Powered by Blogger.

Ibrahim Ali buat lawak, juga mahu undi pos

>> Wednesday 23 November 2011


Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.{Mkini} 


Ulasan admin:-
Pelbagai alasan yang diutarakan untuk memenangi pilihanraya yang bakal diadakkan pada tahun hadapan bergantung pada undi pos.Undi pos amat popular buat UMNO BN dan kini pula beralih pada BEBAS mesra BN.Tahniah MP Pasir Mas idea demo,rakyat dapat baca.berkeyakinan benar nampaknya bekas majlis tertinggi umno ni mencalonkan dirinya di kawasan Pasir Mas lagi, petanda awal bahawa dia bakal bertanding atas tiket UMNOBN.takkan undi pos nak di beri kepada calon BEBAS?? sesama kita mencerdikkan diri.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER