Powered by Blogger.

Demo Mansuhkan Tol! Aman Tanpa Provokasi Polis!!

>> Sunday 13 May 2012


Inilah yang berlaku hari ini! Tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku! Semuanya aman dan harmoni! Cuma kebisingan jeritan pendemo-pendemo dan hon-hon kenderaan yang memberikan sokongan, menjadikan himpunan aman ini begitu meriah! 

Apakah ini berlaku adalah kerana tiadanya pihak berkuasa yang suka mengganggu demonstrasi yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat? Anda lihat dan bandingkan sendiri bezanya dengan perhimpunan aman Bersih 3.0 yang ternyata diganggu oleh provokasi dan gangguan dari pihak berkuasa!!



Kira-kira 500 orang mengadakan demontrasi bagi mendesak supaya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di lebuh Raya Persekutuan, ditutup.


Demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu bermula jam 2.00 petang bertujuan mendesak kerajaan memansuhkan dua tol berkenaan yang telah mencecah kutipan dua kali ganda sejak ia mula beroperasi.

Peserta berkumpul dengan membawa sepanduk bertulis  'No Toll, Just Go' dan pelbagai plakad menyatakan bantahan, selain melaungkan slogan seperti 'Mansuh Tol, Baru Betul', 'Hidup Rakyat' dan 'Tolak BN'.

Demonstrasi yang berlangsung secara aman itu turut mendapat sokongan daripada ratusan pemandu persendirian dan kenderaan awam yang membunyikan hon tanda sokongan mereka.

Hadir bersama Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad, MP Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, Exco kanan Selangor Ronnie Liew, Dr Xavier Jeyakumar dan Adun Seri Muda, Shuhamie Shafiei.

Kumpulan itu turut mengedarkan pelekat kereta- 'Mansuhkan Tol, Demi Rakyat'   kepada orang ramai yang melalui tol terbabit, diketuai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang demo berlangsung, meskipun helikopter dipercayai milik PDRM berlegar-legar di udara memantau sekitar kawasan tersebut. Rembat sini dan sini


p/s: Diam2 umno pun demo jg hari ni. psssshhhh najib tak tahu lagi




0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER