Powered by Blogger.
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

ADUN Tendong, Pasir Mas meninggal dunia

>> Saturday, 24 December 2011


Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh. Sumber dari facebook MB Kelantan
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Ustaz azhar takkan diberi tauliah oleh MAIK.

>> Saturday, 3 December 2011

Ustaz azhar Idrus

Apo nak heran tauliah tak diberi. tauliah laku ket masjid2 negeri.bukan kah stadium ado,padang futsal ado. mano2 boleh ceramah. kata ustaz kita bukan nak datang ,dah rakyat kelantan dah jemput kita kena buat juga.




Admin:-
Masjid2 negeri dibawah kuasa sultan dan di kontrol oleh UMNO.Cadangan buat ustaz azhar. kalau dalam masjid tak boleh, buat jer tepi pintu masjid.
Read more >>

Read more...

Bukti Pas semakin diterima masyarakat bukan Islam

>> Monday, 28 November 2011

Ulasan admin:-
Ada ke MCA memuji kebijaksaaan umno menjajah malaysia.ada kedengaran ke Gerakan menyanjung United malay National Organization? ada ke dewan himpunan umno untuk non muslim .selagi anda tak melayu selagi itu anda tak boleh masuk pertubuhan keramat itu...UMNO UNTUK MELAYU WALAUPUN MELAYU ITU MURTAD WALAUPUN MELAYU ITU KRISTIAN ,HINDU DAN BUDHA.TAPI PAS TETAP DENGAN PENDIRIANNNYA MEMBUKA KEAHLIAN UNTUK MUSLIM SAHAJA TAK KIRA ANDA BUGIS,JAWA, ATAUPUN KANTONIS.


KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.
{hdaily}
Read more >>

Read more...

Bila umno dipenghujung hayat kata2 menjadi bahan ketawa

>> Thursday, 24 November 2011



KOTA BHARU - Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan UMNO boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.


"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.


Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.


Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.{sinar}


Ulasan Admin:-
Manusia bila terdesak dengan orang gila depa sanggup mengaku saudara terdekat janji org gila itu berharta yg diwarisi oleh pusaka.umno sudah terlanjang berbogel tunggu masa untuk ditalkin kan ajer.apa masalah dalaman atau luaran umno yang tak terbongkar,umno dengan kata pendek complete set ada pada batang tiang benderanya rasuah, bunuh,zalim atau habiskan duit rakyat.bila anak muda dah bangkit kesedaran baru teringat kat PAS nak bersatu.adakah sejarah 1969 perikatan akan berulang kembali???


Kalau nak persoal isu melayu negeri kelantan MB melayu kamu patut tolong tanpa diskriminasi selangor MB melayu  so kenapa mengkucar kacirkan negeri2 melayu.jangan menipu umno rakyat skang tak macam zaman mahathir.maklumat di button mouse.
Read more >>

Read more...

Ibrahim Ali buat lawak, juga mahu undi pos

>> Wednesday, 23 November 2011


Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.{Mkini} 


Ulasan admin:-
Pelbagai alasan yang diutarakan untuk memenangi pilihanraya yang bakal diadakkan pada tahun hadapan bergantung pada undi pos.Undi pos amat popular buat UMNO BN dan kini pula beralih pada BEBAS mesra BN.Tahniah MP Pasir Mas idea demo,rakyat dapat baca.berkeyakinan benar nampaknya bekas majlis tertinggi umno ni mencalonkan dirinya di kawasan Pasir Mas lagi, petanda awal bahawa dia bakal bertanding atas tiket UMNOBN.takkan undi pos nak di beri kepada calon BEBAS?? sesama kita mencerdikkan diri.
Read more >>

Read more...

{Video inside} Jawapan kenapa air Kelantan Kotor

Laporan Lidah Rasmi Umno




KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.


Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.


Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan. 


“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga. 


Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. {bharian}

Dipecah oleh blogger PR



Read more >>

Read more...

Panas...!!! sah kedai judi BN punya

>> Saturday, 5 March 2011



Harap pemudo,puteri,wanita ameno mendapat hidayah sotelah pembongkaran ini di hebahkan.terutamanyo yang masih duk ateh pagor lagi baik2 takut jatuh dalam lubang najis indah water.kalau jatuh belah kami alhamdulillah.

kami pendokong pakatan rakyat nak melihat sejauh mano hujah kaki wa ampu sana wa ampu sini najibuntuya.kepada harus ke sano ke sini keluarkan lah hadis,keluarkan la firman Allah kat najib.dan 40 ekor ulama muda amenooooo adakah teloq ekau masih berfungsi di saat dan ketika ini.keluarkan lah hujah2 dengan dalil aqli naqli bagi menghalalkan judi ket malaysia ni har.

tak sobar den nak dongar hujah haram jaddah2 kat mesia ni.ekau nak dongar berito laie banyak klik sini har.tq allah,dongan pertolongan ekau sajo dapat kami mohon meminta.
Read more >>

Read more...

Liga Malaysia...Kes Kematian

>> Wednesday, 13 October 2010

Seorang penyokong dipercayai peminat Kelantan maut dalam pergaduhan selepas berakhir perlawanan aksi suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dalam aksi di atas padang, dua pemain masing-masing dari pasukan Selangor dan Kelantan dibuang padang selepas dilayang kad merah sejurus sebelum aksi perlawanan berhenti rehat.
Perlawanan ‘panas’ berkenaan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan..
Read more >>

Read more...

HATI2 KICKDEFFELA BERBULU AYAM

>> Sunday, 9 May 2010

KOTA BARU, 8 Mei — Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa kepimpinan parti lebih berhati-hati dalam menerima penjawat awam dalam kerajaan dan parti

supaya tidak berlaku apa yang dikatakan penyusupan atau wujud musang berbulu ayam dalam parti.
“Dalam pengalaman kita, perkara ini pernah berlaku. Bila dekat pilihan raya bila PAS mendapat sambutan, senario ini tidak mustahil berlaku.

“Sebab itu, kita perlu berhati-hati dan menapis setiap permohonan sebelum diambil bekerja dalam parti dan kerajaan... kita boleh menggunakan kaedah yang sama (untuk menjadi anggota) dalam parti,” kata beliau dipetik Bernama.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu membayangkan kemungkinan wujudnya golongan itu berikutan perkembangan politik semasa yang menyebabkan ada anggota parti mudah berpaling tadah apabila mendapat tawaran lebih istimewa dari parti lawan.

“Berdasarkan pengalaman dan senario politik sekarang dibimbangi ia tidak mustahil boleh berlaku dalam PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kelantan di sini.

Sebelum ini, bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz (kiri) mendedahkan beliau diperuntukkan RM4 juta oleh tokoh dan pemimpin parti itu dalam tempoh tiga tahun untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sekali gus mengekalkan pentadbiran PAS di Kelantan.

Penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella itu juga mendakwa wujud anak syarikat kerajaan negeri Global Media Chanel (GMC) yang memain peranan bagi tujuan yang sama membabitkan lima pimpinan PAS, termasuk seorang anggota exco negeri.
Read more >>

Read more...

BERITA DARI ISTANA KELANTAN

>> Friday, 26 March 2010

Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang ditahan malam tadi kira-kira seminggu selepas dakwaan yang beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, masih berada dalam siasatan polis hari ini.


Penahanan Wan Hashim malam tadi adalah sebahagian daripada perkembangan terbaru krisis Istana Kelantan yang berlaku sepanjang semalam, termasuk kenyataan pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pagi ini untuk siasatan lanjut.

“Kami masih siasat beliau (Wan Hashim),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu tidak mengulas lanjut kedudukan Wan Hashim.
Di sebalik tahanan Wan Hashim itu, satu pertemuan dipercayai telah diadakan di Istana Telipot lewat malam tadi untuk memutuskan pelantikan pengerusi baru Majlis Perajaan Negeri.

The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri diadakan bagi melucutkan Tengku Abdul Aziz yang semalam diumumkan sebagai pengerusi majlis itu dan melantik pengerusi baru ekoran perkembangan sejak pagi semalam.

Beberapa anggota Majlis Perajaan Negeri dilihat memasuki kawasan Istana Telipot sekitar pukul 11 malam.

Sebelum itu, kira-kira 10 minit lebih awal Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad kelihatan terlebih dahulu memasuki pekarangan istana tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama yang disebut-sebut bakal dilantik bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz ialah Tengku Abdul Halim.

Polis menahan Wan Hashim, bekas setiausaha kerajaan negeri, di kediamannya di Taman Sri Aman berhampiran Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja.

Desas-desus mengatakan tangkapan tersebut berikutan satu laporan polis dibuat Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafien Ismail berhubung pengumuman penamatan jawatan Tengku Muhammad Faris.

Sekali gus pada masa sama Wan Hashim yang dikatakan sebagai menjunjung titah perintah Sultan Kelantan, turut memaklumkan Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan bagi menjalankan tanggungan raja negeri berkuat kuasa serta-merta.

Beliau dibawa ke IPK Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam dengan menaiki kereta jenis spot bewarna putih diiringi kenderaan MPV dan MyV dan diikuti kenderaan polis.

Laporan Bernama pula menyebut beliau disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Beberapa jam sebelum penahanan Wan Hashim, laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan Wan Hashim yang mendakwa beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu.
Wan Hashim membacakan kenyataan itu di Istana Mahkota.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.

Berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail di sini kira-kira 6 petang semalam.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati polis juga membuat kawalan ketat di sekitar Masjid Muhammadiah dan Istana Telipot yang mana ia merupakan Istana Pemangku Raja.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER