Powered by Blogger.

APA ORANG TUA NI MERAPU

>> Wednesday, 3 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:
Setelah di buang dan ditolak oleh rakyat...kini paklah menunjuk taringnya semula setelah membisu hampir 1 tahun...mungkin ingin menjadi seperti madey kutty penasihat petronas...lu paklah lembab bukan sepantas formula one...cakap lu mana ada harga...lu punya cakap kasi simpan itu lori alam flora lah...kehkehkeh

PUTRAJAYA, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) tidak boleh menganggap parti itu akan menjadi lebih kuat secara automatik dengan keretakan yang melanda parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beberapa anggotanya keluar daripada parti itu baru-baru ini.


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata BN termasuk Umno hendaklah terus bekerja keras untuk memastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa dan membantu melaksanakan pembangunan bagi rakyat.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik mejadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset.

“Yang penting ialah usahakan bersungguh-sungguh supaya apa yang dijanjikan termasuk reformasi parti,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di sini hari ini.

PKR hari ini kehilangan seorang lagi Anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Ini menjadikan PKR hilang tiga Anggota Parlimen dalam tempoh kurang sebulan selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) bertindak keluar parti. Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.

Abdullah tidak menolak kemungkinan BN akan kembali memegang majoriti dua pertiga di Parlimen jika trend anggota PKR keluar parti itu berterusan. Beliau berkata parti itu kini dalam keadaan yang “begitu teruk” kerana semakin ramai ahlinya meninggalkan parti.

“Kalau dulu 16 Sept bukan main heboh mereka kata BN akan tumbang jadi hari ini yang tumbang PKR nampaknya.. Itu kedudukannya sekarang ini,” katanya.

Abdullah berkata walau apapun perubahan dalam politik apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan keselamatan dalam negara serta memajukan ekonomi.

“Memanglah dalam demokrasi sihat macam-macam peristiwa ada hubung kait dengan parti politik, tapi yang pentingnya biarlah ekonomi itu berjalan terus tanpa terjejas,” katanya. — Bernama


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

ANAK MUDA LU APA TUNGGU...KALAU JANTAN TURUN LAH

Oleh:KetuaPolis

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - Malaysiakini
 

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

PKR PARTI TIONASENG

Tajuk je kurang ajar tapi ahlinya tidak kehkehkeh...inilah projek pembasmian beramai-rami ahli pkr yang di anggap pengkhianat kepada pengundi di tempat masing2...kenapa ahli perlimen pasir mas melenting bila dr maza mengeluarkan kenyataan harus MP yang melompat meminta maaf kepada pengungdi2 di tempat masing-masing...lu dah dikira murtad...harus mengucap dua kalimah syahadah dengan memohon maaf dan harus meletak jawatan ahli parlimen masing-masing.


Kemungkinan inilah bala ke atas PKR...perjanjian projek 16 september yang di lancarkan oleh anwar sendiri tidak terlaksana...apabila anwar menghalalkan sistem lompat parti...namun ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri...patutlah kemarahan ahli parlimen bukit gelugor suatu masa dahulu perlu di ambil perhatian serius...Kini anwar kena mengambil perhatian lebih serius dengan kata-kata sallehudin hashim yang beliau mengatakan 10 ahli parlimen pkr akan keluar parti...walaupun kata beliau ini adalah suatu provokasi namun ianya harus di beri perhatian yang sewajarnya.

Seeloknya PRK harus menyediakan borang keluar parti untuk ahlinya supaya senang memantau ahli2 nya yang benar-benar konsisten...biar mereka yang ingin keluar parti harus gentleman dan patut memberi penerangan kepada pengundi-pengundi mereka agar dapat di terima pengundinya.


inilah tamparan yang amat hebat sebuah parti baru dengan mendapat ujian yang getir dari illahi...untuk itu kepada semua ahli-ahli pkr haruslah muhasabah diri dan perkuatkan kekuatan rohani...jangan duk pikir nak menawan negara sahaja sehingga ahli-ahli terbiar terkontang kanting dengan ilmu agama yang kosong...bersabarlah dengan projek 16 sep...siapa tak mahu menawan negara agar di lihat lebih bersih...perbetulkan nawaitu bukan memerintah negara untuk menjahanam kan lawan...lawan harus ditarbiyah bukan di musuhi...kerana sasaran tarbiyah adalah musuh-musuh...dan musuh bukan untuk di lawan...pelajari lah sebagaimana rasullulah s.w.t mendakwah melalui akhlak 
Read more >>

Read more...

KAHKAHKAH...KEHKEHKEH APA SUDAH JADI

note:
Perghhhhhh menyirap gua dengar berita yang membuat gua sekali lagi rasa nak tembak PKR ni...kehkehkeh tapi gua masih bersabar...lagi sembilan orang yang masih menunggu signal dari najib untuk buat kejutan keluar dari parti itu...mungkin kata-kata selluhudin hashim semalam hampir menjadi kenyataan...kehkehkeh harap-harap di luar sana bersabar...kemas kan kawasan masing2...ingat PRU 13 semakin hampir...bungkus kan celaka-celaka ini...tersenyum luas la si brahim anak pak ali...kehkehkeh...woit zul hang tak payah buat kejutan lah...tahu dah  lama hang bergelomang dengan najib...esok hang pulak keluaq Parti Keluar Ramai2...kami blogger tak terkejut pun...kehkehkeh

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas

Mohsin (foto), 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

KALAU DAH DASAR PERJUANGAN TAK IKHLAS INILAH JADINYA

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi. malaysiakini
Read more >>

Read more...

UMNO MEMANDULKAN AHLI...KEHKEHKEH

Oleh:KetuaPolis

Apabila Hishamuddin Hussien membuat kenyataan bahawa Umno melarang ahli-ahlinya daripada bercakap tentang isu royalti minyak di Kelantan, pilu rasanya memikirkan tahap penghinaan yang terpaksa diterima oleh ramai saudara kita yang masih setia kepada parti politik perkauman itu.

Lebih malang lagi apabila penghinaan tersebut dikenakan ke atas mereka oleh pemimpin yang mereka pilih sendiri.

By arifabdull 

Tindakan pemimpin Umno mengharamkan ahli-ahlinya daripada bercakap tentang perkara ini adalah jelas memberi gambaran bahawa betapa rendahnya minda dan tahap pemikiran ahli-ahli Umno.

Jelas sekali proses menutup mulut ini menunjukkan bahawa hanya beberapa kerat pemimpin tertinggi mereka yang mampu memikirkan apa yang terbaik untuk mereka, sedangkan ahli-ahli Umno seolah-olah tidak berupaya memikirkan buruk atau baik sesuatu perkara.

Sebab itulah mereka dihalang untuk bercakap. Ini adalah proses memandulkan daya berfikir ahli-ahli Umno.

Mengharamkan seseorang daripada bercakap pasti akan mengakibatkan keupayaan menggunakan fikiran orang itu akan turut terjejas. Perkara ini mudah dibuktikan kerana secara logik dan teorinya, manusia akan berfikir dahulu setiap kali dia melakukan sesuatu perbuatan.

Terbukti bahawa bercakap adalah perbuatan yang amat bergantung kepada tahap keupayaan pemikiran seseorang. Sebab itulah, kita mampu menilai dengan mudah tahap pemikiran seseorang dengan mendengar kepetahannya bercakap.

Kualiti isi kandungan percakapan seseorang merupakan cermin yang mampu memancarkan keluar ciri-ciri peribadi atau sistem pemikirannya. Sebagai contoh, Bung Karno dikagumi ramai hasil kejayaan menonjolkan tahap ketinggian daya pemikirannya. Tidak ada siapa yang mampu membaca isi kandungan pemikiran Bung Karno, tetapi melalui kepetahan percakapan (ucapan) menyebabkan para pengkagumnya dapat menilai kualiti dan sistem pemikirannya.

Berdasarkan logik di atas, ternyata tindakan Umno menghalang ahlinya daripada bercakap adalah untuk memandulkan daya berfikir mereka. Halangan tersebut juga jelas merupakan satu tindakan menidakkan hak asasi para ahli Umno.malaysiatoday

Read more at: Umno kasi ahli

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

HUKUMAN GANTUNG KE ATAS PENGKHIANAT

Oleh:KetuaPolis


BEIRUT - Ketua Hizbollah, Sheikh Hassan Nasrallah kelmarin memberi amaran kepada kerajaan Lebanon mengenai bahaya perkongsian maklumat telekomunikasi negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau mendakwa perkongsian tersebut tidak ubah seperti menjalin kerjasama dengan Israel.

Sheikh Hassan turut menggesa hukuman gantung dijatuhkan ke atas rakyat Lebanon yang didapati menjadi pengintip bagi pihak Israel.

Amaran beliau itu disampaikan menerusi video dan disiarkan di hadapan penyokong-penyokongnya yang berhimpun di kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut.

Menurutnya, kedutaan AS menghantar sepucuk surat kepada kementerian dan pihak berkuasa keselamatan Lebanon untuk meminta maklumat sulit telekomunikasi negara itu.

"Ini adalah bahaya kerana ia melanggar kedaulatan Lebanon.

”Hubungan strategik dan perpaduan antara AS dan Israel menyebabkan sebarang maklumat dikumpulkan menerusi permohonan itu akan diperoleh Tel Aviv," katanya.

Kelmarin, ahli Parlimen dan pegawai tinggi Lebanon mengadakan mesyuarat tergempar berikutan laporan media yang mendakwa Washington cuba mengintip Beirut menerusi permohonan mendapatkan data sulit sektor telekomunikasi negara itu.

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

ANWAR MASIH KETUA PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pembangkang dan anggota veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun bilangan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkurangan daripada DAP.

"Bagi DAP, Anwar adalah sebagai pemimpin pembangkang di Parlimen walaupun jumlah Ahli Parlimen PKR kurang daripada 28 Ahli Parlimen DAP," katanya dalam blog dan Twitter.

note:-
Gua rasa elok juga anwar masih KP...kalau bagi TGHH mungkin PR makin bercelaru...maklum la ulamak mana boleh menjadi ketua2 ni...kolot,jumud,assobiyah....dan sikit-sikit baca hadis dan al-quran menjadi sandaran untuk memperkuatkan hujah mereka....So elok lah lim kit siang atau anwar,karpal singh atau khalid samad ke menjadi pahlawan dalam parlimen...tahniah anwar gomo jangan tak gomo...kehkehkeh

Read more >>

Read more...

WALA',TAAT,THIQAH DIMUSUHI REFORM

>> Tuesday, 2 March 2010

Mana tidaknya setiap kenyataan tuan guru atau mana-mana pimpinan mengeluarkan kenyataan...dan disokong oleh ahli pas akan dilabelkan sebagai pro UG atau lembu cucuk hidung...padahal lu wahai ahli pas bukan kah lu telah di bai'ah semasa mengisi borang keahlian pas.


Letih la gua main dengan pro reform ni...masih tak faham-faham...oklah...gua salah k...kita berdamai...kehkehkeh...tapi lu baca sini sebelum lu nak terajang gua k...tapi lu baca lah dengan perasaan hati yang tebuka jangan asyik berprasangka yang tu salah yang ni salah...sedangkan yang lu benci tu ahli pas juga...pimpinan lu juga...kata nak perjuang islam...masuk umno lah...kehkehkeh.


Gua rasa jelah,tajuk kat atas memang tak der pada diri lu olang semua kan...sebab lu join pas pun baru lagi selepas era reformasi je...lu mana tahu adab2 berjemaah...16 september lu tak bising pulak kenapa tak jadi...kejar sampai taiwan...bukan ker anwar telah tipu lu semua...yang pasal jumpa dalam gelap dengan umno (sumber belum di pasti) lu kecoh macam esok nak kiamat...yang dah terang pakai metal highlight...kenapa lu pro reform tak mengatur strategik peperangan menyerang anwar...ooppppps lupa, lu memang wala' pada anwar dari pemimpin sendiri kan...inilah pengkhianat dalam pas...tidak taat pada pemimpin sendiri.


Inilah pembawa kerosakan pada parti dan agama...lu pro reform belajarlah erti bersabar dan berprasangka baik... gua chow 
Read more >>

Read more...

KENAPA PERLU MASUK PKR,KENAPA TIDAK PAS?

Oleh:KetuaPolis

Asal lari dari umno atau parti barisan najib je mesti lompat ke pKR...kehkehkeh maka tersenyum lebarlah saudara anwar dan para penyokong mereka..."kini ramai pimpimnan barisan nasional bersama kita...dan kini rakyat tak kira melayu ,cina,,india sudah cerdik memilih parti untuk bersama ikita"

Begitulah ungkapan setiap kali ahli umno tau BN terjun ke lubuk anwar...kini siapa sangka semua ini adalah perangkap pemusnah pakatan rakyat hasil ideologi pak besan sami vellu...lu jangan main2 dengan orang tua tu bhai...kepala bana tu banyak cerdik maaa...pemikiran dia bukan macam geng reform maa.


Kini pengaruh anwar semakin hari semakin tipis umpama kulit bawang merah...mana tidaknya dengan kekuatan beliau sehingga dilantik menjadi ketua pembangkang...bertambah celaru dengan kekalutan mp2 dan adun beliau cabut tanpa berfikir panjang.


Inilah hasil didikan umno yang tidak di tarbiyah dengan didikan agama...sama juga bila terjun ke lubuk pkr benda ini semua tidak ada dalam parti beliau...tidak pernah belajar seperti mana perjuangan rasullulah...tidak pernah menghayati kitab sirah nabawiyah...belajar2 lah baca kitab tafsir.

jawabnya pkr=umno...maka tidak pelik bagi gua bila ahli2 pkr yang kononya memperjuangkan untuk rakyat keluar parti begitu senang sekali...umpama tukar baju...tionaseng.


Kepada ahli2 umno dan barisan cukup2 lah serai pkr...kini gua nak jemput lu umno join masuk pas...lu buat macamana lu buat dekat pkr...gua cabar lu umno...dengan pkr boleh la sebab gua rasa parti tu serpihan umno juga....tertubuhnya pkr hasil daripada ke tidak puasan hati ahli2 umno terhadap madey kutty...so perjuangan pkr ni tidak konsisten...untuk pkr...first,lu check apa nawaitu lu...kalau nawaitu lu tarak betul munya...gua cadang kan lu join je masuk umno...kehkehekh...pkr pun perlu reform...kehkehkeh

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

TAMPARAN HEBAT BUAT ANWAR

 Oleh:KetuaPolis

Dengan masalah  kes liwat yang cukup megaibkan diri beliau yang kini dalam pembicaraan belum selesai...kini pelbagai isu timbul dalam parti baru itu...mana tak  sakit kepalanya dengan melayan haram jaddah yang suka mencari masaalah dalam parti untuk menidakkan bersama parti itu.

Bagi gua itulah salah satu kifarah yang allah turunkan kat anwar mungkin selama ini semasa bersama umno dosa beliau dengan rakyat malaysia terlalu banyak...opsss sori lah kalau terasa mana kat luar tu...gua tembak apa saje.


Dengan kehebatan jentera2 kerajaan yang ada...mereka membuat apa saje untuk membunuh karier politik mp permatang pauh itu...namun gua kagum juga lah dengan kekentalan jiwa anwar ini menepis segala tohmahan dari parti pengkhianat itu.


Dalam perbicaraan kes liwat beliau...datang dengan isu permasalaahan baru dari parti pimpinan beliau dengan mp2 dan penyokong2 yang bermasaalah...ahli pkr yang terkenal dengan acara lompat galah...mp2 yang main tangkap muat semasa pru12 baru2 ini...mp2 entah datang dari background mana yang merasa simpati kepada beliau terus di angkat jadi calon...oooo biasalah parti baru...itulah alasan apabila di ajukan kepada ahli2 pkr.


Ini mungkin satu strategik umno semasa zaman paklah...penasihat dari kubang pasu terhasil hari ini...ahli2 umno yang sengaja keluar parti umno lompat masuk pkr lepas tu...tengoklah hari ini apa terjadi dengan parti itu...parti pkr hanyalah transit buat umno.

Kepada pkr lu jangan tunggu lama-lama...selidiki mana2 musuhmu dalam parti itu...bagi gua mereka inilah penjahanam,nak kata pengkhianat tk juga sebab mereka ini memang umno...berlakon masuk pkr lepas tu lompat... sebenarnya mereka2 ini bukan resign pun dari menjadi ahli umno...bagi gua mereka ini menjadi ahli dua parti...kehkehkeh alahai pkr hari2 kena tipu.

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!


Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER