Powered by Blogger.

Nizar sedia mohon maaf kepada sultan Johor

>> Tuesday 12 June 2012


Siyes aku tak faham undang-undang yang duk ada dalam malaysia neh, kat mana yang dikatakan Nizar menghasut? aku bukan nak cover Nizar atas kapasiti beliau geng Pakatan Rakyat tapi kat mana yang dikatakan menghina sultan johor. kalau nak ikutkan kurang ajar dgn sultan atau raja2 melayu umno lebih teruk sini bukti.

Sehingga sultan tak boleh ditegur langsung, weh... sultan ker menteri ke vvip ke tok bilal ke tok imam ingat Allah malu dengan kamu? sedangkan firaun Allah tak malu apatah kita yang papa kedana.

Bila kemelayuan terlebih dari agama inilah jadinya marah menegur sultan umpama marah hina Nabi. Bila orang hina Agama Rasul2 tak der pun set2 bengong neh nak mengamuk. tambah2 pERKASa


KUALA LUMPUR -  Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1.

   
Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat  bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
   
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
   
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
   
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.
   
Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah. - Bernama



p/s: Ingat soltan ingat pembaziran?

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER