJIB ZUL...kehkehkeh.


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

DAH PANDAI UGUT-MENGUGUT PULAK DAH

>> Thursday, 4 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:
macam2 alasan lu ni zul...nak kuar jangan buat onar...kuar je kalau lu anak kulim...usah mencari alasan-alasan yang menganggu jiwa orang ramai...kehkehkeh...tumpang tanya...kenapa tak singgah semasa perhimpunan anak felda kat suhakam baru ni...takkan lalu dan tengok je kot...yb tian chua dengan yb sallehudin pun ada...ke gua salah mata memandang kot...kehkehkeh...ooo mungkin uzur syarie kot

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.

Zulkifli berkata panel siasatan harus terdiri dari orang Islam sepenuhnya kerana salah satu dari pendakwaan yang beliau hadapi adalah isu kalimah Allah.

Menurutnya, panel sedia-ada terdiri dari seorang Muslim, dua pengaaut Kristian dan seorang beragama Hindu.

Panel bagaimanapun menolak tuntutan itu dan berkata kuasa untuk melantik panel terletak dalam bidang kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

Demikian itu, Zulkifli menyeru MPP untuk melantik panel baru sebelum Selasa minggu hadapan. Jika tidak, beliau akan meletak jawatan.tvselangor

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

BERITA GEMPAR DARI PEJABAT SUHAKAM

>> Wednesday, 24 February 2010

 Oleh:KetuaPolis

Kehkehkeh...cepat lu buka blog gua kan...taruk tajuk kasi gempaq baru lu hilang ngantuk...tapi gua janji gua tak sia-siakan lu pasal tajuk  tu k...gua siyes bhai...tak cayer lu baca sampai habis.

Baru gua balik dari pejabat suhakam yang berlansungnya suatu perlawanan di antara peneroka2 felda (ANAK) dengan anak didik umno iaitu suhakankang di jalan raja laut berpengadilkan polis anak raja malaysia.

Kali ni liputan media pukul 8 malam nanti memang betul ...wa jamin tiada penipuan dari pembaca berita malam ni sebab memang betul dengan kehadiran pendemo2 bantahan yang tak sampai 50k orang...wa rasa lagi ramai polis dengan media...kurang la sikit kerja rakib atib nak rekod dosa si pembaca bacul tu.

Peserta demo bantahan di wakili oleh yb2 pakatan rakyat iaitu yb sallehudin ayub (kubang kerian),yb tian (batu),saudara mazlan aliman dan ajk2 pas negeri dan peneroka2.Sedang media menemuramah yb2 tersebut tiba2 timbul suatu kelibat lembaga dari KWSP menuju ke Masjid india.

Jeng..jeng...jeng...mungkin lembaga itu tak menyedari ada bantahan dari peneroka bersama pakatan...kalau ianya menyedari mana mungkin dia melalui laluan tersebut...ooo mungkin juga itu jalan short cut untuk ke pejabat beliau masjid india.

Tanpa disedari oleh orang ramai dan polis kat situ...tiba2 kedengaran suara dari seorang perempuan memekik "yb,yb mai la join sekali menyerah memorandum bantahan ni,yb tian dengan sallehudin pun ada"begitulah lebih kurang wa dengar...rupa-rupanya suara itu adalah blogger ummuasiah2001,dia lah orang pertama ternampak lembaga yb itu melalui laluan tersebut.

Tionaseng punya yb...gua ingatkan dia berpaling lah dengan pekikan minah blogger itu...gua tak tahu rupa-rupanya lembaga itu pekak...mana mungkin tak dengar dengan jarak kurang lebih 5 meter.
sambil berjalan menyondol menghidu bau longkang ala bau one drop...kehkehkeh

Lepas tu adalah suara2 memuji lembaga itu mengatakam "dia takkan datang,sikit lagi dia nak bertanding jawatan tim.presiden umno"gua tambah lauk pada zahir je pakai kupiah bagi nampak islamic ala munafik batinnya telah berjiwa kotor...kehkehkeh biasalah dengan kupiahnya,mana pernah pakai kupiah logo transformer.

Inilah contoh lembaga yb pakatan rakyat yang kononya memegang kata2 ketuanya ingin memperkasakan pakatan...sori tak der gambar mungkin ummuasia2001 banyak snap pib lembaga itu kot...kahkahkah

Lu teka lah siapa lembaga munafik tu yang kasi banyak bikin panas sejak dua menjak ni...gua nak bagi tahu pun rasa berat hati...kalau lu tak cayer citer gua lu boleh tanya itu minah blogger ummuasiah2001 atau jurukamera suara keadilan yus siapa gua maksud kan...gua tak nak tanggung dosa nak sebut2 nama lembaga tu....geli bhai..nak termuntah gua bila tengok muka dia lagi mahu nak sebut...perghhhhhhh tak pasal2 lu cakap gua mengandung pulak...kehkehkeh

harap lu bersabar..lepas tanggungjawab gua sebagai penyampai cerita lebih cepat dari berita...kahkahkah.

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

WOIT ZUL...JANGAN CARI ALASAN SIAPA NAK TENDANG KAMU

>> Tuesday, 16 February 2010

Konspirasi ‘firaun kecil’ mahu tendang saya keluar PKR

SIAPA FIRAUN...BUKAN DARI KULIM KER

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menendang beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebalik prosiding lembaga disiplin minggu ini.


Zulkifli mendakwa usaha konspirasi itu termasuk menetapkan tarikh prosiding lembaga disiplin ketika beliau akan berada di Korea untuk menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa mulai Khamis ini.

“Melihat pada kenyataan-kenyataan yang dibuat, nampaknya keputusan sudah dibuat (untuk saya dikeluarkan dari parti,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR berkaitan tindakan saya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam PAS) mengenai isu kalimah Allah.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia untuk berhadapan dengan lembaga disiplin untuk mempertahankan prinsip dan pegangan saya dalam isu kalimah Allah,” katanya lagi.
Lembagai disiplin menetapkan 18 dan 23 Feb untuk Zulkifli menghadap mereka menjawab tuduhan yang dikenakan.
malaysianinsider



note:-
kahkahkah...siapa nak tendang siapa...siapa yang nak keluarkan kamu dari pakatan...cakap zul...bukan ker kau memang nak kelaur dari pakatan mangkuk...woi pembelot kalau sayang PR kenapa bertindak tak  mengikut peraturan...memang kau saje nak cari penyakit kan...memang kau cari alasan supaya di tendang kan...woittt porah pakatan tak perlu lah boneka umno dalam pakatan macam kau tu...kami dah tahu kamu tu memang sedang bercinta dengan umno ka...mengaku jela...jangan jadi munafik buat malu kupiah atas kepala je...konon membela isalm...kahkahkah...kawasan kulim berkucar kacir...duk sibuk hentam situ hentam sini...woit balik jaga kawasan la...kau sebenarnya kalah zul di kawasan kulim...kahkahkah kenapa calon lawan tarik balik kemenangan kau di sana?...bukan kah kau telah berjanji dgn umno kedah untuk menghuru-harakan pakatan...celaka kau zul....hak ptuiiiiiiiiiiiih
Read more >>

Read more...

BERARAK MAULIDUR RASUL TAPI HUKUM ALLAH TETAP LAWAN

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan Islam

 
MP PR YANG BAKAL MELOMPAT...SEBENARNYA MAMAT NI SUDAH MENGISI BORANG UMNO

Tepoh, KUALA NERUS
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.


Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.
buletinonline
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER