Powered by Blogger.

Lagi kes buang bayi dijumpai berulat

>> Wednesday 23 November 2011

Gambar hiasan
IPOH - Satu mayat bayi dijumpai berulat dan kepalanya pecah ditinggalkan dalam sebuah beg plastik di tepi Jalan Datuk Ahmad Said, Pusat Perniagaan Greentown disini, dipercayai dibuang tiga hari lalu.


Dalam kejadian 9.40 pagi ini, orang ramai yang menjumpai mayat berkenaan segera melaporkan hal berkenaan kepada pihak polis yang kebetulan mengadakan Program C-Cop di restoran  berhampiran.{sinar}


Ulasan admin:-
tunggu lah balasan kemurkaan Allah selagi tidak menjalankan hukum Allah.bala demi bala Allah tunjukkan kepada kita,adakah kita masih sedar?di negara2 luar allah turunkan bala dgn banjir,ribut taufan keruntuhan dengan kematian berpuluh-puluh ribu.Di malaysia bala darinya dgn gejala sosial,anak derhaka,buang anak,dadah,mat2 rempit.


Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER