Powered by Blogger.
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Demo Mansuhkan Tol! Aman Tanpa Provokasi Polis!!

>> Sunday, 13 May 2012


Inilah yang berlaku hari ini! Tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku! Semuanya aman dan harmoni! Cuma kebisingan jeritan pendemo-pendemo dan hon-hon kenderaan yang memberikan sokongan, menjadikan himpunan aman ini begitu meriah! 

Apakah ini berlaku adalah kerana tiadanya pihak berkuasa yang suka mengganggu demonstrasi yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat? Anda lihat dan bandingkan sendiri bezanya dengan perhimpunan aman Bersih 3.0 yang ternyata diganggu oleh provokasi dan gangguan dari pihak berkuasa!!



Kira-kira 500 orang mengadakan demontrasi bagi mendesak supaya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di lebuh Raya Persekutuan, ditutup.


Demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu bermula jam 2.00 petang bertujuan mendesak kerajaan memansuhkan dua tol berkenaan yang telah mencecah kutipan dua kali ganda sejak ia mula beroperasi.

Peserta berkumpul dengan membawa sepanduk bertulis  'No Toll, Just Go' dan pelbagai plakad menyatakan bantahan, selain melaungkan slogan seperti 'Mansuh Tol, Baru Betul', 'Hidup Rakyat' dan 'Tolak BN'.

Demonstrasi yang berlangsung secara aman itu turut mendapat sokongan daripada ratusan pemandu persendirian dan kenderaan awam yang membunyikan hon tanda sokongan mereka.

Hadir bersama Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad, MP Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, Exco kanan Selangor Ronnie Liew, Dr Xavier Jeyakumar dan Adun Seri Muda, Shuhamie Shafiei.

Kumpulan itu turut mengedarkan pelekat kereta- 'Mansuhkan Tol, Demi Rakyat'   kepada orang ramai yang melalui tol terbabit, diketuai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang demo berlangsung, meskipun helikopter dipercayai milik PDRM berlegar-legar di udara memantau sekitar kawasan tersebut. Rembat sini dan sini


p/s: Diam2 umno pun demo jg hari ni. psssshhhh najib tak tahu lagi




Read more >>

Read more...

{Video Inside} Bn semakin goyang dgn MOU MTUC dgn PR

>> Sunday, 27 November 2011


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.

"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.{Mkini}

Read more >>

Read more...

{Video Inside} Janji PR ambil alih bela orang melayu dari terus diberi kepada UMNO

>> Saturday, 26 November 2011


JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu.

Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu.

"cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup.

"Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,"katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.

Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu

Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini.

Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara 'Fokus Berita' bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif.

Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih.

Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini.

"Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),"jelas Anwar.{
tvs}


Read more >>

Read more...

Mp PR yang tak hadir wajib jawab dengan rakyat

>> Friday, 7 October 2011

Syabas Raja Nong Chik



Apo akan jadi sekironya Arwah Dr lo'lo masih hidup?apakah dia akan kecewa yang amat2 sangat.den masih teringat semasa akhir hidup beliau dengan memesang kepado rakan2 MP pakatan rakyat pas supaya berjuang habis-habisan mempertahankan Kg Baru.Mano poie Yb Lim kit siang,mano poie Ketua umum PKR Anwar ibrahim dan mano poie presiden  Haji Hadi Awang.ketigo-tigo kepalo ini tiada dalam dewan semasa undian belah bagi.kini maso ekau nak menjawab seluruh rakyat di atas kesilapan yang amat2 bosar.
Sebaik sahaja berito tergadainya tanah kg baru pelbagai komen melalui melalui laman sesawan dan blog2 pro pakatan rakyat.tak cayo ekau nengok sini.

Sey dah kecewo dongan PR

Jangan kato ekau kecewo jang ,sey juga amat2 kecewo dongan mp2 yg tak bertanggungjawab ini.perangai kamu tak ubah seperti perangai umno.di mano laie den nk lotak kepercayaan kepada wakil2 rakyat PR kalau mcam ni perangai macam cinabeng.maso ceramah bergodar-gogar stage umno %^*&)())^&%^&$^&$^%*(...tut tut tut ekau duo kali limo malah lobih toruk dari pak brahim .oh kecewo sungguh den, rakyat yang menaruh harapan menggunung kepada PR.kalau macam ni jawapannya PRU13, BN perintah lagi.den awal2 lagi nak ucapkan kepada najib dan kak ros selamat berkekalan menjadi PM.....baik kito taruh harapan kepado umno daripado PR ,malah kito dah tahu perangai2 gerombolan.mana tahu dapat kuaso putrajaya kat pr malah lobih toruk dari umno? memano bolum konal mp2 yang tak buat undian silo klik sini

nota:
Harapan den copet-copet mano2 mp yang tak hadir dalam dewan beri tunjuk sebab kalau tidak rakyat semakin kecewo kepada kamu,dan posan den jgn tokojut jiko pado PRU13 nanti lobih ramai calon2 bebas bertanding atas akibat kg baru tergadai...silap2 den pun bertanding jangan memain .muahahaha
Read more >>

Read more...

Senarai nama-nama mp PR yang tak hadir untuk undian belah bagi Kg Baru

Jom menibai MP2 tak hadir




Riuh rondah cerito pak brahim tidor dalam dewan...tut tut harapan rakyat berkocai bukan kerana pak brahim ,bn jgn crito lah...aduyai mp2, next election den pun tak setuju dongan ekau jadi calon.


KALAU SEMUA MP PAKATAN RAKYAT BERADA DI PARLIMEN KAMPONG BARU TIDAK TERGADAI.

Yang hadir:-
PAS :
Mahfuz
Salahuddin
Firdaus
Hayati
Che Uda
Dr Mariah
Dr Hatta
Khalid samad
Siti Zailah
Wan Rahim
Muhd Husin
Dr Rosli
Nasir Zakaria

PKR :
Tian Chua
Zuraida
Yusmadi
Azmin Ali
Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan

DAP :
Kula
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun

Mp-mp yng tak hadir


Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak

P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang

P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

Nota:Bilo amanah rakyat diberi kamu khianati,nak suruh den potek hadis ko.dikalangan yang tak hadir ado para ustak2 dan ulama',so suruh dio torang la yer.den bukan pakar hadis...tubuhkan badan disiplin memantau ahli mp PR yang suko memonteng cadangan den sebagai budak skolah...by2 kg baru...penduduk kg baru jgn marah ket BN memang dio dari kocik dah jahat patut ekau turut skali marah kat2 mamat tak bertanggungjawab ni....yang uzur syarie alakuliha.

Read more >>

Read more...

Harta ismit ulam raja luar negara

>> Wednesday, 6 April 2011

Sapo kato rakyat Saarawak miskin lagi hino? Mereko boleh berbangga dengan seorang orang sarawak memiliki harta berjuta-juta....INgat sarawak ingat harta mat Taib.


p/s
Pasni ada hujah yang dangkal dari pencacai berkata,biarlah itu titik peluh belaiu sebagai KM sarwak...kahakhkah

So apo sobab rakyat sarawak masih mengundi BN kali ni?

Dalam mat taib dgn bini mudo duduk dalam keadaan selesa rumah2 mewah ada lagi rakyat sarawak belum mendapat bekalan asas air dan letrik.

Masih ada lagi di kampung2 jalan berTAR

Ingat beb egeri ekau negeri pengeluar minyak.so tak do sobab mat taib bagi alasa dan hujah2 dangkal bg ,menidakkan bekalan asas uatama tidak disalurkan...kakhkahkah



Try ubah sekali wahai rakyat budiman....
Read more >>

Read more...

Satu lagi kejayaan negeri Pakatan Rakyat

>> Friday, 1 April 2011





SHAH ALAM: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini selepas dikemukan untuk bacaan kali ketiga oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.
Bagaimanapun, Elizabeth memberitahu rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.
Beliau berkata enakmen baru itu adalah hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka memilih Pakatan Rakyat (PR) bagi membentuk kerajaan pada 2008.
Cadangan rang undang-undang itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Xavier Jeyakumar yang diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.
Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk akses kepada maklumat yang dibuat setiap jabatan Kerajaan Negeri.”Kd
Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada kerajaan negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.
Read more >>

Read more...

KECELAKAAN MENIMPA PR TAWARAN JUTAAN RUPIAH

>> Tuesday, 15 June 2010

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.


Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.
Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.


Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.


Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.


RM 20 JUTA IMPIAN MANGKUK CELAKA NI...HARAM SUNGGUH

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.


Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.


Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.


Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.


"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.


Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.


Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.


Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.


Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Read more >>

Read more...

SAKIT HATI CEMBURU UMNO BACA BERITA NI

>> Wednesday, 28 April 2010

Oleh:KetuaPolis

KUALA LUMPUR : PAS menyokong penuh pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu 16 Mei ini.

Ketua Peneranganb PAS Pusat, Idris Ahmad menyifatkan Wong sebagai pilihan terbaik untuk Pakatan bagi menambahkan lagi kerusi Parlimen di Sarawak.

"Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

"Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ," kata beliau dalam kenyataan kepada erapakatan.

Beliau berkata, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

"Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini," kata beliau lagi.

Bagi beliau, tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER