Powered by Blogger.

{video Inside} Malaysia vs Bahrain 2-3 putus harapan

>> Sunday, 27 November 2011

Kekalahan Malaysia malam ni amat mengecewakan ramai peminat.Gol leading 2-0 ke atas Bahrain menambahkan keyakinan malaysia membawa pulang 3 mata .masa 90 minit sudah pun berlalu malah malaysia kecundang tiga kali berturut-turut memustahilkan malaysia layak ke sukan Olympic...Syabas malaysia kami tetap bersamamu.


jaringan cantik dari budak tak sempat ambil peperiksaan spm

jaringan Mahali Jasuli minit yang ke 67
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Bn semakin goyang dgn MOU MTUC dgn PR


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.

"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.{Mkini}

Read more >>

Read more...

{Video Inside} Peguam terus berdemo selasa depan


Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.

"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.

"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."

Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.

Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.

Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.

"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.{Mkini}



Ulasan Admin:-
Semua golongan ingin kebenaran tanpa kira fahaman agama,bangsa dan pangkat.hanya yang kabur dengan wang ringgit sahaja masih menyokong kemungkara,kezaliman dan pengkhiantan.Malaysia ini milik kita bukan milik umno.sayang generasi anak cucu kita? ubah sekarang,penentu kerajaan di tangan anda di PRU 13.
Read more >>

Read more...

Mb Perak dihina PR dalam sidang dewan

>> Saturday, 26 November 2011

Gambar Zambry semasa perbahasan dun Perak

Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa.{utusan}

Ulasan admin:-
Buktikan dan dedahkan video den pun nak tengok cam mano wakil DAP duk kutuk MB kudeta.

kalau betul apa yang dikatakan oleh utusan lidah rasmi umno memang tak patut mencaci keperibadian individu batang tubuh hak milik Allah.nak berpolitik politik lah tapi kalau menghina ciiptaan Allah memang melampau tak kiro ekau dari mano-mano parti.berpolitik biarlah cantik.
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Janji PR ambil alih bela orang melayu dari terus diberi kepada UMNO


JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu.

Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu.

"cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup.

"Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,"katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.

Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu

Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini.

Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara 'Fokus Berita' bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif.

Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih.

Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini.

"Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),"jelas Anwar.{
tvs}


Read more >>

Read more...

Kenali blogger-blogger umno

Blogger umno yang terdiri dari pelbagai lapisan kecuali lapisan anak muda jauh sekali ingin menceburi dirinya ke dalam dunia fitnah umno.anda lihat lah sendiri pakcik2 blogger ini yang rata-rata nya mengatasi umur blogger Malaysiandotcom.Cari makan punya pasal dosa pahala no dua.

klik untuk image lebih besar

Ini ialah antara bloggers umno. Senarai :-

bermula dari sebelah kiri -
1. pakcik razali atau - Suara Dari Bumi
2. Granpa Jas Salleh
3. Pas Beruk
4. pakcik nor zamrizal papagomo
5. pakcik Padi Jantan
6. pakcik Azmy Awang Kelana Jaya
7. pakcik Serang Hendap
8. pakcik Afiq KLtown Full
9. sy tak tahu siapa! (^_^) sebab mukanya di sorok! (^_^)

Sumber dari rakan Facebook
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Bersih 3.0 bakal kembali menemui anak2 muda malaysia



KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.


"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.


Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.


"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.


Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.


"Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.


Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.


Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.


"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.


"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.


"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.{harakahdaily}



Ulasan Admin:-
Kalau takut dengan water canon tear gas usah bicara tentang perjuangan.usah bicara nak tawan Putrajaya,usah bicara nak hapuskan kezaliman,usah bicara nak hapuskan Emilda Rosmah. mampukah kita mengemilangkan revolusi Mesir? Kalau takut nak turun ke jalan raya sebagai wardah perjuangan menuntut keadilan.sokong umno lagi bagus,tak payah nak bersusah payah menghabiskan wang ringgit,dapat kesakitan lagi,buang masa...ANAK MUDA BANGKIT LAWANNNNNNNNNNNN...!!!
Read more >>

Read more...

Bila umno dipenghujung hayat kata2 menjadi bahan ketawa

>> Thursday, 24 November 2011



KOTA BHARU - Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan UMNO boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.


"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.


Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.


Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.{sinar}


Ulasan Admin:-
Manusia bila terdesak dengan orang gila depa sanggup mengaku saudara terdekat janji org gila itu berharta yg diwarisi oleh pusaka.umno sudah terlanjang berbogel tunggu masa untuk ditalkin kan ajer.apa masalah dalaman atau luaran umno yang tak terbongkar,umno dengan kata pendek complete set ada pada batang tiang benderanya rasuah, bunuh,zalim atau habiskan duit rakyat.bila anak muda dah bangkit kesedaran baru teringat kat PAS nak bersatu.adakah sejarah 1969 perikatan akan berulang kembali???


Kalau nak persoal isu melayu negeri kelantan MB melayu kamu patut tolong tanpa diskriminasi selangor MB melayu  so kenapa mengkucar kacirkan negeri2 melayu.jangan menipu umno rakyat skang tak macam zaman mahathir.maklumat di button mouse.
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Kekalahan Malaysia 0-2 kepada Syria (Olympic 2012)

Fakri Saarani striker yang tiada finishing

Ahmad Fakri Saarani (lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu), merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.

Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di Batu Gajah, beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan ini, beliau menjaringkan hattrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan beliau menang dengan 5-1.

Fakri telah dinaikkan taraf ke dalam pasukan pertama daripada pasukan Piala Presiden (pasukan simpanan) kerana penyerang pasukan senior, R. Surendran telah bersama dengan pasukan senior Malaysia pada satu lawatan permainan ke Sri Lanka. Jurulatih Perak, Steve Darby telah berkata mengenai keputusannya untuk memberikan Fakri satu peluang


Malaysia 0-1 Syria Jaringan Solaiman solaiman



Malaysia 0-2 syria jaringan



Ulasan admin:-
Tahniah buat players team harimau muda yang bertungkus lumus memenangkan pasukan negara.mungkin kepenatan belum hilang tempoh hari melawan Indonesia di sea games. Cuma sedikit ketidakpuasan hati ramai penyokong kenapa coach begitu amat sayang sekali menukarkan kan jersi no 9 iaitu fakri.pemerhati di kalangan penonton tanah air begitu kecewa dan menjadi tanda tanya kenapa Fakri masih bertahan di kesebelasan utama.Tahniah harimau muda.
Read more >>

Read more...

Ibrahim Ali buat lawak, juga mahu undi pos

>> Wednesday, 23 November 2011


Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.{Mkini} 


Ulasan admin:-
Pelbagai alasan yang diutarakan untuk memenangi pilihanraya yang bakal diadakkan pada tahun hadapan bergantung pada undi pos.Undi pos amat popular buat UMNO BN dan kini pula beralih pada BEBAS mesra BN.Tahniah MP Pasir Mas idea demo,rakyat dapat baca.berkeyakinan benar nampaknya bekas majlis tertinggi umno ni mencalonkan dirinya di kawasan Pasir Mas lagi, petanda awal bahawa dia bakal bertanding atas tiket UMNOBN.takkan undi pos nak di beri kepada calon BEBAS?? sesama kita mencerdikkan diri.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER