Powered by Blogger.
Showing posts with label UMNO PUNYA KERJA LA.... Show all posts
Showing posts with label UMNO PUNYA KERJA LA.... Show all posts

SATU DEKAD ROYALTI TERENGGANU DIROMPAK LANUN

>> Wednesday, 10 March 2010

 Mampat anjur Kempen Mengingati Tindakan Zalim Kerajaan Persekutuan
 
Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah berkata pada bulan ini, genaplah sedekad (10 tahun) pembayaran royalti petroleum rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah.

Menurutnya, rakyat Terengganu telah dinafikan hak menerima pembayaran tunai oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun menikmatinya.

“Pada bulan Mac 2010 ini, genaplah 10 tahun royalti rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah merampas hak dan maruah rakyat Terengganu.

“10 tahun lalu, nikmat kurniaan Allah kepada rakyat Terengganu telah dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun rakyat Terengganu menikmati hasil minyak sebagai royalti dan digantikan dengan satu nama sedekah iaitu ‘ehsan’,”ujarnya pada satu sidang media, di Terengganu Equestarian Resort (TER), Kuala Ibai, semalam. 

Sehubungan itu, katanya, Mampat akan menganjurkan kempen mengingati tindakan zalim tersebut dengan program sulongnya, Dialog Perdana Royalti Rakyat Terengganu Bersama Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, pelancaran Kempen 10 Tahun Penafian Hak Royalti Terengganu akan diadakan pada 18 Mac 2010 di Terengganu Equestarian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Menurut Fauzi, Ahli Parlimen Gua Musang itu adalah seorang yang paling layak dan paling berhak untuk bercakap mengenai isu tersebut kerana beliau terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act) , menubuhkan Petronas dan menyediakan draf perjanjian antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Pengerusi Mampat, Tengku Ahmad Tengku Hussin, Setiausaha Mampat, Mohamad Zaidan Abdullah serta beberapa orang Ahli Jawatankuasanya. 

Apabila isu yang sama timbul di negeri Kelantan, Mampat telah bergabung dengan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dari negeri Kelantan, bersatu dalam menuntut hak royalty bagi kedua-dua negeri.buletinonline

Read more >>

Read more...

BODONYA UMNO SELANGOR

>> Sunday, 27 December 2009

Kumpulan desak keluar pakatan bukan ahli Pas: Salahuddin




KUALA LUMPUR: Pas hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor adalah ahli parti itu.


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.


"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (Pas) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak Pas Selangor keluar daripada pakatan di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.


Ditanya sama ada Pas bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini Pas mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.


"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. - Bernama


note:-
kahkahkaha....gerombolan punya kerja lani....!!!
bodoh bin bingai la lu....!!!
ini kes mesti mat toyol punya arahan...!!!
publisiti murahan hanya perangkap diri sendiri...!!!
alahai umno cara lain la bro...!!!
ini semua olang tahu maaa...!!!
ini kes mesti bijan punya skrip arahan bersama mat pampers...!!!
kita rampas selangor dengan apa cara sekali pun...!!!
gua masih ingat jang...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER